Aktiviti Kraf : Pokok Bunga Cawan Kertas.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua ?


Moga moga sihat dalam lindungan dan rahmat Allah :) Senyum selalu dan jangan stress ok...hidup ni singkat, so buatlah amal dan perkara yang berfaedah sebelum mati ;p


Sejak kebelakangan ni, saya rajinkan diri buat aktiviti kraf dengan murid murid. Tengok muka budak budak asyik belajar je bosan jugak kan. So...bukak google, cari idea dalam google :)


Kali ni kami buat kraf guna cawan kertas lipton. Jadikan bunga..kemudian, bila bunga dah banyak..saya buat dahan pokok guna kertas manila kad . Tampal di bilik rekreasi....sangat cantek hasilnya !


Cara buat ?
1. Sediakan cawan kertas size kecik je...cawan milo/lipton/nescafe
2. Gunting cawan macam dalam gambar...guna gunting yang berpattern pun cantik 
3. lukis muka di atas bontot cawan kertas itu...
4. lukiskan dahan di atas kertas manila dan gunting
5. Tamal dan hias di dinding 


hebat cikgu ika.. ni idea dia laa buat pokok bunga ni







 cantik kan ! :)



Comments

Post a Comment