Sunday, May 22, 2011

Tukar Bahasa Dalam Blog !

Salam yo !
Titibe aku rindu kat Justin Bieber...apakah takde kaitan.

Berkenaan tajuk kat atas, yeah..aku rasa nak tukar bahasa yang aku guna dalam blog ni. Actually, hari tu mak aku lepak japs kat dalam blog ni..baca apa yang patut, and then...

Mak aku sound camni...

"Cube kamu tukar bahasa blog tu biar elok sikit ? Aku aku kau kau, tak elok tak sopan dengar nyer.."

Aku pulak menjawab...

"Mak, bahasa aku kau tu okaylah tu. Tu kan kanta ganti nama diri yang ketiga...dalam subjek bahasa melayu pun kita belajar mak..."

Mak aku balas balik...

"Mak dulu dulu dengan kawan kawan tak pernah cakap aku kau...time sekolah je cakap aku kau..bila dah kerja gunalah I & You, Kamu & Kami, Saya & Awak...kan sopan tu...ish ish ish kamu ni "

Aku plak..(err..garuk pale yang tak gatal )


Ok lah, sebenarnya apa yang mak aku cakap tu betul gak...tapi camne ek nak tukar bahasa dalam blog ni. Entri entri lepas dah tak boleh berpaling lagi dah...huhu. Celah mana aku nak start ni ? Er...saya...saya...cubalah ya ? Ok ok..


 

Designed by Alieff Artwork