Monday, May 02, 2011

Cara Atasi Jalan Membongkok.

Dalam hati lelaki mesti tertanya-tanya punya kenapa perempuan jalan mendada semacam eh ! Rarr, bikin panas je...Perempuan mendada nampak sangat seksi dan menggiurkan kan? Tapi tak baiklah nak mendada...wat pe nak tunjuk kat laki kita punya "twins" dowh. Hentikanlah niat menunjuk dada korang tu ! Please !

Actually aku tak suka la perempuan jalan mendada...kenapa korang nak sangat lelaki tengok dada korang? Mendada dan berjalan dengan tegak adalah satu situasi yang berbeza ye korang semua. Tak elok bagi seorang perempuan kalau jalan membongkok. Seorang perempuan harus belajar cara jalan dengan tegak supaya nampak lebih menarik...

Menurut gambar ni...aku rasa..
perempuan mendada tunjuk boobs : ialah perempuan jenis Lumbar lordosis! bontot tonggek, buah dada jalan kedepan...
so, back to the main topic..kita nak good posture ok !

Aku dulu sebenarnya pembongkok tau ! Suka sangat membongkok...aku rasa faktor aku suka membongkok sebab aku takde keyakinan pada diri aku sendiri. Sampai lepas habis sekolah pun, aku masih lagi jalan membongkok...Tapi bila aku mula masuk dunia campus, ada kawan aku tegur..: neo, asal ko bongkok sangat ni ? jalan elok-elok takleh ke? Aku plak..: errr..memang aku bongkok pon, entah camne nak betulkan ek ! (malu gile, tapi sangat berterima kasih kat kawan aku tu. nama dia ain)

Lepas daripada tu kawan aku terus bertindak ! Dia ambik batang penyapu tu...dia suruh aku kepitkan batang  penyapu tu kat bahagian belakang tangan aku. Sakit wooh ! Terkangkang kengkang aku berjalan dengan penyapu terkepit dekat belakang badan aku..contohnya macam gamba kat bawah ni laaa tapi bezanya cuma ko kepit batang tu kat ketiak ko je...

Latihan batang yang dimaksudkan...
batang ape ape pun boleh. penyapu ke tiang ke..
sangat susah nak cari gambar yang seswai...dan terpaksa berkhalwat dengan gambar pole dancers pulak ! menggigil...grr grr

So sejak itu, aku pun mengamalkan latihan guna batang ni. Hurm..waktu yang sesuai buat latihan guna batang ni masa korang tengah lepak lepak dalam bilik la...time study ke..kat rumah pun boleh gak. Tapi make sure batang korang tu tak tajam. Karang tertusuk pulak orang lain, boleh mencederakan orang ! (dilarang berfikiran lucah)

korang gak boleh buat macam model buat..put books and glass on your heads  macam gambar bawah ni...ade beran ke?
Ok sampai situ saja dari aku. Hihi...Jalan jangan bongkok atau mendada tau, jalanlah dengan tegak !
 

Designed by Alieff Artwork