Pages

Sunday, March 31, 2013

Selawat Nabi & Kelebihan Selawat.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..

Mari berselawat ke atas nabi :)


“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]


Rasa sayu sangat sangat bila tiap kali selawat dalam blog ni kedengaran...huuu..

Harap harap dengan adanya selawat ni dapat kita lembutkan hati hati kita yang keras..disamping mengingati nabi Allah swt yang mulia...


Video selawat nabi
 
Lirik & terjemahan selawat Maulidur Rasul
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
 


Mari mantapkan rohani sekejap.. :)
Dicopy dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/16252-kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-saw

Kelebihan selawat ke atas Nabi SAW

Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, 22 Jan 2013
Makna perkataan: “Selawat”. Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.

Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).

Hukum berselawat

Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:
1.  Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Arahan Membaca Selawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Hal ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.

Kelebihan Selawat

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Selawat Paling Afdhal

Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah Ta’ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Ayat di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca apabila seorang Muslim hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.

Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 daripada Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah: (*rujuk laman web asal)

Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawaban kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

“Yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.” [Fathul Bari: 11/66].

Menurut Kitab Mestika Hadis 1/259: “Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat yang biasa dibaca selepas tasyahud akhir setiap solat. Hal ini kerana para ulama telah menetapkan bahawa sesiapa yang bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu melainkan dengan membaca selawat itu.”

Maka adalah lebih baik apabila lafaz selawat ini yang diamalkan dalam membaca selawat untuk Nabi SAW, bukan lafaz-lafaz selawat susunan seseorang, meskipun bukan larangan untuk menyusun bentuk teks selawat sendiri. Selawat-selawat selain yang diajarkan oleh Nabi SAW kadang-kadang tidak terlepas daripada kekeliruan, baik dalam pemilihan bahasa, mahupun –dan ini yang paling parah– kesalahan dalam akidah.

Lafaz Selawat yang sahih

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih] (*Lihat web asal)

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

1.   Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:
“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].

3.   Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]

4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]

5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]

6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

7. Dari Abu Hurairah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]

8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].

Waktu Afdhal Berselawat

•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Demikianlah perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dapat dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai panduan untuk beramal dengan Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW.

http://www.abuanasmadani.com

Saturday, March 30, 2013

One Sweet Day, Mariah Carey & Boy II Men.



Send "One Sweet Day (Feat. Boyz II Men)" Ringtone to your Cell
 
 

 play lagu ni :)
 린 - One Sweet Day.mp3
 
 
 
Sorry I never told you
All I wanted to say
Now it's too late to hold you
Cause you've flown away
So far away

Never had I imagined
Living without your smile
Feeling and knowing you hear me
It keeps me alive
Alive

[Chorus]
And I know you're shining down on me from heaven
Like so many friends we lost along the way
And I know eventually we'll be together
One sweet day

Darling I never showed you
Assumed you'd always be there
Took your presence for granted
But I always cared
And I miss the love we shared

[Chorus]

Although the sun will never shine the same
I'll always look to a brighter day

Lord I know when I lay me down to sleep
You will always listen as I pray

[Chorus: x2]

Sorry I never told you
Together
All I wanted to say

Kenduri Kahwin Aishah & Amir : Tahniah !! :)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh !

 Gambar pendahuluan..hehehe kepak kepak kumbung kumbung !!
ecah..akhirnya ko dah kahwin !!
Me and ecah ? kenal dah lama..belajar sesama di Maktab 5 tahun setengah...
Akhirnya posting satu tempat kerja..now sama sama berhempas pulas di SJKC Sam Yoke..sekolah cina...dah masuk 3 tahun bekerja...
Now..Ecah kahwin !! yeahhhhhhhhhhhhhhh !! Alhamdulillah !



Entah kenapa kali ni, rasa happy sangat sangat ! Gile teruja...sampai hari hari kat sekolah countdown dengan si Ecah..."cah, berapa hari lagi ko nak kawen?" tak sabar aku...hahaha sebenarnya saya yang teruja lebih sebab si minah ni nak kahwen !! Alhamdulillah...hari yang ditunggu tunggu pun tiba akhirnya !!!!!!!!!!!!!!!

Hari yang ditunggu ialah 23 Mac 2013.....hari bersejarah buat si Ecah ni ha...ok ok , sebelum kahwin kena tangkap gambar si anak anak dara dulu ok... hahahaha....gonna mishh you always.. now you bukan anak dara lagi ok.. you bini orang dahhh !! :) ecewahhhh...!!


Jumaat  --> dari KL --> Kulim
Sabtu --> Kulim ---> Baling ---> KL


Hari jumaat tumpang tidur di rumah Norika, Alhamdulillah..terima kasih sangat sangat pada Norika dan famili..sudi terima tetamu tidak diundang ni...hehehe...Alhamdulillah..keesokan harinya..pergi Kenduri Kahwin Ecah...di Baling...dari Kulim ke Baling tak jauh pun :) Alhamdulillah sampai jugak saya kat rumah kawan kawan saya ni..biar jauh..tapi rasa dekat je di hati ecewahhhhhhhhhh !! :)

sampai samapi je rumah ecah...tgk bilik pengantin dia.. wow simple but beautiful gitu :)


nampak tak ada bebola kipas atas tu..ecah buat sendiri tau..kreatif kan ecah ! weeee weee cantikkk

haa yang ni pun  saya nak puji sebab pengantin buat snediri bunga ni heheheh comel kan !!


ohh lauk pauk dia pun saya nak puji sebab sedap giler........
1. kerabu perut kot
2.kuah asam tomato+bawang
3.ayam bakar !!!
4. daging masak kurma kot
5. ada rojak
6.ada laksa weoii !!!!

semuanya sedap lahhhh !! saya tambah dua pinggan !!


KES CURI SELIPAR DI KENDURI KAHWIN ORANG : part paling lawak..sementara tunggu tetamu yang saki baki datang.. saya belasah pakai selipar orang..sebab malas nak pakai kasut high heels saya tu,,. lepas tu...tetiba " cik, cantik kasut cik????"
erskkkkkkkkkk puihhh (nasib bek tak muntah laksa) mintak mahap la yer..tercurik kasut orang hahahaha... kena perli baiik punya dengan tuan punya kasut hahaha...




 Lepas tu ofcossss pengantinya..Ecah dan Amir !! Saya teruja sangat dan happy sangat tengok diorang akhirnya disatukan dalam majlis yang sederhana dan penuh kesyukuran :) Alhamdulillah !!!

aHA...yang lelaki tu pengapit pengantin ye...bukan pasangan saya.. hahahah

tomey kan !! ini dia cik siti norika...bakal berkahwin bulan 6 ni :)


tetiba kahwin dua !! apekess niiii

cantik kan bedroom :)

curik ecah sekejap !!

omai...sangat malu sebenarnye pegang title ni haha..sebab semua orang dah kahwin kan..saya sorang single lagi kekekeke...dah lepas ni aku takmau pegang kad kad camni lagi dah..ni kali terakhir aku pegang kad ni..atas permintaan ecah hahahah ~

 me, amir, ecah., dan khoili attar..thnaks a lot to khoili attar sebab saya tumpang dia balik KL :)

congratulation sayang !

 ok lepas tu syok sendiri...








Comey dan bahagia kan > Alhamdulillah..berkatilah hidup kami ini, Ya Allah !
so much for my happy ending ! lalalalalala !!

Bai bai !

Kenduri Kahwin di Kampung Melayu, Rawang :)

Assaamualaikum warahmatullah...


Gambar kenduri kahwin di Rawang...adeke sesat sampai ke hujung dunia rawang ? Ape laaaa...Pening kepala saya bawak kereta...semua orang ON GPS tapi masih lagi sesat hahahahahaha...lawak siot :p


Walaucamne pun.. tahniah kepada pengantin...(selaku anak Kak Zaini, kerani kat sekolah saya) Hehehe...sampai jugak kitorang kat rumah Zaini...besar wooaaaa rumah..cantik pengantinya, sepadan sungguh !! Tapi sayangnya gambar pengantin tak de kat saya.. so gambar kitorang bergambar je yang ada.. hehe..









next wedding ialah !!! Ecah !!!! si gadis berbaju biru dan bertudung unggu !!! lalalaal cant wait !!


Power Bank Murah & Terbaik ! (Review)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh ! haaa jawab jangan tak jawab salamm :) sayang semua laju laju ok !


Power bank ? Apakah itu power bank >? Apa yang power sangat ? La ni...kalau hang tak tau powe bank tu apa..hang memang out dated laaa ...


Kebaikan / kelebihan Power Bank :

  1. Ni ceq nak habaq kat hang...power bank tu battery yang boleh dibawa kemana mana sahaja. Kalau nak guna , kena charge dulu power bank ni. Incase kalau handphone korang takde batery dah..boleh la cucuk power bank kat handphone korang...so lepas ni takdela masalah handphone habis battery...haaaa..
  2. Ha...lagi satu..bukan takat handphone e hang boleh charge..segala macam enis gadget laa yang korang ada..korang boleh charge..yang penting kena ada pencucuk/usb yang betoi...hehe..ta kesah la ipad ke i phone ke, camera ke, semua nya boleh charge ! Senang wooaaa...


Sebenarnye saya pun tak tau pasai Power Bank ni. saya nampak kawan saya guna Yoaboa power bank ke pae jadah tu kan..i tanya laa..pejadah nye benda alah ni...pastu i pun pergi alan-jalan kat Low Yat dan beli satu..murah ja,,,, RM99.00 jaaa...6000watt..boleh charge my Samsung Galaxy Note sebanyak 2kali round...hehe..ok la tu kan !


cara guna...cocok kat handphone..pastu tekan on...hahahha
sekejap e cas pakai power bank..tak sampai sejam batery dah full balik !!

 jjenama cap ayam..made in china
brand : M000
saya tak pernah dengar brand ni hahaha main belasah beli je ritu...



Ok tu ja, i nak share..i dah pakai Powerbank ni selama 3 bulan gak la...ok so far so good ! Sekarang ni semua orang nak beli power bank dan macam macam jenama orang jual.. murah lak tu !! Hahaha beli laa power bank terbaek punyaaa...



Sugar Glider : Kejora & Arjuna Posing Atas Carrot !

Assalamualaikum semua :)


Rindu nak tengok perkembangan sugar glider saya ? Harini ada mood nak update sikit setelah seminggu menghilang dari dunia blog....takpe lah, takde yang rindu !!


Ok.. 1, 2, 3 !!!!!!!!!!


Buat pengetahuan semua, Kejora dan Arjuna merupakan sugar glider yang ke - 17 yang pernah saya bela :) Termasuk lah yang beli dan beranak pinak... hehe...sooo cute and amazing kan ! Minat sangat saya kat diorang ni :)












amacam ? tak tahan dengan kecomelan kejora dan arjuna kan ? 
not for sale yaaaa !!



Sakit Itu Kifarah Dosa.

Assalamualaikum warahmatullah semua...


Apa khabar semua...harap korang semua baik baik sahaja..ya.. :)

Saya pulak dah nak dekat seminggu sakit sakit ni. Haritu demam...lepas tu batuk selsema berlarutan...sampai pergi kenduri orang kahwin pun masih selsema batuk...segan sebab asyik bersin dan lap hingus je...hahaha...

Sekarang ni cuti sekolah.. ingatkan nak busy kan diri dengan main futsal (sebab saya dah daftar nama untuk jadi jurulatih futsal) tapi saya terpaksa tak pegi sebab badan pun tak berapa nak sihat sangat ni...Cuti seminggu saya cuma duduk rumah dan jaga baby...saya kena jaga baby kembar ! :) Hehehe...sampai baby kembar pun berjangkit demam sekali ;)



 Last day sakit..dan  takde mood pergi sekolah tapi datang jugak...esoknye terus MC..
ubat ubatan beli kat speedmart je pun...yang lain lain tu orang yang bagi...hehe malas nak g jumpa doktor amik mc..


Gambar diambil oleh anak murid bernama Teoh Tean Kien...caring giler siot anak murid saya ni...


Teoh Tien Kean : Lulu, sakit ah ??? (sambil tangan rasa dahi saya)
Saya : Hurm...aah cikgu sakit ni :(
Teoh Tien Kean : Minum air aaaa...(sambil ambil botol air saya dan suapkan air)
apekesss mamat ni ??
Saya : Gulp...terima kasih tean kien...luv you...Tekak cikgu sakit la , cikgu nak makan gula gula...
Teoh Tien Kean : Tak boleh....lulu sakit, tak boleh makan gula gula...nanti sakit gigi !!! (sambil tunjuk semua gigi dia kat saya)
Saya : Ala.... sobbss :(


Terharu pulak saya bila anak murid saya yang OKU pun ada perasaan dan ambil berat kat saya...sayang laju laju kat dia tau ! :) muahhhx...


 Nak dijadikan cerita, jumaat tu terus bersiap ikut kawan kawan balik Kedah sebab nak attend kenduri kahwin si Ecah kat baling...Muka sakit tak leh blah...hahaha.. tak larat tapi masih nak berjalan :)

 muka sakit , muka toye...
 

Jom mantapkan rohani sekejap...Sakit Itu Kifarah Dosa.



Apa itu kifarah ? Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.

Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.


Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
 "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.


"Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda






Sunday, March 17, 2013

Buah Naga & Jus !

Assalamualaikum warahmatullah !


Hujung minggu yang best !



Sebelum mula bekerja esok ! Lama tak tido panjang camni hahah.. dari tengahari sampai ke petang baru nak bangun... sedar sedar rumah kosong tinggal la saya sorang sorang di dalam bilik terpisat pisat baru bangun tido :) Puas tido !


Nahhhhh awak suka makan buah naga tak ? Mak ayah saya suka makan buah ni..so aritu rasa nak beli...beli dua biji..

layan mata... :)



 harga RM10.00 camtu...sebiji kire rm5...sedap woah...warnanya mengancam merah...rasanya mengancam manis ! Bila dibuat jus lagilah sedap !

buah naga dan jus buah naga !




 jus buah naga !



KHASIAT BUAH NAGA :)

MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu (senduk - bahasa Indonesia).

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara umumnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

“Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

“Selain dari itu buah ini boleh mencegah kanser usus, serta mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

“Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.

“Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” katanya.

Menurutnya lagi, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,” katanya.

Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.


 

Designed by Alieff Artwork