Assalamualaikum ya akhi ya ukhti ~
Huhu. salam ramdhan semua !! Apa khabarrr !! (saje nak bagi gempak sikit!!) hahaha..sila baca dalam keadaan penuh semangat.
purrr..
Fiew. baru balik terawih ni. bulan ramdhan kali ni..memang lah letih lain macam sikit. ! tapi Ya Allah..hamba mu tetap mencuba mencari rahmatmu..mencuba sedaya upaya ku menggondol sehabis mungkin segala ruang dan peluang agar dapat ku kumpul saham di bulan ramadhan yang sungguh mulia ni..
Jam 9.10 malam terawih dimulakan dengan 4 rakaat..kemudian selang dengan tazkirah..
ohh time tazkirah lah sepatutnya dengar apa ustaz cakap, tapi saya nii time tu lah kepala tersengguk sengguk terlentok lentok..ahh kuatkan iman..rasa nak tongkat kelopak mata dengan lidi sate :(
Lepas tu sambung terawih 4 rakaat, serta witir 3 rakaat..
Sekitar jam 10.50 malam imam baca kan doa...selawat dan salam kat semua jemaah...kaki terus melangkah menuju balik rumah dengan keadaan longlai seperti zombie...
Mata sempat mencuri curi melihat geng geng yang power , masih stay untuk bertadarus bersama...ahh kenapa laah tak kuat lagi nak stay tadarus..
Sambil menunggu yang lain keluar dari masjid...mata terkebil kebil..menyelak dan membaca al-quran itupun, hampir tersengguk..cukup satu muka..tutup kitab dan melangkah balik sengsorang..
Ohh ramadhan..mulianya kau...hinanya aku yang lemah ini..
Setakat ramadhan ke 11 ini, baru sekali tertinggal terawih..itupun rasa cam menyesal gila...hurm..
kalau tak sempat nak terawih di mesjid, terawih la di rumah pun takpe..ustaz kata lebih afdal buat kat rumah..kalau selesa buat kat rumah..sebab terawih ni sunat..kalau solat 5 waktu tu perlu diutamakan buat di mesjid...
Tapi kalau terawih di mesjid ofcos lebih uganda pahalanya bukan..ustaz kata pahala setiap ibadat yang dilakukan di bulan ramadhan ni beratus ratus kali ganda kalau dibandingkan dengan bulan biasa..
Aahh ruginya kita kalau buat tak endah saja..
Saf saf kat masjid pun dah berkurangan...hurm..janganlah saya jadi antara yang meninggalkan saf itu..biar lah istiqamah..:(
setiap kali dapat ke mesjid mesti buat camni hahaha..konon cam nak bagi motivasi untuk diri sendiri laa..hurmmm mampukah istiqamah >?
nah antara apa yang ustaz pesan...
Baca lagi kat bawah ni...kelebihan bulan ramadhan.. :)
Kebaikan & Kelebihan Bulan Ramadhan.
Beberapa hadis yang menerangkan kebaikan, keistimewaan dan kelebihan bulan Ramdhan ini ialah:
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga“.
(Hadis Sahih – Riwayat Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan
tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan
(daripada merasuk mangsanya)“.
(Hadis Sahih – Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan ..
menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!
Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan
kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala
banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada
memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada
tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).”
(Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmidzi)
Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami
(dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban
sabdanya :
“Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang
besar kemuliaannya, lagi berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang
lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
“Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan
dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada
malam harinya“.
“Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan
dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan – samalah seperti ia
mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang
lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah
pada bulan itu – samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang
diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain”.
“Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu
pahalanya ialah syurga; ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah
dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki
orang-orang yang beriman”.
“Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,
maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan
menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti
pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan
pahala orang itu sedikit pun”.
“Sababat-sababat Baginda berkata: “Ya Rasulullah, kami semua
bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang
berpuasa. ” Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Allah Taala akan
memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang
berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma)
atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air.
“Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,
pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan
pahala yang menjadi penebus dari neraka”.
“Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya)
dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari
neraka”.
“Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan
iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua
perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan.
Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:
Pertama – mengucap:
Kedua – banyakkan beristigfar dengan menyebut :
Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah:
Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya
dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadanya dari azab
neraka – dengan menyebut:
“Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum
seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi
minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum
sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya)
sehingga ia masuk ke dalam syurga.
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan ialah:
1) Membaca dan bertadarus Al-Quran.
2) Menunaikan solat Tarawih.
3) Memberi sedekah.
4) Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
5) Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.
Banyakkanlah melakukan amalan yang baik kerana pada bulan Ramadhan
ini amalan kita akan dilipat gandakan. Di samping itu, bulan Ramadhan
ini juga dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat
badan dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga Ramadhan kita
pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.