Wahai cikgu cikgi sekalian 16 Mei datang lagi ! 16 Mei 2011 ni kita akan menyambut Hari Guru ! Bagi aku, ini kali pertama aku merasa menyambut Hari Guru dengan gelaran "Guru". Sebelum ni aku sambut dengan gelaran "Bakal Guru" jer...huhuhu...
Dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua manusia dalam dunia ni yang bergelar guru..tak kira lah guru sekolah ke, guru silat ke, guru char kuey teow ke, dan semua bekas guru yang dah pencen atau yang dah pergi...
Semoga Allah merahmati karier perguruan ni, memberkati segala tugas dan perkhidmatan yang telah kita berikan selama ni...InsyaAllah, kalau kita ikhlas mendidik, ganjaran yang besar akan diberikan pada kita di akhirat nanti. Ingat, kalau kita jadi guru je "Setapak kaki dah masuk syurga tauuuu " I love you all...Aku nak hadiah hari guru...nak mintak kat sape ek ? T__T
bersatu kita menuju paradigma yang baharu
satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
pendidik berkualiti demi mencapai visi
dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji
Guru mendidik insan dengan setulus hati
membimbing generasi masa depan
guru penjana transformasi pendidikan negara
menjayakan hasrat yang murni satu malaysia
Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
bersedia hadapi cabaran
arus tanpa sempadan
Pendidik yang berkualiti
membentuk akhlak terpuji
mengimbangkan rohani
jati diri dan jasmani
Guru mendidik insan dengan setulus hati
membimbing generasi masa depan
guru penjana transformasi pendidikan negara
menjayakan hasrat yang murni satu malaysia
satu malaysia… satu malaysia
Selamat Hari Guru! Semoga sebelah tapak yg satu lagi masuk syurga gak! =D
ReplyDeletewahhh xie xie ni ashraf = )
ReplyDeleteselamat hari guru neon...
ReplyDeleteSelamat hari guru..
ReplyDeleteFirst time sambut hari guru...
Terus kene jemput ke sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan....
Hmm.... berdebar2..
selamat hari guru neon.weee
ReplyDeletexie xie ni (TQ) haiqal, aswads, and sunshine..
ReplyDeletemiss sunshine take care , i wish to be there ! = )