Friday, November 30, 2012

Gaya Hidup Manusia Yang Tidak BERTUHAN.

Salam..

Alhamdulillah, kita antara insan yang terpilih dan bernasib baik kerana dilahirkan dalam agama Islam...

Bertuahnya kita..apabila kita hidup dengan haluan Islam..Alhamdulillah..sekurang kurangnya kita hidup berpaksikan Allah. Ikut hukum hakam yang Allah berikan...Bila keadaan jadi serabut..kita tahu pada SIAPA kita patut kembali.. 

Kenal Cat Steven ? AKA. Yusuf Islam (born Steven Demetre Georgiou, 21 July 1948), commonly known by his former stage name Cat Stevens, is a British singer-songwriter, multi-instrumentalist, educator, philanthropist, and prominent convert to Islam.[4]

 kisah Cat Steven aka yusuf islam peluk islam :
Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.
Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.


Titik Permulaan
Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.
Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.
Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.
Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.
Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

lee jo yee...gadis muda dari kristian masuk islam..nak tahu kisah dia..GOOGLE.

Tapi tidak bertuahnya kita bila kita dilahirkan sebagai seorang islam...tapi tidak mengikut ajaran Islam...kita ikut jalan yang salah..kita sedar kita buat kesilapan tetapi kita lebih rela TIDAK MENGAKU ISLAM dari menjadi seorang ISLAM...bukan salah anak anak...salahnya didikan mak ayah sejak dari kecil lagi..

Jadi bukan boleh menuding jari sesuka hati kan ? Kadang-kadang bukan itu kemahuan dia..sebab dia dididik dari kecil untuk tidak mengamalkan cara hidup ISLAM..jadi hingga kan dia besar panjang..hingga beranak pinak..haluannya begitu..

Astagfirullahalazim..Ampunkanlah kami Ya Allah..

Orang kafir pulak..ada yang hidup BERTUHAN dan hidup ada yang TIDAK BERTUHAN. MasyaAllah..bagaimana rasanya keadaan hidup mereka...yang ada tuhan pun selalu mempermainkan TUHAN sendiri...

tengok macam ni punya kartun pun ada...
 

cerita the simpson...

boleh ke buat camni ? takde otak kot..
crazee..

Tak dapat bayangkan bagaimana mereka yang tidak BERTUHAN merawat hati yang resah..sebab kalau kita orang Islam..hati gundah gelana..bila mengaji dan solat rasa tenang hati semuanya kan ?

Malah, sekarang di facebook..banyak orang kafir yang SHARE status yang memperlekehkan AGAMA ISLAM..menghina ALLAH SWT..mengutuk Nabi Muhammad S.A.W..









Tercabar sungguh saya yang membacanya...hanya mampu berdoa agar mereka semua diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah..

Makin Kuat ISU di palestine...makin menjadi jadi status menghina Islam di facebook. Sedih sangat... 

ada yang kata si dia ni berhati mulia...banyak menyumbang pada palestine..
ada yang kata christiano ronaldo ni ada nur..dan ramai yang mendoakan dia masuk Islam..

 

Yelah...kita tak cakap semua orang kafir itu jahat kan ? Kita tak benci mereka...kerana kawan kawan kita yang kafir pun ramai yang baik hati...suka tolong menolong...pemurah dan dermawan...moga moga mereka diberikan petunjuk Allah swt..

Kesian mereka, mereka tak kenal apa itu ISLAM..
Kesian mereka, menjadi batu batu api neraka..
Kesian kita...kita tak mahu mendalami Agama Islam..
Kesian kita...kita bakal menghuni neraka jahanam...

Ya Allah...berikan kami keberkatan hidup..jangan pesongkan hidayah kami setelah kau berikanya pada kami..serta matikan kami dalam IMAN. Amin.

:( 

Sayu..kerana ilmu saya sangat cetek :( Banyaknya saya membebel... aaaaaa :)



Thursday, November 29, 2012

Cara Buat : Burger Special Gempak Sedap Leleh Neo Rasa Sayang !

Kenapa 
Kenapa

Kenapa tiada burger dijual diwaktu pagi dan siang hari ?

Haritu rasa nak makan burger sangat sangat...round punya round kat kawasan rumah..takde orang jual burger waktu siang..arghh kempunan.

Terus singgah Giant beli barang buat burger...memang la boleh je blei burger kat KFC..MCD..A&W.. tapi hurmmm fast food bukan sedap pon.. haha buat sendiri lagi best..

Wee ! Siap dah burger saya ! Nama burgger ni..

Burger Special Gempak Sedap Leleh Neo Rasa Sayang !
shortform nama burger ni ialah..
GSGSLNRS !!

kalau nak order kena sebut camni : saya nak GSGSLNRS !! satu !!!!
 haa amekaw !

tepek roti,
letak daun salad
letak cheese

letak burger ayam !

letak telur jugak !

letak sos !

letak tomato dan timun !
tambah sos lagi !
  

siap makan !!!

Toksah la ajar cara nak buat burger ye..budak tadikan pon leh buat :) Heheheh..
Ok chow cin cau !





Saya Buat Cinnamon Rolls Lagi !

Assalamualaikum :)

ala tomey tomey kan roti saya ni
hot hot buns ! i love you <3 br="br">

Baru je beberapa hari lepas buat cinnamon rolls. (http://www.silampuneon.com/2012/11/resepi-cara-buat-cinnamon-rolls.html) betul betul ikut resepi...hehe malam tadi rasa nak buat lagi...kali ni tak payah tengok resepi dah.. hehehe...lepas ni nak buat dan buat lagi supaya esok lusa saya boleh buat sekali banyak dan simpan boleh makan seminggu or siap boleh bagi jiran dua tiga bijik. 

Setakat ni berani buat dalam 500g tepung je...itupun neves betol takot raoti tak jadi..sebab kadang kadang bila terlampau kondifen, buat kerja nak lau je den tetiba roti merajuk takmau kembang...weeee..

Kali ni extra susu
extra brown sugar
extra cinnamon powder
extra tepung dan juga butter
hah ! hasilnya memang terbayek !

 pic before baked

 pic after baked

lepas baked buat acing sikit atas dia..sory laa i mmg tak kreatif so icing pon xcantek :P


Jap japs..hepi birthday to me, 
hepi birthday to me,
happy bestday happy bestday
happybirday to me !
Alhamdulillah ! :)

nah ! hadiah dia cinnamon rolls rasa sayang!


hik hik hik ! muahhhxx sayangs selalu !
stop hating
start loving
give more
expect less
work hard
stay humble
always sweet hot loving !

Sahabat Sejati, UNIC.

Salam..

Sayu lagu ni :) Punyai maksud yang tersirat...wuu..Walau sayuuu liriknya sangat best..suka sangat dengar lagu ni sampai menitis air mata woa...lagu ni ditujukan untuk sahabat sahabat saya yang sayang sangat sangat :)






Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC
(Saya paling suka dua rangkap first tu la..starting lagu tu sayu je hu..)

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini


Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi 
Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/sahabat-sejati-unic.html#ixzz2DYtN9B3C

Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/sahabat-sejati-unic.html#ixzz2DYtN9B3C
Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/09/sahabat-sejati-unic.html#ixzz2DYtN9B3C





Wednesday, November 28, 2012

Sugar Glider : Pesona Kena Makan Dengan Sugar Glider Lain!

Salam..

Pagi pagi menggeletar seluruh tubuh bila tengok mayat er...bangkai Pesona dalam sangkar yang saya letak Magic,Dirham dan Pesona..

Few...xdpt nak bayangkan perasaan..

Tapi dah tetapkan dalam hati..xboleh nak ikut perasan sangat..kalau tak..memang tak keruan dibuatnya..

YUP..ni kali pertama jadi macam ni..saya xsure kenapa..

Mungkin sebab saya bagi diorang makan lambat..so dorang lapar sangat..dorang makan Pesona kot..dah la pesona paling kecik dalam sangkar tu..

YA ALLAH..

sabar..dan bertenang..maafkan saya..sebenarnya tak sanggup nak ambil gambar..tapi terpaksa ambil untuk bukti dan bedah siasat nanti hu...

MAGIC DAN DIRHAMM...SIAPA YANG MAKAN PESONA...Baik ngaku cepat...hurmmm






Tuesday, November 27, 2012

Bila Salah Tarikh Ucap Birthday XD

Salam

Malam tadi masa tengah makan...telefon berdering ..kringgggg kringggggggg..huiks, cepat jawab !

"Hello cik naaaaaaa" (suara anak buah saya)
Happy birthday to youuuuuu
hapy birthday to youuuuuuuuuuuuuuuuuuu
happy birthday to cik naaaaaaaaaaa

(ramai ramai dok nyanyi lagu ni dengan meriahnyaaaa dalam telepon) abalong, kakacha, dan anak buah saya si iman tomey..dengan penuh semangat nyanyi lagu birthday untuk saya..macam nyanyi lagu negaraku semangatnye !!!

Tergelak saya ! Malam-malam ada orang buat lawak pulak hahahahah. Hampir pecah perut tahan gelak mengilai malam tadi..dah la suara iman comeyl gila !

"happy birthday enaaa!"
"errr along, salah tarikh la long..."
"haaaa???????????????? salah tarikh ke ??? ok BABAI !!!! ADOI MALUNYAA !!! ok bai !!"
--- tuutttt---


macam mana boleh salah tarikh wish befday ni !


Tau la excited kan nak wish..tapi SALAH TARIKH LA ! BUKAN HARI NIII...29 NOVEMBER LAAA birthday saya :P

Malam tadi pecah perut gelak..sebab tiga tiga orang ni telah menyanyikan lagu hari jadi dengan penuh semangat ! Hehahahehhah ! XD

takpe..hari hari camni pon boleh jugak ... haa...haa... haaaa




Monday, November 26, 2012

Kartun Troll : Double Check Harga!

Salam..

Saya baru balik dari econsave petang tadi sakit hati dengan kejadian salah label harga..pekerja yang timbang harga buah tu buat muka selamber je..takde cakap sorry pon..entah entah dah biasa buat..tak check harga dengan betul and then letak harga lain..malah lebih mahal dari harga sebenar..hampes.lu..amik troll ni >..<


Kenduri Kahwin Alia & Rizal : Kem Wardieburn, Setapak.

Salam,

Fieww...setelah berhempas pulas..sampai jugak di kenduri kahwin kawan saya di Kem Wardieburn. Pernah dengar nama kem ni..tapi tak tau pulak ejaan dia camtuh...cam pelik je pulak..

Nak puji sikit : 
- dewan kem wardieburn ni lawa :) selesa...sangat best
- toilet bersih
- makanan kenduri sedap T_T terutamanya kambing masak kurma
- persembahan askar tu best gila
- acara minta restu paling saya suka sebab...pengantin semua turun pentas dan salam mak bapak semua kat bawah...huaa time ni sedih gila weh..kalau saya laa jadi pengantin dah menangis berlagu dondang sayang dah !

Oh anyway...tahniah kepada pasangan yang kedua duanya saya kenal, dulu belajar sama di maktab perguruan. Tahniah to Alia dan Rizal dan selamat pengantin baru :)

Agak teruja datang kenuri ni sebab budak ni ha...datang dari johor ke KL...dan lama sangat tak jumpa...ini my EX ROOMATE ok..roomate yang lawak dan sempoi gila... haha nama dia mimi...haa rindu kat mimi whoa : )

ni ha budak ni EX ROOMATE ni...ish ish ishhhh :)
-teringat kenangan lama..
- buat roti sadin sesama
- stadi tak sesama sebab dia belajar sign language budak pekak..saya belajar budak masalah pembelajaran jerk...hiii suka tengok dia study sign language
- pergi velodrom sesama
-mengumpat dan berborak sesama
-menggila bersama
- tidur tak sekatil..tidur sebelah menyebelah katil sesama..
- papehal mimi memang best :)

mimi & neo

mimi, akma, neo

twit twit semuanya

bergambo lagik

macam dah janji je nak pakai oren oren gitu..padahal tak de janji pon

ni semua geng geng single aduhai...bile nak kawen ni ~! :P

takpe enjoy dulu..perbaiki diri dulu sebelum kahwin okay :)

ni gambar pengantinye :) so sweet kan !

nazmi, usop, dan mimi :)


Ok semuaaa chow cin cau :) Muahxxxx Assalamualaikum !




 

Designed by Alieff Artwork