Anjing Comel Di Sekolah !

Assalamualaikum !

 Kisah anjing comel. Syok ni kalau dapat pegang dan cium dia hahaha..
Hari ahad haritu ada meeting pibg di sekolah. Ada budak ni dia bawak anjing cute datang ke sekolah. Semua cikgu cikgu cina main dengan anjing ni sebab anjing ni comel dan manja.. dia akan suka geget kasut orang .. pastu jinak gila...masa main main tu comel la.. tapi bila dia angkat bontot nak berak.. saya dah lari lintang pukang dah hahaha...






Sebelum blah, apa kata tambah sedikit ilmu tentang Pandangan Islam tentang haiwan :)


Pandangan Islam Tentang Haiwan.

Islam adalah agama yang bukan sahaja menjaga hak-hak manusia tetapi juga hak-hak haiwan. Pada satu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda:
 
Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik.[1]
 
 
Perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk “…bertaqwa kepada Allah terhadap haiwan-haiwan …” menunjukkan bahawa kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Subhanahu wa Ta‘ala pada Hari Akhirat nanti dengan bagaimana sikap kita terhadap haiwan. Jika kita menjaga mereka dengan baik, memberi hak-hak mereka seperti makanan, minuman dan tempat berteduh, kita akan memperoleh ganjaran daripada Allah. Sebaliknya jika kita menzalimi mereka, maka kita akan memperoleh azab daripada Allah. 


HUKUM PEGANG ANJING, babi :?
 
Firman Allah yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak dapati Dalam apa Yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu Yang diharamkan bagi orang Yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah Yang mengalir, atau daging babi – kerana Sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu Yang dilakukan secara fasik, Iaitu binatang Yang disembelih atas nama Yang lain dari Allah”. kemudian sesiapa Yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am : 145)
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 173)
Sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
“Cara menyucikan bejana milik salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya mestilah mengunakan tanah”. (Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Al-Baihaqi)
Dari dalil di atas, menunjukkan bahawa diharamkan memakan anjin, babi dan keturunannya dan tiada dalil yang menyatakan haram menyentuh anjing dan babi. Harus bagi sesiapa yang menyentuh anjing dan babi. Apabila bersentuhan dengan binatang tersebut, perlulah menyamaknya dengan menggunakan 1 bejana (cebok) air tanah yang suci disapukan dan digosotkan ditempat yang terkena atau tersentuh binatang tersebut. Selepas membasuh dengan air tanah, hendaklah dibasuh dengan air mutlak (air yang suci lagi menyucikan) sebanyak 6 kali berturut-turut sehingga hilang bau, warna dan rasanya. Jika didapati masih ada bau, warna dan rasanya, maka ditambahkan lagi basuhan air mutlak tersebut sehingga hilang ketiga-tiga sifat najis tersebut.

Tidak usahlah menyentuh binatang tersebut tanpa tujuan dan hajat, kerana tiada faedah bagi orang yang melakukan pekerjaan sia-sia. Setiap umat Islam berlulah bersikap ihsan terhadap binatang, kerana Allah swt akan memuliakan orang yang ihasan kepada binatang. Ada kisah seorang sahabat Rasulullah yang singgah disebuah perigi untuk mengambil air minum, sahabat tersebut turun ke dalam perigi tersebut untuk minum, setelah sahabat tersebut minum dan hilang hausnya, maka beliau naik kembali dari perigi tersebut, beliau terlihat seekor anjing melihatnya dalam keadaan lidahnya terjelir keluar dari mulutnya, sahabat tersebut turun mengambil air dengan menggunakan kasutnya untuk diberikan minum kepada anjing yang kehausan sehingga anjing itu kenyang.

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/
 

Comments