Buah Naga & Jus !

Assalamualaikum warahmatullah !


Hujung minggu yang best !



Sebelum mula bekerja esok ! Lama tak tido panjang camni hahah.. dari tengahari sampai ke petang baru nak bangun... sedar sedar rumah kosong tinggal la saya sorang sorang di dalam bilik terpisat pisat baru bangun tido :) Puas tido !


Nahhhhh awak suka makan buah naga tak ? Mak ayah saya suka makan buah ni..so aritu rasa nak beli...beli dua biji..

layan mata... :)



 harga RM10.00 camtu...sebiji kire rm5...sedap woah...warnanya mengancam merah...rasanya mengancam manis ! Bila dibuat jus lagilah sedap !

buah naga dan jus buah naga !




 jus buah naga !



KHASIAT BUAH NAGA :)

MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).

Cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu (senduk - bahasa Indonesia).

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.

Secara umumnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

“Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.

“Selain dari itu buah ini boleh mencegah kanser usus, serta mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

“Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.

“Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” katanya.

Menurutnya lagi, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,” katanya.

Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.


Comments

  1. bgus klo dok jb. dkt kipmart sng dpt stok buah murh.

    ReplyDelete
  2. salam kenal.. alise ade tanam pokok ni kat umah.. tengah tunggu putik dy kembang.. sukeeee..

    ReplyDelete
  3. sedapnya buah naga..area umah aie ada org tanam kat kebun..

    ReplyDelete
  4. mahal..mmg mahal.jd dpt mkn tu btol2 mghrgai jdnya!hehe

    ReplyDelete

Post a Comment