Wahai semua kaum adam di luar sana, hari ini kan hari Jumaat. Jangan korang pergi lepak melepak pulak hari Jumaat ni. Sesungguhnya tempat lelaki adalah di Masjid. Ingat pesan nabi kita :
Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.
Rasullullah dah cakap, kalau sape yang tak pergi solat jumaat 3kali berturut-turut tanpa sebab musabab yang tidak dapat dielakkan, maka dia bukan Islam. So, korang nak ke kalau kita di-cop sebagai kafir? Taknak kan...jom la pergi sembahyang jumaat. Jom laaa.
Tentera pun pergi Solat Jumaat tau. Tolonglah jangan bagi alasan penat letih bekerja tak larat pergi solat jumaat!
Ada juga lelaki-lelaki Islam yang terpaksa bertugas sebagai polis, tentera, bomba yang terpaksa berkorban masa demi menjaga keamanan negara. Diorang ni kadang-kadang tak pergi Solat Jumaat sebab terpaksa jaga tahanan.
Walau macamana pun diorang kerja, diorang harus berusaha untuk mengerjakan solat Jumaat, sekurang-kurangnya sekali setiap 3 Jumaat. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w menyatakan dalam satu hadith baginda bahawa mereka yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut akan dikunci hati mereka.
Pesanan penaja : Sila jangan pakai selipar berjenama pergi Masjid ok. Sliper jepun pun boleh kena rembat.
ade ke org mangga selipar cmtu?? hehe
ReplyDeletekebanyakan laki skrg gi smyg jumaat tp takmo dgr khutbah..bukan ke khutbah tu slh satu rukun? hehh pelik btul dorang nih
ReplyDelete