Tuesday, May 31, 2011

Bila Rasa Sedih...


Bila kita sedih...
Bila kita sedih kita tak nak orang lain mengungkit tentang kesedihan kita..
Bila kita sedih kita tak nak orang lain terlampau simpati pada kita..
Bila kita sedih kita tak nak dengar orang lain nasihatkan kita..
Bila kita sedih takde ape pun nasihat yang boleh buat kita gembira..
Bila kita sedih kita rasa benci pada orang yang gembira dengan kesedihan kita..
Bila kita sedih kita rasa nak lempang orang yang berkata relaks laa jangan nangis lagi..
Bila kita sedih takde satu perkataan pun yang dapat menggambarkan kesedihan kita..
Bila kita sedih kita rasa tiada orang yang boleh fahami perasaan kita..
Bila kita sedih kita rasa tak nak diganggu.. 
Bila kita sedih kita rasa nak dibelai dan disayangi..
Bila kita sedih kita cuma nak layan kesedihan kita dengan menangis dan mengenang..
Bila kita sedih kita harap rasa sedih itu akan hilang detik demi detik..
Bila kita sedih sebenarnya kita tak perlukan perkara lain selain masa...sebab masa itulah akan mengubat kesedihan itu...
"because time will heals"

-neo si lampuneon-



Monday, May 30, 2011

Gengblogger Chat Melampau !

Salam, saya ni nak menyampai rasa tak puas hati jer laa...jangan nak sentap lebih lebih ok...Saya nak sound sikit laah kepada pengguna Gengblogger yang suka sangat SPAM. Hantar mesej kat semua orang guna popup chat di Gengblogger tuh bertalu talu.

"hai, meh la jenguk blog kitew !" 
"ada entri hot terkini cepat marii !!"
(popup mesej bertalu talu di gengblogger)
Korang bajet semua orang suka ka lu orang bagi mesej macam tu ?

Pernah kena tak ? Bengang laaa...bunyik plup lup lup popup mesej tu keluar..

Semak doh..semak kepala bila masuk Gengblogger je dapat banyak mesej dari popup chat tu .. itu dah kira spam siot...Harap harap admin blogger boleh tapis laa aktiviti Spamming Chat tuh...I dont like lorh...Chow !


Masalah Maximum Following Blogs ?

Saya sebenarnya tengah rajin nak follow blog orang nih...tiba tiba masa nak memfollow ni, ada satu popup keluar...cis cis cis ! You are already following the maximum number of blogs (300). Unfollow some blogs...cis cis cis cis kan !

Limit 300 mana cukup beb...3000 blogs belum tentu cukup..

So kene unfollow blogs la nih ? Ape cer ??


Jangan Jadi Lelaki Lembik !

Salam sayang untuk semua,

Hari ni saya menulis tentang rasa tak suka saya pada lelaki yang lembik. Lelaki lembik tak sama dengan lelaki lembut. Bagi saya, semua perempuan semua tak suka lelaki yang lembik tau tak..faham tak..Apa yang saya cakap ni bukan sahaja physically lembik, malah mental pun lembik. Dah la perempuan ni penuh keayuan gitu...kalau pasangannya lembik, memang hampeh la...

 lelaki lembik ? awww...

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (al-Nisa', 4:34)

Allah telah memuliakan lelaki sebagai pemimpin kepada wanita. Lelaki berperanan sebagai suami, ayah, abang dan anak itu adalah pelindung kepada wanita-wanita di bawah tanggungjawabnya. Antara peranan lelaki dalam melindungi wanita dan keluarganya adalah:

  • Memastikan prinsip Islam terlaksana dalam keluarga.
  • Menjadi teladan yang baik.
  • Memastikan komunikasi yang baik dalam keluarga.
  • Memastikan keluarga terhindar dari azab neraka.

Cewah..pandainya saya bercakap yer ? Ok ok jangan marah ...Apa yang saya maksudkan ialah, saya kurang gemar dengan lelaki yang lembik contohnya...
  • Lelaki yang lemah semangat. Bila ada masalah,dugaan sikit je dah hilang semanagat. Selalu berfikiran negatif..
  • Lelaki yang cepat putus asa. Sikit sikit frust, sikit sikit emosional...mengalahkan perempuan. Hello lembik! Tak bersemangat langsung..
  • Lelaki yang cepat mengaku kalah. Baru buat sesuatu perkara sekejap, rasa penat, letih dan tak nak cuba lagi. Kalau failed, dah tak nak cuba dah.
  • Lelaki yang tak mahu berusaha , dan kalau ada usaha pun takat suam suam kuku jer...menyakitkan hati kan..
  • Lelaki yang sering cari alasan daripada melakukan sesuatu, alasan mesti yang sadis madis punya...tak boleh blah..
  • Lelaki yang terlampau harap perempuan buat semua perkara, semua keputusan. Sampai nak sesuatu buat keputusan pun susah..
  • Lelaki yang berkahwin yang buat perempuan macam orang gaji...Kan best aku ada bini, gosok baju bini buat, makan bini buat, sental bilik air bini buat, nak mandi bini mandikan, nak tidur bini dodoikan...memang melampau...lelaki jenis ni akan duduk kerusi malas dan akan malas sampai ke hujung dunia..  
Takde power stereng kan susah..

    Ok lah, itu jer untuk kali ni...ini cuma pendapat peribadi saya jer...pendapat orang lain mungkin berbeza... Chow...


    Sunday, May 29, 2011

    All She Knows by Bruno Mars.

    Lagu sedih ni dinyanyikan oleh Bruno Mars...All She Knows..dengarkanlah. 
    Just for you..I hope you hear it.

    Video lagu All She Knows by Bruno Mars.

    Lirik lagu All She Knows by Bruno Mars : 

    Once again you're home alone
    Tears running from your eyes
    And I'm on the outside
    Knowing that you're all I want
    But I can't do anything
    I'm so helpless baby

    Everyday same old things
    So you're still feelin pain
    Never had real love before
    And it ain't her fault

    She knows better but
    She can't help it
    Wanna tell her
    But would that be selfish
    How do you heal
    A heart that can't feel, it's broken
    His love is all she knows, all she knows, all she knows
    His love is all she knows, all she knows, all she knows

    You've been livin this way so long
    You don't know the differece
    And it's killing me
    Cause you can have so much more
    I'm the one your looking for
    But you close your eyes on me
    So you still can't see

    Everyday same old things
    So you're still feelin pain
    Never had real love before
    And it ain't her fault

    She knows better but
    She can't help it
    Wanna tell her
    But would that be selfish
    How do you heal
    A heart that can't feel, it's broken
    His love is all she knows, all she knows, all she knows
    His love is all she knows, all she knows, all she knows

    All she knows is the pain
    In the corner of an empty home
    She's still comfortable
    I want her to know
    It can be better than this
    I can't pretend
    Wish we were more than friends

    Everyday same old things
    So you're still feelin pain
    Never had real love before
    And it ain't her fault

    She knows better but
    She can't help it
    Wanna tell her
    But would that be selfish
    How do you heal
    A heart that can't feel, it's broken
    His love is all she knows, all she knows, all she knows
    His love is all she knows, all she knows, all she knows


    Buffered Earning Digi WWWOW Awards !

    Yess...dapat juga sebiji Buffered Earnings dari iklan Nuffnang...Penat saya menunggu Nuffnang beri iklan pada saya. Semakin lama ramai blogger yang merajuk dengan Nuffnang ni...Tapi saya belum mahu merajuk,  saya masih lagi memerlukan Nuffnang dalam blog ni. Bila dah ada iklan ni, kena pulun sikit...supaya earnings dapat lepas belanja Facial Treatment saya =)


    Anyway...Psst...betul ke...
    Digi nak bagi awards kat blogger ??
    http://www.wwwow.my/Default.aspx
    untuk memenuhkan penyertaan blogger..saya menyelit jugakla...walaupun harapan tipis.

    Bercakap tentang DiGi WWWOW Awards ni kan, saya pun tak faham sangat award ni untuk apa...Tapi saya tengok ramai blogger yang join awards ni. Siap suruh orang ramai votes lagi tu...Saya nak masuk...tapi...

     tang nak submit entry tu...ada pulak IC Number saya already in use...
    memang lawak tahap gaban...Gila kot.
     Hampeh betul laa..terbantut niat saya nak join benda alah ni ... Huhu..


    Saturday, May 28, 2011

    Cara Buat Pizza !

    Salam yall. 

    Eah sepertimana yang kamu semua tahu, saya dalam mood cuti...cuti cuti ni saya nak penuhkan dengan perkara yang berfaedah, tak nak berpeleseran tak tentu hala, tak nak fikir benda benda berat berat, tak nak layan orang orang tak senonoh, saya nak jadi orang baik baik je. Jaga diri sendiri dan kecantikan diri dan juga cungkil bakat dan kehandalan saya di dapur. 

    Gambar Pizza Handmade neon =)

    Wahh macam anak dara pilihan abad semesta gitu..ok ok, tak tak. Papepun saya dah buat sedulang pizza hari ni. *Tepuk**Tepuk**Tepuk* Ya, ini hari bersejarah sebab ini first time saya buat pizza sendiri. Uuuu...Saya memang suka memasak sebenarnya, tapi ikut mood la..so sekarang mood Pizza, esok tak tahulah mood masak ape. Ok lah tanpa lebih banyak membebel tak tentu pasal, meh saya ajar korang cara buat Pizza yang sempoi !

    Cara Buat Pizza ! 

    Sediakan bahan bahan seperti di bawah :
    • Tepung gandum
    • Yis 
    • Butter
    • Mozarella Cheese
    • Hotdog
    • Chicken Ball
    • Mayonise
    • Daging Kisar or Burger
    • Tomato
    • Bawang
    • Mix Vegetable

    ok , yang ni buku turun temurun nih...ni buku resepi mak saya..saya guna resepi dia je.

    sukat tepung gandum sebanyak 1Lb = 1 Paun.

    dari tepung yang disukat tadi, campurkan...
    1/2 cawan tepung + 1/2 packet yis + 1 cawan air suam + 1 sudu gula
    gaulkan dan tunggu sehingga larutan pekat , naik dan kembang

    gaulkan bahan tadi..

     tunggu larutan kembang seperti ini...yeah...tindakan yis sudah aktif !

    sementara tu, tepung yang lebih tadi dimasukkan dalam satu bekas

    ambil butter

    dalam bekas ni perlu dicampurkan ...
    larutan yis yang dah kembang + 10 sudu besar air + 2 sudu besar butter
    gaul sehingga jadi doh...

    Sementara buat doh, boleh sediakan bahan bahan untuk topping atas pizza.
    Mula mula hiriskan bawang besar...

    kemudian hiris tomato..

    masukkan dalam periuk dan campurkan + sos tomato + sedikit air

    masak sehingga jadi kuah  atau tomato pes kalau taknak susah susah, 
    boleh beli tomato puri je yang dalam tin tu

    Bahan bahan untuk topping Pizza ialah ...
    Ketam , Chicken Ball, Hotdog

    sementara tu...doh yang belum siap tadi harus lah diuli .. 
    uli doh tadi di atas dulang ya...uli banyak kali supaya roti nanti tak bantat atau tak masak...

    lepas rasa siap diganyang doh tu..potong belah macam kat bawah ni..
    kemudian uli balik semula..means, ulang uli dan uli dan uli lagi...
    sampai nampak tekstur doh sebati dan lembut.

    siap uli dah...

    ambil kain basah kemudian tutup doh yang dah siap tadi..nak tunggu dia kembang

    cakk ! dah kembang dah doh pizza kita ni...

    sediakan dulang...dan sapu dulang dengan butter dulu ya...
    kemudian masukkan doh tadi..pastikan doh tu tak memenuhi paras tinggi dulang. Tinggi doh biar separuh je dari dulang sebab roti tu nanti akan mengembang..
    And then cucuk cucuk doh pakai garfu  untuk bagi ruang udara untuk doh bernafas dalam ketuhar...huhu

    ambil mayonise dan sapu atas doh...

    taraaa cantik kan sapuan ku ini

    ambil tomato puri bawang yang da masak sikit tadi dan sapu atas doh...

    siap sapu tomato dan bawang...hehehe

    ambil daging burger tadi dan hancurkan dan letak atas doh...
    kemudian masukkan kejap dalam ketuhar, bagi roti naik kembang kejap...
    dalam suhu 180 degree , 5 minit cukup

    keluarkan roti yang dah naik kejap tadi dan tabur Mix Vegetable pulak ye

    Taburkan Mix Vegetable, Hotdog, Chicken Ball & Ketam

    ambil Mozzarella Cheese

    Taburkan dengan sesuka hati..penuhkan pizza anda !

    Masukkan dalam Ketuhar @ Oven yang suhunya 180 degree, biarkan selama 40 minit.

    Ambil garfu dan test sama ada roti  Pizza tu dah masak ke belum..
    Kalau lembik tu belum masak laa..Kalau dah nampak macam pizza tu dah masak laa...huhuhu

    Ok, inilah rupanya bila dah siap masak !

    Huhuhu...Teruja nih nak makan !

    Roti Pizza elok kembangnya...nice one !

    Time untuk makan !

    pingga pertama...1st round..

    pinggan kedua..second round..

    Sampai 2 pinggan saya makan ni...Komen ? Not bad for first time Pizza lol ! Roti lembut..tapi terlampau kembang pulang, nampak besar gabak tu pizza aku. Ketebalan tahap maksimum ! Hahaha...Rasa boleh tahan la tapi lepas ni saya nak tambah banyak perisa pepper ke nenas ke, bagi mencapai kesedapan tahap maksimum = ) Hihihi...nice one ena , cayook !


    Awek Pakai Baju Tidur & Tudung.

    Awek Pakai Baju Tidur & Tudung ??? Saya ternampak awek ni betul betul dekat belakang sekolah masa saya nak balik dari kerja tadi. Nak tahu tak awek ni pakai apa ? Pakai tudung..tapi pakai baju tidur berlengan pendek dan baju parat lutut..hello, what the hell ?

    ok, sila ucap tahniah kat saya sebab saya berjaya edit ni kat photoshop ok...
    hah, begini lah rupa awek yang saya nampak tadi...
    comel tak awek ni? = Ke ai ma ??
    tak comel langsung ! = Bu Ke Ai !!

    Ok, actually bukan anak dara laa...awek ni sebenarnye emak orang kot. Saya nampak masa tu perempuan tu tengah bimbing tangan anak dia baru balik dari sekolah rasanya...Kalau ya pun nak ambil anak dari sekolah, kenapa mesti berpakaian macam tu ? Ish...buang tebiat buang terbiat !Sebelum korang blah...sila baca hukum Dosa Tak Tutup Aurat @ Dedah Aurat di bawah...


    Credit : Al-ahkam : Dosa Tak Tutup Aurat @ Dedah Aurat

    AzZahabi dalam alKabair/131 - perbuatan mendedahkan aurat dan bertabarruj termasuk perbuatan yg dilaknat dan membawa ke neraka
    Dalilnya: HR alBukhari-Muslim dari Imran bin Husain, “saya pernak menjenguk ke Neraka, dan ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita.” Ia (mendedah aurat dan berhias) termasuk perbuatan wanita jahiliyah kerana sifat tabarruj (HR Ahmad dari Abdullah bin Amr, statusnya hasan menurut alMuhaddith alAlbani.
     
    HR Muslim (8:155) - “Wanita yg berpakaian tapi telanjang, yg melenggang-lenggok dan memiringkan kepala spt bonggol unta, di mana mereka tidak akan masuk syurga bahkan tidak bisa mencium baunya…” (Albani, alSahihah # 1326)
     
    Imam Syuyuti (Tanweer alHawaalik(3/103) meriwayatkan hadis dari Ibn Abdil Barr,”mereka itu berpakaian tapi telanjang, mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium bau syurga.”




     

    Designed by Alieff Artwork