Pages

Thursday, July 16, 2015

Program Keselamatan Jalan Raya & Basikal Tandem : Cabaran Naik Basikal 2 Penunggang !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Kita belajar dari pengalaman. Sikit-sikit boleh lah jadi biasa dengan projek by projek. Kali ini saya usahakan Program Keselamatan Jalan Raya sambil menunggang basikal. Macam best je kan...pening jugak nak jalankan projek ni...antara masalah yang saya hadapi...

  • cikgu dan murid takut dan tak biasa nak tunggang basikal
  • cikgu penat, cikgu tak ramai , murid pulak ramai
  • waktu nak main tu kena awal pagi kalau tak ganggu waktu belajar
  • kalau nak main basikal kat luar sekolah, bahaya
  • dan macam macam lagi...
Walaupun banyak cabaran .. projek tetap berjalan macam yang dirancangkan...lepas je projek ni dilancarkan, tak sangka banyak luar yang berminat nak tengok projek ni...tak sangak...walaupun saya bangga tapi, saya letih jugak sebab setiap kali ada pelawat datang sekolah, they want to see we play our tandem bike :) Ada ketika tu, sampai media pun datang nak tgk kami naik basikal ni...dengan interview sana sini, letihnya nak layan tetamu kan ! tapi kita menurut arahannnn...

Kekuatan program ni ialah,
  • kitorang buat sebulan sekali je..hari selasa
  • basikal tandem dan semua peralatan basikal tu, saya mohon Pihak Buddy sponsor :) 
  • barang papan tanda keselamatan jalan raya tu saya mohon Pihak sekolah Sponsor :) 
  • yang penting murid-murid happy
  • murid-murid dapat membuang perasaan takut naik basikal
  • dpt  bantu diorang untuk mengurangkan masalah ketidaupayaan fizikal, meningkatkan keupayaan motor halus dan motor kasar
  • disamping dpt bersosial dengan rakan-rakan sebaya
  • program basikal jugak makes our body to keep fit ok !
Apa yang saya usahakan, saya harap dapat bagi kebaikan pada murid...tapi sayangnya, masih ada juga yang bersikap negatif setiap kali cikgu usaha membuat sesuatu demi kebaikan anak murid...sayang kan !

Contoh macam...
  • Takutla..kalau apa apa jadi kang salah urat kang
  • Tak boleh naik basikal ni nanti anak saya penat, dia nak belajar
  • Saya tak reti la penat la naik basikal
Benda benda camni, lama lama saya pun dah hadam dah. Kadang kadang kita faham, tak ramai yang suka dengan apa yang kita buat, tak semua setuju dengan apa yang kita rancang. Tapi itulah asam garam kehidupan...senang cerita, sukahati ekaulah jang...

:)

Yang penting, apa yang buat budak happy...akan turut buat saya happy...hehehe...Ok ! Kita layan sedikit gambar kami naik basikal ok !















Yang terbaru ni, kami menjemput Puan Mahani dari JPWP Ketua Sektor Pend. Swasta dan Pend Khas untuk rasmikan projek kitar semula basikal untuk dijadikan basikal tandem :)









Ini lah manusia yang sangat sangat membantu saya untuk menjayakan program ni. Aku sayang korang semua...tqsm guys !! :) Muahhsssxxx together we are strong !







السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You

Kepompong Siksaan : Semoga Dikuatkan Semangat !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Jom kita buat refleksi sikit tentang apa yang berlaku harini..Alhamdulillah, setelah lama bersabar dalam kepompong siksaan ni, akhirnya dapat bersua muka, dan meluahkan perasaan yang terpendam..

Salah Kami ke ? Atau mereka kah ? Hanya Allah je tahu apa yang berlaku dalam organisasi ni. Hanya Dia lebih mengetahui..betapa hamba hambanya ni bersabar dengan herdikan mereka, sikap tidak endah mereka, kebiadaban mereka, sungguh...bongkaknya mereka hidung melangit tinggi..

Selama ni kami bersabar, sabar , sabar. Daripada menjadi kawan, menjadi lawan. Ujilah kami dengan sikap biadap tu, ujilah kami sebab kami insyaAllah akan bertahan selagi ada iman..

Bayangkan, 

Setiap kali ada isu, kami dipersalahkan. Kenapa salah mereka sendiri tak nampak ? Kalau dalam satu organisasi tu ada masalah, kenapa tak selesai cara baik ? Berbincang, buat tindakan, buat jadual, selesaikan masalah. Kalau ada yang masih berdegil, itu tugas ketua organisasi untuk membuat tindakan. Awak sebagai orang bawahan ni, tak perlu buat cerita panas lagi untuk menambah bara api. Bila depan bos, kerjanya menuding jari dekat orang lain...diri sendiri saja yang wangi, yang megah...padahal diri sendiri pun banyak kelemahan...

Dengan muka memandang kami penuh kebencian, dengan cara bercakap kasar dan tak mesra...menghentak sana, menghentak sini, inikah layanan yang sepatutnya kami dapat ? Jadi kenapa ungkitkan kenapa kami duduk berpuak..kenapa kami tak bercampur dengan mereka ? Sorry you treat people so bad, then what do you expect people will treat you ? 

Allahuakhbar, kuatkanlah semangat aku untuk terus berada disini..tak mampu lah lagi untuk berdepan dengan manusia macam ni. Ya, saya akui saya juga banyak kelemahan saya...tolong ajarkan ? Bukannya hulur kerja, dan arahkan saya bekerja macam saya ni kuli awak...saya manusia, saya ada perasaan. Hulurlah kerja banyak mana pun, saya cuba usahakan...tapi kalau galakan yang saya terima tak baik...minta maaf saya tak mampu nak lakukan..

Minta maaf, saya bukan sebelahkan mana mana pihak. Saya neutral. Saya kerja sini nak happy. Saya nak happykan client client saya, saya nak happy dengan rakan sekerja saya. Tapi kalau inilah yang saya dapat. Ini semua tak berbaloi. 

Sampai sini saja isu ni. Dan hanya orang yang mengalaminya sahaja yang akan faham situasi saya ni. Sekian :) 



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You

Majlis Perasmian Bangunan Baru PPKI The Community Chest : Pengalaman Jadi Pengacara Majlis...

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Hoorey !

Cuti Raya datang lagi ! Ya Allah tak sangka lama betul saya tinggalkan blog ni dengan debu debu...kesian ! Saya masih lagi seorang blogger ke ? Valid ke ni ? :) Sorry kalau i let down anyone of you yang dulu rajin baca baca blog ni. Sorry ! 

Ok cerita harini saya nak kongsi pengalaman saya menjadi Juru Acara Majlis masa Perasmian Bangunan Baru PPKI The Community Chest bulan lepas...kenapa rasa nak cerita benda ni ? Sebab first time saya mengacara majlis tetamunya Menteri Pengangkutan Malaysia..perasaan ? I feel so pressure ! Sebab everything must be perfect..kalau ikutkan saya, semua benda saya nak simple je...tapi kali ni different..terima kasih atas peluang yang diberi, saya timba pengalaman dari sini..

Alhamdulillah majlis berakhir dengan jayanya, everything was settled. Bukan apa, saya ni penakut sebenarnya, tugas jadi Juruacara is really not my filed. Even nak buat presentation kat kelas pun saya masih menggigil gigil..inikan pulak nak bercakap dengan orang ramai..apa yang saya tahu, saya dah buat sehabis baik..sape sape yang dengar saya tersasul ke ape ke, tolak tepi jelah ! Tau tak betapa saya ni banyak kali practice untuk sebut nama nama orang cina ? Terbelit lidah tau dak.....Hahaha :p Balik dari majlis, semua berita kat TV siar pasal sekolah aku...

Ok layan gambar sebagai rindu rinduan. 





Masa perasmian haritu, jumpa GB lama mesti tanya aku soalan cepuk lemas...

Hah nurul !!!
Yeee Pn Yap  :)
Haaaa u dah kahwin ke belum ??
Haaaa ! Ini la soalan yang saya nanti nanti kan, saya memang dah sediakan jawapan untuk u !!!
Haaahh..woo ?? Dah kahwin ke belum ???
Mestilah belum !!!! Hahahaha !
U kahwin jangan lupa jemput i okay...i mesti datang !
Hooo mestiiii i jemput uuu !! 

Masalahnya dia akan tanya soalan ni setiap kali jumpa aku...kat meeting meeting luar la...susah ni lain kali jangan bagi aku terserempak dengan dia...heheheh but i love her so much !! Teringat la kenangan kenangan dulu dengan dia...awww she is so sweet, Pn Yap Bee Lai !

ni gambar kitorang masa tahun 2011 !


dengan teachers and  ex teachers sjk c sam yoke...hehehe...

meriahnya dengan belon !

 selama ni aku takut gila dengan warna kuning...kenapa ek aku pakai kuning hari ni ? 

rela ni popular betul laaa

Itu dia....Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato Sri Liow Tiong Lai

Itu GB saya, Cik Tan Sow Yong


Oh yang ni gambar anak murid saya, Liew E Jack Aaron ...dia dapat Malaysia Book Of Record..sebab dia selalu menang pertandingan wushu peringkat antrarabangsa..bangga woi ! Gaya apalah cikgu nurul buat tu...


ok tata !

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You

Friday, May 29, 2015

Orang Baik Akan Nampak Kebaikan... Jika Sebaliknya ?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Dah lama tak menulis. rasa nak tekan keyborad pulak. Alhamdulillah semuanya baik baik sahaja dan terima kasih bagi yang mendoakan :) 

Harini nak bercakap tentang buruknya sifat orang yang tak habis habis suka mencari kesalahan orang lain. Apa yang orang lain buat salah saje. buruk dan busuk saja. takde yang cantik, takde yang wangi. sikap apa ya macam ni...?

Tak perlu ada sikap macam ni. Be positive. Lebih elok lagi kalau kita ni jadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang diharapkan, orang yang dicari, orang yang sentiasa orang minta pertolongan dari kita. Itu baru bermanfaat namanya. Sebab ? People know that they can count on you. No matter what, you will help.

Cukup lah dengan sikap, lepas tangan. Kerja kau, kau buat. Kerja aku, aku buat. Apa salah tolong menolong ? Apa salah kalau kita buat kerja lebih sikit dari orang lain ? Salah ke...merugikan ke bila kita buat kerja extra dari orang lain ?

Allah.

Kalau ya, di dunia kita nampak dan rasa rugi. Kat akhirat Allah dah janjikan ganjaran. Memang kalau bab kerja ni rasa nak mengelak je kan. Tapi fikirlah...kerja tu satu ibadah. Buat dengan baik dan ikhlas, insyaAllah pahala menanti. Kalau buat pun tahu nak complain sana sini, dan sibuk bercakap tentang banyaknya kerja yang kita buat...tak guna juga.

Kadang-kadang tu, memang banyak kerja kita tanggung. Tapi nampak kesan tak ? Nampak perubahan positif tak dgn apa yang kita buat tu ? Kalau rasa-rasa tak nampak, berbaloi tak kerja yang kita buat tu ? So apa lah sangat kesannya hasil titik peluh yang kita bising sangat tu...kerja sikit, tapi riuh sekampung.

Malu macam ni. senang cite tengok ayat bawah ni :)

jika orang itu baik, dia akan nampak banyak kebaikan
sebaliknya jika orang itu tidak baik, dia akan nampak banyak kejahatan dan keburukan.
jika kita melihat dengan mata hati kita, jika mata hati kita bersih, insyaAllah kita akan dapat melihat banyak kebaikan


Bercakap pun, tak semestinya saya ni hebat. sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. 

#esok saya ada interview masuk tv ! nak pakai lawo lawo ~ ;p#
#jiwa serabut sebab banyak kije#

ok sebelum chow, nak share gambar throwback...dulu dan sekarang :) Nah. jangan rindu-rindu ok !

tahun 2007 or something and 2015 :) 


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You

Sunday, February 22, 2015

Low Carb Meal : Cara Buat Roasted Chicken Nandos & Salad !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful


Ape ye menu low carb hari ni ? Oh yeah, semestinya yang sedap sedap dan mengeyangkan ! Entri sebelum ni saya ada cerita saya nak try diet atkins kan ? Tak berjaya ok, susah gila...haha, banyak sangat peraturannya. So saya decided, saya amalkan low carb meal dalam misi untuk memakai balik baju baju kurung yang dah tak muat tu.  (azan zohor * kita sambung lepas solat!)

Low Carb Meal : Cara Buat Roasted Chicken & Salad !

Bahan - bahan :
1. Sayur-sayuran
2. Ayam
3. Marinade powder (untuk perap ayam)
4. Olive oil, thousand island & sesame sauce (salad dressing)
5. Sos Peri-Peri Nandos

Cara buat :
1. Perap ayam
2. Bakar ayam 160 degree - 40minit
3. Rebus salad - 2 minit
4. Gaul salad dengan dressing
5. Siap


Meh aku jelaskan dengan terperinci. First of all, korang dah perap ayam sehari sebelum atau paling tidak sejam sebelum korang nak makan. So, bila dah perap ayam, bakar je dalam oven dengan suhu 160 degree untuk 35 hingga 40 minit. Tempoh masa bakar ayam ni, tertakluk pada size ayam korang, kalau kecik je sekejap je da masak :)

contoh google : marinade powder
(kitorang marinade pakai powder ni je, tambah garam sikit)

contoh google : cara nak perap ayam

 


hai ayam ! apa khabar :)

Ayam dah siap bakar :) Cantik warna dia. 


Sementara tunggu ayam siap bakar, boleh sediakan sayur-sayuran yang korang suka. Aku suka makan celery, carrots, and kacang panjang ! So ikut citarasa korang la nak sayur apa pun. Basuh sayur, potong panjang dan dadu dadu. Kemudian, rebus dengan air panas 2 minit.. (sayur perlu direbus kalau sayur keras, kalau korang pilih sayur lembut, tak perlu rebus ok)

 

Ok. Dah siap rebus. Buat dressing pulak. 



Nampak 3 bahan ni, Olive oil, sesame sauce & thousand island. Tuangkan sedikit ke dalam mangkuk salad yang dah siap tadi. Gaulkan bahan ni. Lepas tu siap untuk dimakan. 



 Tada ! Dah siap dah menu kita hari ni. Tak lama pun. tak susah pun ! Nampak menyelerakan kan ? Memang sedap pun. Tambah pulak dengan sos peri peri Nandos, lagi sedap ! Ok, bismillahiroohmanirrohim...




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You




 

Designed by Alieff Artwork