Monday, February 18, 2019

Master Pendidikan Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Alhamdulillah, harini, hari Isnin 18 February. Bermulalah journey Isey menimba ilmu di UKM dalam bidang Master Pendidikan Ekonomi, belajar kerana Allah. InsyaAllah, I will always support you babe ! Susah ke master ? Tak susah la babe, ni tanya lah Nurul Aina ni...hehehe..ex master UKM gak, 2 tahun je, insyaAllah habis and grad on time :) Cuma perlukan sedikit kesabaran, kegigihan dan usaha !

Ya Allah, hari ni juga EG tukar dah boleh apply. Bagi cikgu-cikgu yang nak tukar tu...moh la kita isi eg tukar ni. Semoga aku berjaya dapat pindah ke sekolah yang lebih dekat dengan tempat tinggal.

Ya Allah, sedar tak sedar my baby Aleeya Husna dah 8 bulan ! Senyumannya manis sangat, tapi dia xmudah senyum, memilih orang..bila sekali dia senyum..indahnya dunia :) Usia baby 8 bulan, dia dah boleh memapah dan mula nak lepas tangan untuk berdiri sendiri. menyusu kuat ! Tapi bila bagi makan macam macam dia taknak... Alhamdulillah tetap sihat ! Syukur nikmat.

Sedikit quotes yang aku nak share hari ni...Jom sama-sama muhasabah diri. Mana tau one fine day kita pulak jadi pemimpin :)

If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are a leader.A leader is one who knows the way, goes the way and shows the way.


Hello from silampuneon, isey and husna ! 
Till my next post ya ! malu malu kucing lagi nak tulis ni :)




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You

Saturday, December 29, 2018

Hello Silampuneon is Back!!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Assalamualaikum blog yang berhabuk ! Alhamdulillah pagi ni siap saya punya breakfast roti gardenia pizza ! (mohon kerajinan buat breakfast ni berpanjangan lah) Dapat makan sama sama dengan suami sebelum dia pergi kerja, siapkan bekal nasi untuk dia, alhamdulillah !

By the way sekarang tengah school holiday, jadi saya bergoyang kaki jer dengan baby kat rumah. Mesti orang ingat saya dah delete blog ni. OMG saya syg kot ! saya selalu tunggu je masa bila nak publish sedangkan post post sebelum ni campak masuk draft je. Entah mungkin takde keyakinan nak publish kot ?

Kehidupan lepas kahwin ? lepas ada anak ? Heheh...so far so good. Kahwin tak lah mudah macam bercinta ? bercinta kita boleh off telepon, lari gateaway dengan girlfriends, break up , pecahkan sim card, tukar no telepon dan sebagainye kan...hahaha bila ada pape masalah kene hadap, kene bincang, kene jugak selesaikan kalau boleh hari tu jugak jangan bg meleret leret. Itulah marriage :)

Sedar tak sedar, hujung-hujung saya habis Master Special Education, saya pun kahwin. Sedar sedar, hampir setahun kahwin dah keluar seorang baby girl. Sedar tak sedar Aleeya Husna pun dah 6 bulan, dan Alhamdulillah bulan Febuari 2019 nanti suami saya pun akan mula is Master Education Journey !! Alhamdulillah semuanya saya panjat syukur pada Allah yang mengatur setiap sesuatu dan diiringi doa doa dari ibu ayah adik beradik dan kalian semua. 

Thanks gaisss :) 

Nah seketul gambar latest saya :) Line kat rumah ni...subhanallah !!

Mr & Mrs Roena, & Aleeya Husna :)



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You

Saturday, May 13, 2017

Berjaya habiskan Master !! Yeay !!

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Hi semua ! Ape kabooo...lama dah tak tulis kat sini, takde yang rindu saya ke ? Huaaa...Ok la, update tentang diri sendiri sikit yang menghilang terlalu lama dalam dunia blogging. Relevan lagi ke blogging skang ni ek ? Erkss...Rasanye bloggers lama pun da banyak resign XP

Alhamdulillah, life so far so good. Berkat doa mak ayah, dan doa semua orang. Alhamdulillah...tahun 2017 nampaknye semua yang dirancang berjalan dengan lancar...Thank you Allah swt ! :) 





Berbalik kepada tajuk kita kat atas ni...Yeayyyyyyyyyyy ! Alhamdulillah, saya dah berjaya tamatkan masters saya dalam special education. 2 tahun setengah belajar seperti yang dirancang. Habis masters dalam 5 semester. Cantik, cun, terbaek ! 

Kalau kenang-kenang balik masa permulaan nak sambung belajar, malas gila ya amat tau dak ! Tu pun gagahkan diri sebab nak senangkan hati mak ayah suruh saya further. Belum campur lagi dengan stress belajar secara part time. Habis mengajar di sekolah, bergegas terus ke UKM sampai ke lewat petang, kadang-kadang sampai malam. 

Waktu-waktu paling getir adalah masa sem 3-4 kot, waktu tu mood belajar dah out, rasa nak quit sebab kebanyakan kawan-kawan yang ambil master...quit separuh jalan sebab terikat dengan komitmen lain, give up. Sem akhir masa  sem 5 tu waktu paling best sebab subjek-subjek yang susah dah habis...tinggal nak submit thesis ja..

Alhamdulillah, 19 Januari 2017, saya and geng belajar yang lain-lain berjaya bentangkan paper masing-masing di Universiti Malang, Indonesia...tu kenangan paling best dalam hidup sebagai seorang pelajar sarjana ! I luvvv itttttttt :)  Nanti saya buat entry khas masa saya pergi Universiti Malang ye ! muahhxxx

So terjawab lah sudah persoalan, belajar master senang ke susah ? Dari sudut pandangan seorang guru, saya rasa senang ! Apa yang penting, sabar...bila kaki dah melangkah setapak ke hadapan, jangan toleh ke belakang lagi...lalu habislah master kau dalam masa 2 sentengah tahun :) 

Cabaran paling sakit bila kawan-kawan satu tempat kerja kau dengki ko sambung belajar, tak puas hati dengan ko. Akan cari jalan untuk halang dan bagi kesusahan kat ko untuk buat tugasan / pergi kelas. Bila guru besar kau tak benarkan ko pergi kelas, then ko blah je pi jugak..maka dapat surat kaler merah...Bila orang lain tak faham situasi ko busy dan ko stress....Tapi Alhamdulillah, ive pass the test..Rasa mcm kejap je rupanya ! Goodbye mimpi ngeri, hello sang suria !

So skang niat di hati macam nak further PHD special education ! Tapi, tapi tapiiiiii...ummm banyak tapi lagi. Banyak sebab lagi untuk hold dulu...sebab rasa tak puas nak belajar lagi...kalau ada sokongan padu, galakan, dan kawan untuk sama-sama buat PHD mesti lagi membara semangat ni nak belajar..InsyaAllah, ada rezeki nanti !

latest update from me, cik to puan neon ! 
tengok...sedar tak sedar dah ade anak dah ! heeee somel somel !

cucakkk !! jgn rindu sayaaa yeee...saya tak hilang, saya masih disini ! :)


Anyway, convocation macam lambat je lagi..bulan November tu ! Jauh betul...orang dah tak sabar nak pegang scroll ni, nak lambung lambung topi..nak photoshoot ! Heeee...Excited ! InsyaAllah, akan menyambut convocation dengan seorang bernama SUAMI ! >_< (dup dap dup dap) ok bye semuaaa nanti kita cerita lagi pasal benda benda lain k ! muahhssssxxx!


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You
 

Designed by Alieff Artwork