Memartabatkan Bahasa Melayu.

Wow ! Menarik ni...cuba korang bayangkan, kalau stesen radio inggeris macam Flyfm or Hitzfm ada slot yang menggunakan Bahasa Melayu ? Pergh...memang hebat tuh ! Cayalah Datuk Rais Yatim...camnilah salah satu cara kita nak memartabatkan Bahasa Melayu = ) Pape hal pun sila baca sisipan di bawah...


Wujudkan slot bahasa Melayu di stesen TV Inggeris
05/05/2011 7:18pm
KUALA LUMPUR 5 Mei - Stesen radio dan televisyen swasta berbahasa Inggeris digalakkan untuk mewujudkan satu slot program berbahasa Melayu sebagai usaha membudayakan Bahasa Melayu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata, program berkenaan tidak semestinya bersiaran setiap hari memandangkan stesen radio dan televisyen swasta harus mengambil kira faktor kewangan dan penajaan iklan sebelum mewujudkan sesuatu program baru.

"Kami menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh mengajak tuan punya stesen dan kita akan kuat kuasa syarat ini bagi radio dan televisyen di mana ruang untuk mempromosikan bahasa Melayu harus wujud setiap minggu, misalnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Pembudayaan Bahasa Melayu di Radio di sini hari ini. - Bernama.


Comments