Monday, May 30, 2011

Gengblogger Chat Melampau !

Salam, saya ni nak menyampai rasa tak puas hati jer laa...jangan nak sentap lebih lebih ok...Saya nak sound sikit laah kepada pengguna Gengblogger yang suka sangat SPAM. Hantar mesej kat semua orang guna popup chat di Gengblogger tuh bertalu talu.

"hai, meh la jenguk blog kitew !" 
"ada entri hot terkini cepat marii !!"
(popup mesej bertalu talu di gengblogger)
Korang bajet semua orang suka ka lu orang bagi mesej macam tu ?

Pernah kena tak ? Bengang laaa...bunyik plup lup lup popup mesej tu keluar..

Semak doh..semak kepala bila masuk Gengblogger je dapat banyak mesej dari popup chat tu .. itu dah kira spam siot...Harap harap admin blogger boleh tapis laa aktiviti Spamming Chat tuh...I dont like lorh...Chow !


 

Designed by Alieff Artwork