Anak Dipangku Dilepaskan, Beruk Di Hutan Disusukan. Tak tahulah peribahasa ni fits in dalam entry ni ke tak. Huhuhu...layankan je lah ye.
Bagaimana ye perasaannye..bila..
Parents you sendiri lebih percayakan anak orang lain dari anak sendiri...seolah olah kita ni bukanlah anak yang dapat memberikan contoh yang baik...
Kadang kadang tu pelik jugak. Parents bukannya tahu peribadi sebenar anak orang lain yang konon dicanangkan hebat sangat seperti dewa kononnya tu...kenal lagi pun tidak..batang hidung pun belum nampak...tapi sudah dipuji melambung-lambung hinggakan kebolehan anak sendiri nampak kabur di mata mereka.
Pelik. Ajaib.
Tapi mungkin yalah, diri ini pun bukan hebat mana pun. Tak boleh nak dibanding bandingkan sangat dengan orang lain sebab memang banyak kelemahannya...tapi sekurang-kurangnya kita nak juga rasa parents bangga dengan diri kita kan...bukan menangkan anak orang lain.
Few.
Lagi satu. Tak semestinya anak kita ni hebat sangat. Bila bercakap dengan orang...heboh bagitau anak kita ni hebat ni hebat tu...seolah-olah anak kita ni terdidik bagus sangat berbanding anak orang lain sehinggakan pandang hina kat orang lain. Belum pasti lagi kedudukan kita disisi Allah bagaimana...entah si hina yang kita kutuk tu lagi mulia di sisi Allah...entah kita yang kononnya banyak beramal ni jauh terpesong dari Allah kerana sering riak dan takbur juga suka memandang rendah pada orang lain...
Muhasabah diri. Bersihkan hati.
HAIH susah nak cakap perihal baik atau buruk seseorang sebab diri ini sangat hina :(
dan...
HAIH susah nak cakap perihal parenting kerana diri ini belum lagi jadi parent.
Assalamualaikum :)
Comments
Post a Comment