Assalamualaikum warahmatullah semua...
Apa khabar semua...harap korang semua baik baik sahaja..ya.. :)
Apa itu kifarah ? Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.
Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Apa khabar semua...harap korang semua baik baik sahaja..ya.. :)
Saya pulak dah nak dekat seminggu sakit sakit ni. Haritu demam...lepas tu batuk selsema berlarutan...sampai pergi kenduri orang kahwin pun masih selsema batuk...segan sebab asyik bersin dan lap hingus je...hahaha...
Sekarang ni cuti sekolah.. ingatkan nak busy kan diri dengan main futsal (sebab saya dah daftar nama untuk jadi jurulatih futsal) tapi saya terpaksa tak pegi sebab badan pun tak berapa nak sihat sangat ni...Cuti seminggu saya cuma duduk rumah dan jaga baby...saya kena jaga baby kembar ! :) Hehehe...sampai baby kembar pun berjangkit demam sekali ;)
Last day sakit..dan takde mood pergi sekolah tapi datang jugak...esoknye terus MC..
ubat ubatan beli kat speedmart je pun...yang lain lain tu orang yang bagi...hehe malas nak g jumpa doktor amik mc..
Gambar diambil oleh anak murid bernama Teoh Tean Kien...caring giler siot anak murid saya ni...
Teoh Tien Kean : Lulu, sakit ah ??? (sambil tangan rasa dahi saya)
Saya : Hurm...aah cikgu sakit ni :(
Teoh Tien Kean : Minum air aaaa...(sambil ambil botol air saya dan suapkan air)
apekesss mamat ni ??
Saya : Gulp...terima kasih tean kien...luv you...Tekak cikgu sakit la , cikgu nak makan gula gula...
Teoh Tien Kean : Tak boleh....lulu sakit, tak boleh makan gula gula...nanti sakit gigi !!! (sambil tunjuk semua gigi dia kat saya)
Saya : Ala.... sobbss :(
Terharu pulak saya bila anak murid saya yang OKU pun ada perasaan dan ambil berat kat saya...sayang laju laju kat dia tau ! :) muahhhx...
Nak dijadikan cerita, jumaat tu terus bersiap ikut kawan kawan balik Kedah sebab nak attend kenduri kahwin si Ecah kat baling...Muka sakit tak leh blah...hahaha.. tak larat tapi masih nak berjalan :)
muka sakit , muka toye...
Jom mantapkan rohani sekejap...Sakit Itu Kifarah Dosa.
Apa itu kifarah ? Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.
Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda
mmg betul2 toya muka kak neon...
ReplyDeletejage diri leklok ye...
mkn ubat Hurix [i suggest] n aiskrim or air vanila....
yg penting ia perisa vanila sebab org dulu2 ckp mkan vanila elok...