Salam !
Huahahaha...mesti ramai keluar dari rumah pergi pekena ice lemon tea kan ? Kipas dengan aircond kat rumah mesti pasang laju laju kan ? Huhuhu...cuaca panas beb, panas giler...suhu tempat kita ni nak mencecah 40 darjah celcius dah ni, nak tahu sebab ape ? Cuaca panas bulan MEI ni adalah disebabkan kesan daripada angin Ribut Tropika Aere yang datang meniup dari Filipina ke Malaysia...sebab tu lah kita rasa panas semacam woo...
Huhu, tengok Utusan Online tadi, ada berita mengatakan yang suhu panas ni akan berakhir tak lama lagi...bolehla kita sama sama tarih nafas lega = )
Suhu panas dijangka berakhir minggu depan – JMM - 09/05/2011 7:31pm
KUALA LUMPUR 9 Mei – Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.
Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini hari ini.
Namun beliau berkata, keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998.
"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C),” katanya. – Bernama
kat cni, belah malam pun still 31 degree...
ReplyDeleteCuaca sekarang ni dah tak menentu lagi..lambat laun cuaca nanti bertukar jadi sejam panas sejam hujan..= =
ReplyDelete