Suami berubah ? Yelah dulu sebelum berkahwin, masa bercinta bukan main penyayang kan...bila dah berkahwin, suami mula tunjuk perubahan...dari sifat penyayang kepada sifat panas baran. Yang ruginya , yang kesiannya si isteri dan anak anak la yang jadi mangsa.Kesian isteri dan anak anak ... jangan biarkan sikap panas baran tu menjadi pembunuh dalam rumahtangga...carilah jalan penyelesaiannya sebelum terlambat.
Suami berubah...
Suami panas baran
Sekadar cerita tentang Suami Berubah untuk tatapan kamu semua...
BIARPUN sakit dan malu kerana ditampar dan diterajang suami, Zafira (bukan nama sebenar) tetap sayang kepada suaminya, Farhan (bukan nama sebenar) dan seolah-olah sudah kalis dengan sikap panas baran suaminya.
Sekiranya suami naik angin dia akan membiarkan dia sendirian sehinggalah keadaan reda.
"Kalau tengok dia naik angin saya selalu letak segelas air kosong di sebelahnya dan cepat-cepat bawa anak-anak masuk bilik,'' ujarnya menceritakan pengalaman mempunyai suami yang panas baran.
Dia memang cukup masak dengan perangai suaminya ketika sedang mengamuk bagai gajah naik minyak.
Punca kemarahan pula selalunya tidaklah sebesar mana. Tetapi amukan suami boleh memakan masa berminggu-minggu.
Apabila panas baran sudah sampai, muka si suami serta-merta akan berubah. Ia menjadi merahpadam manakala tangan pula terketar-ketar.
"Masa mula-mula kahwin memang saya trauma. Tetapi kini selepas hampir tujuh tahun bersama, saya semakin lali dengan keadaan itu" ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Ampang, Selangor, baru-baru ini.
Ceritanya lagi, dia pernah demam akibat ditampar suami hanya kerana ingin menukar langsir baru di rumah tetapi tidak dipersetujui oleh suami.
"Masa itu, saya takut sangat. Lepas kena tampar terus demam dan langsung tak jadi nak tukar langsir,'' ujarnya.
Ibu kepada tiga anak itu mengakui kadang-kadang dia terfikir sifat baran suaminya itu mungkin ada kaitan dengan genatik atau cara seseorang itu dibesarkan.
Ini katanya, semua adik beradik suaminya juga bersikap panas baran. "Suami memberitahu masa kanak-kanak dulu dia sering dipukul ibu tiri. "Mungkin sebab itu juga dia bersikap panas baran untuk melepaskan kemarahan yang dipendam semasa zaman kanak-kanak.
"Sekarang saya takut anak-anak akan mengikut jejak mewarisi panas bapa mereka,'' ujarnya.
Menurut Zafira, bukan tidak pernah berusaha untuk 'mengubati' panas baran tersebut, malah suaminya pernah beberapa kali menjalani sesi kaunseling. Namun sikap suaminya tetap tidak berubah. "Biasanya seminggu saja dia berubah. Selepas itu perangainya kembali seperti asal,'' ujarnya.
Cerita Zafira lagi, sikap panas baran suaminya itu sudah diketahui sejak mereka bercinta lagi. Namun dia mengharapkan keadaan tersebut berubah selepas berkahwin dan mempunyai anak. Sangkaan tersebut meleset apabila selepas berkahwin panas baran suami semakin menjadi-jadi.
Malah, ada ketikanya Zafira mendapat laporan daripada rakan-rakan dan teman-teman sepejabat mengenai sikap baran suaminya dan selalu bertegang urat dengan rakan-rakan.
Mujurlah, ramai di kalangan rakan-rakan mengetahui mengetahui sikap baran suaminya itu dan mengambil sikap berdiam diri agar pertelingkahan tidak berpanjangan menjadi sesuatu yang lebih buruk.
Selama tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Zafira sendiri masih boleh bersabar dan mendiamkan diri walaupun sedar dirinya terlalu dikongkong oleh suami.
Segalanya disebabkan oleh rasa sayang yang kuat terhadap suami dan tidak mahu anak-anak kehilangan bapa mereka.Namun di lubuk hatinya, dia berharap suaminya berubah menjadi normal.
Ditanya mengenai latar belakang suaminya, Zafira memberitahu suaminya mempunyai adik beradik yang ramai dan tinggal bersama ibu tiri. "Mungkin keadaan dirinya yang sering didera oleh ibu tiri dan sering dimarahi oleh ayahnya sendiri membuatkan dia berdendam sehingga kini.
"Malah sehingga kini suami sangat marah dan akan melenting sehari suntuk apabila saya menghidangkan ikan sardin untuk keluarga. "Hidangan tersebut seolah-olah mengingatkan dia tentang kehidupan silamnya yang penuh duka," katanya.
Ceritanya lagi, ketika suaminya berang, dia hanya mendiamkan diri mengelakkan terus di 'dibaham' suaminya itu. "Sebab itu, setiap kali suami mengamuk, saya akan membawa anak-anak masuk ke bilik. Ini bagi mengelakkan anak-anak juga menjadi mangsanya,'' ujarnya serius.
Katanya lagi, dahulu dia pernah bertikam lidah semasa suaminya mengamuk tetapi keadaan itu hanya memanaskan lagi keadaan. "Jadi jalan yang terbaik untuk melegakan adalah biarkan dia bersendirian, lama-lama dia akan sejuk sendiri," ujarnya berterus terang
Bagaimanapun, katanya lagi, walaupun dia bertukar menjadi singa semasa marah tetapi apabila keadaan dirinya normal, dia adalah seorang yang penyayang. Kata Zafira lagi, apabila keadaan suaminya sudah 'sejuk' dia adalah seorang suami yang penyayang dan romantik.
Apabila ditanya pernahkah dia cuba bertanya dengan suaminya sehingga sanggup bersikap sedemikian kepada dirinya, suaminya pernah memberitahu bahawa ketika dirinya sedang marah dia seolah-olah tidak sedar dengan perbuatan yang dilakukan. Tetapi jelasnya, selepas menyedari perbuatan dia sangat menyesal dengan tindakan dirinya itu.
"Ada juga menasihati dirinya supaya mengamalkan ayat-ayat suci sebagai pelindung selain mengawal diri supaya tidak terlalu pemarah. "Malah saya sendiri turut mendoakan dirinya supaya berubah,'' ujarnya.
nauzubillah
ReplyDeleteEeee,mintak aku dijauhkan menjadi seorang suami seperti itu.Amin.:)
ReplyDeleteincredible hulk tu...lareyyyyyyyyyyy!
ReplyDelete