Salam,
Mothers day ke harini ? Tak sedar..belum wish pun dekat mak T__T ok ok...anyway, aku dapat maklumat ni dari facebook yang di share oleh uncle woot woot. Apa pandangan korang terhadap perkara ni ? Betulke hukumnya HARAM jika kita sambut hari ibu aka. mothers day tu? Walaupun niat kita cuma nak memeriahkan lagi dan menghangatkan lagi rasa sayang pada ibu kita, itupun jatuh hukum HARAM ke ?
Kalau ada dikalangan bloggers atau readers yang terdiri dari ustaz ustazah tu, sila komen , beri pendapat, dan jelaskan...Terima Kasih...
Original dari : OhIslam - Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.
Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam
Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.
P/s : Hari hari sebelum keluar rumah aku akan salam dan cium mak ayah aku sebelum aku pergi kerja. Sempat jugak aku nyatakan "Goodbye, Assalamualaikum & I Love You" kat mak ayah aku...Alhamdulillah...
Ku sayang mamaku hari-hari
ReplyDeletebukan bila hari ibu je hehehe
la..
ReplyDeletextaw pun..
comment psl atas tu...wallahualam,hrm @ x,
ReplyDeletesaya sayang bonda terchenta hingga hujung nyawaku...
:)
Hami rasa sayang pd mama&abah tiap2 ari bknnya ada waktu2 ttentu je..nk p mna pon hami gtau pd mama&abah..nk p keja salam cium tngan mreka..klu xdpt wat mcm 2 xsnang dduk dwatnya hami akn rasa gelisah smcm lps rasa mcm bsalah sngt2..tiap2 ari klu bleh nk gmbrakn mreka,snangkn mreka tp apakn daya dgn keada'n kshatn yg xbape mgizinkn xdpt nk bantu apa2 2 yg wat diri rasa mcm dh bnyk myusahkn mreka :(
ReplyDeletexkira lah ape pon,yg penting kta sentiasa doakan yg terbaik untuk kedua2 ibu bapa kita=)btw,dah follow awak.nice blog
ReplyDeleteYang peliknya, kenapa baru sekarang heboh isu ni dekat Malaysia. Dulu Hari Valeentine, orang Islam dekat Malaysiapun ada yang sambut, lepas tu jatuh haram. Sekarang pula hari Ibu. Jadi saya harap, mana-mana pakar agama tolong bagi tahu dekat kami perayaan-perayaan atau keraian-keraian yang lain yang kami tidak ketahui yang lain oleh orang Islam yang sebenarnya haram untuk disambut. Jangan jadi macam sekarang, bila tengah nak sambut macam hari Ibu ni, baru heboh kata ia haram. Tolong bagi tau awal-awal... Supaya kami tahu ia adalah haram. Sekian
ReplyDeleteSalam semua....
ReplyDeletesory agak lmbat untuk mncelah...
Hari ibu haram?? ok jom kite tngok sejarah disebalik hari2 ibu yg telah menyebabkan kekeliruan umat islam di Malaysia & hari ibu yg dismbut di MALAYSIA....
(1)PERAYAAN YANG MENIMBULKAN KEKELIRUAN DENGAN HARI IBU DI MALAYSIA:
a) PERAYAAN "CYBELE".
--> PENGASAS: Penganut kepercayaan keagamaan purba Romania.
--> MASA PERAYAAN: 15-28 Mac (bukan sehingga 18 Mac sprti yg didakwa penulis blog ini)
--> OBJEKTIF: Memperingati Cybele (ibu segala tuhan menurut agama mereka),serta peristiwa2 dan cinta terhadap Attis
--> Perayaan ini adelah berbentuk kepercayaan dalam keaagamaan bukan islam.
b) MOTHERING SUNDAY / HARI IBU KRISTIAN
--> PENGASAS: Penganut kepercayaan keagamaan KRISTIAN di England.
--> MASA PERAYAAN: ahad ke-4 dlm hari 'LENT'(Lent ialah satu tempoh masa sebelum hari perayaan Kebangkitan Jesus)
--> OBJEKTIF:Sbgai tanda hormat kepada Mary (ibu jesus) dan Ibu Gereja(gereja2 utama)
-->diraikan dengan mengikut ritual agama kritian sendiri.
c)HARI "MOTHER TERESA"
--> MASA: 19 Oktober
--> OBJEKTIF: Memperingati & tanda penghormatan kepada "MOTHER TERESA".
-->penganut agama kristian mengenang jasa Mother Teresa bukan sekadar penyumbang jasa kepada masyarakat malah baktinya yg banyak kpd GEREJA dan agamanya, KRISTIAN KATOLIK.
(2) HARI IBU DI MALAYSIA
--> PENGASAS: Ann Jarvis (US)
--> MASA PERAYAAN: ahad (minggu ke-2 dlm bulan Mei)
--> OBJEKTIF: Sebagai hari bagi merayakan jasa & pengorbanan ibu yang melahirkan kita.
--> Maklumat tambahan : Pengasasnye juga tidak meletakkan garis panduan mnyambut hari ini dlm bntuk spiritual/keagamaan kerana objektifnye untuk memperingati pengorbanan para ibu2.
=============RUJUKAN===============
1)http://en.wikipedia.org/wiki/Cybele#Festivals
2)http://en.wikipedia.org/wiki/Mothering_Sunday
3)http://en.wikipedia.org/wiki/Mother%27s_Day
4)http://en.wikipedia.org/wiki/Mother_Teresa
==================================
So, x prlulah risau krana hari ibu yg disambut di asaskn olh Ann Jarvis ini langsung x menyentuh/bermotif perihal keagamaan/ketuhanan & tidak melaggar mana2 undang2 dlm islam, malah ada hikmah disebalik hari ibu ni kerana ia ibarat “alarm” untuk mengingatkn kita yg kadang2 terlupa akn tanggungjawab kita kpda ibu kita, tlupa untuk menghargai jasa2 & pengorbanan mereka.
Kpd pnulis blog sila rujuk alquran & berguru lah dengan guru yg bertauliah jika mahu memahami hadis2 sebelum menggunakannya…