Monday, May 09, 2011

Makan Untuk Hidup

Korang hidup untuk makan ke atau korang makan untuk hidup ? Aku ni sekarang dah tahap makan untuk hidup dah ni..takde selera langsung nak makan, yang pelik tu takde pulak rasa nak makan, tak rasa lapar...tau tau je dah menggigil tak bertenaga...


Hari ini aku mengajar macam biasa..awal pukul 4am tadi pergi dapur cari makanan sebab semalam tak makan nasi langsung...Makan pagi tadi pun aku sumbat je walaupun tak selera..aku takut sakit je. Tak nak sakit sakit ni nanti lagi susah hidup...Kamu orang ada tips untuk menaikkan selera makan yang hilang ? Kongsi la...


 

Designed by Alieff Artwork