Wanita Ditahan Kes Simbah Asid !

Wooo tak sudah dengan kejadian kes simbah asid si lelaki india tu, ada pulak kes simbah asid yang berkaitan dengan perempuan pulak. Wanita berumur 34 tahun pulak di tahan sebab disyaki ada kitan dalam kes simbah asid aka. acid splashers nih...

gambar mangsa, Muhamd Hanif Sunai

Polis tahan wanita disyaki ada kaitan kes simbah asid
15/05/2011 5:19pm

KANGAR 15 Mei - Polis menahan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes serangan asid ke atas seorang pemandu lori di Kampung Sentang, Utan Aji dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin berkata, wanita berusia 34 tahun itu ditahan awal hari ini selepas dia menyerah diri di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1 pagi.

Polis menahan reman wanita tersebut yang dipercayai merupakan bekas teman wanita kepada mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Dalam kejadian itu, Muhamd Hanif Sunai @ Shuaib, 24, cedera parah dan melecur 50 peratus pada muka dan badannya selepas dikatakan disimbah asid di rumahnya.

Mangsa dikatakan diserang dengan asid sebaik sahaja membuka pintu rumahnya kira-kira pukul 1 pagi setelah mendengar ketukan di pintu rumahnya.

Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. - Bernama


Comments

  1. ish3 asyik simbah asid je skg nih =.='

    ReplyDelete
  2. Gilal lah!Selagi nak simbah,selagi tu balun.Kita dalam lab punya lah takut asid2 nih.Hurmm

    ReplyDelete
  3. ni ada kaitan yg india tu ke??

    ReplyDelete

Post a Comment