Semak Keputusan UPU, Kemasukan IPTA Lepasan SPM.

Salam !


Semakan untuk kemasukan ke IPTA, TEVT, ILKA telah pun dibuka !! Adik adik yang lepasan SPM bolehlah membuat semakan sekarang ! Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi semakan permohonan UPU (http://upu.mohe.gov.my/)  atau boleh juga disemak melalui SMS.
Semakan melalui Laman Web

CLICK -- > SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN SPM

Semakan melalui laman web mempunyai 3 saluran iaitu :
  • Saluran 1 (Lembah Klang)
  • Saluran 2 (Utara)
  • Saluran 3 (Selatan) 
  • Saluran 1 dikendalikan oleh MOHE sendiri, Saluran 2 akan membawa pautan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Saluran 3 dibawah kendalian Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bagaimanapun, ketiga-tiga pautan tersebut boleh digunakan dan mempunyai fungsi yang sama.

Semakan melalui SMS
Semakan dengan cara ini boleh dibuat dengan :
Taip UPU RESULT [No.KP] dan hantar ke 15888
Contoh : UPU RESULT 930616076007
Tahniah kepada yang berjaya ! Kepada yang tidak berjaya tu, bolehlah membuat rayuan permohonan di laman E-Rayuan. Permohonan rayuan akan ditutup pada 16 Mei 2011 ! So cepat buat rayuan sekarang !




Comments