Salam.
Video video tragedi kepala air. Must see !
Baru baru ni ada kes dua kanak kanak perempuan mati sebab Tragedi Kepala Air..Kejadian kepala air ni memang bahaya dan kita perlu berhati hati kalau nak mandi sungai. Korang tau tak kepala air tu apa ? Jom aku nak kongsi sikit info tentang Kepala Air ni...
Berita semalam...Semalam, mayat Nursyaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada jam 3.15 pagi manakala mayat adiknya, Nursyaza Azera, 4, ditemui pada jam 10.20 pagi akibat Tragedi Kepala Air.
Fenomena kepala air
Kepala air - Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Bahaya Kepala Air - Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.Langkah keselamatan :Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
- Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
- Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
- Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).
Gambar tragedi kepala air
Gambar tragedi kepala air
Gambar tragedi kepala air
Gambar tragedi kepala air
Gambar tragedi kepala air
Video video tragedi kepala air. Must see !
Video video tragedi kepala air. Must see !
Video video tragedi kepala air. Must see !
Berita tragedi kepala air : Dua beradik mati.Mayat Alisa, Azira ditemui - Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL pengarang@utusan.com.my
KUALA PILAH 4 Mei - Mayat dua daripada tiga kanak-kanak masing-masing berusia antara 2 dan 5 tahun yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi-manda di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini petang semalam, ditemui pagi ini.
Mayat Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui oleh bapa saudaranya, Abdul Azam Wahab, 23, pada pukul 3.15 pagi ini, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, pula ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Ulu Bendul.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba ketika dihubungi hari ini mengesahkan penemuan mayat dua kanak-kanak itu dan usaha mencari seorang lagi kanak-kanak itu, Nur Syaza Sakinah, 2, sedang diperhebatkan.
Beliau berkata, mayat dua beradik itu telah dihantar ke Hospital Kuala Pilah sebelum dibawa pulang petang ini ke Taman Desa Exora, Senawang untuk pengkebumian.
Abdul Azam yang baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu dengan Wan Hasniza Wan Abdullah, 25, iaitu adik kepada ibu kanak-kanak malang itu berkata, dia bersama beberapa orang meredah air sungai paras pinggang dan berenang untuk mencari anak buahnya yang hilang itu.
"Saya nekad untuk membantu dan ketika itu apa yang saya tahu ialah kesemua anak buah saya yang hilang harus ditemui walau apa keadaannya sekali pun," katanya ketika ditemui di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini hari ini.Katanya, dia sedih apabila berjaya menemui mayat Nur Syaza Alisa pada pukul 3.15 pagi dalam keadaan kepalanya cedera dan bibir pecah serta lebam."Saya tergamam dan tidak menduga akan kehilangan tiga anak buah yang baru sahaja dikenali Sabtu lalu, semasa majlis perkahwinan saya," katanya.
Dalam pada itu, suasana sedih menyelubungi kawasan letak kereta di hutan lipur berkenaan sebaik sahaja mayat Nur Syaza Azira dibawa ke situ untuk pengecaman ahli keluarga.
Turut berada di situ, bapa kanak-kanak malang ini, Said Ahmad Ibrahim, 28, yang kelihatan sugul dan kaki masih berbalut, dipanggil untuk mengesahkan mayat Nur Syaza Azira.
Bapa saudara kanak-kanak malang itu, Wan Adnan Wan Abdullah, 37, memberitahu, dalam tempoh dua minggu ini, keluarga mereka dirundung malang.
"Pada hari Sabtu dua minggu lalu, anak sepupu saya meninggal dunia selepas maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan motosikal bersama rakannya di Lubuk Cina, Melaka.
"Sabtu lalu, sepupu saya pula meninggal dunia kerana terbabit dengan kemalangan jalan raya ketika memandu kereta di Ramuan Cina, Melaka. Minggu ini pula, tiga anak buah saya meninggal dunia serentak," katanya dalam linangan air mata.
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam, tiga kanak-kanak itu hanyut dibawa arus deras yang disebut fenomena 'kepala air' ketika sedang mandi di kawasan perkelahan popular itu.
Bapa kanak-kanak itu, Said Ahmad dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 18, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan
memang bahaya kepala air ni..
ReplyDeleteaku kalau pegi air terjun..
time-time nak hujan..terus je balik
Klu mandi di air terjun, itulah perkara pertama kali yg saya akan pastikan.. Bila hari gelap atau nak hujan, seelok2nya jauhkan dari mandi.. Kepala air ni macam tsunami, sekali dtg dia sapu semua.. bahayakan.. :)
ReplyDeletebudak kecik 2,4,5 tahun??? air sederas tu! ni peringatan utk sume org
ReplyDeletehaih....tu la kalau nak mandi gi mandi tempat yang okay sikit...mandi dekat air jatuh tu kadang2 bahaya sebab dasar dia jadi dalam
ReplyDelete