Assalamualaikum warahmatullah...
Adoi lama betul saya tinggalkan blog saya ni kan ? Alahai...cian dia :P Walaupun takde orang nak baca or amik tau pun, kena update jugak selalu ! Hahaha...
Apa perkembangan terbaru saya ? Err...ok, takde siapa yang nak bertanya pun sebenarnya..takde siapa nak amik tau...lagipun memang takde perkembangan apa apa pun :)
Kehidupan diteruskan seperti biasa...walaupun sekitar 2012-2013 ni banyak juga ups and downs...ecewah ! Ternyata, takdir Allah swt ke atas saya jauh lebih baik dari apa yang saya inginkan. Kerana Allah swt itu maha mengetahui dan maha mengasihani. :) Terima kasih Allah, kerana kasihmu, saya rasa amat tenang dan bahagia sekarang. Iya lah, berbanding saya yang dulu...terlalu berfikiran sempit dan negatif, semuanya kerana jauh dari Allah swt.
Allah swt turunkan banyak ujian kat saya, Alhamdulillah..satu persatu ujian saya pass..dan dari situlah saya belajar erti sabar, syukur dan redha :) Malah, selalu saya panjatkan doa agar Allah swt berikan ujian pada saya supaya saya tidak terleka dan biarlah saya dekat dengan Allah swt berbanding senang dan lupa Allah swt !
Tahun ni, bulan november umur dah 26 tahun ! Alhamdulillah...Allah bagi peluang untuk saya beribadat lagi pada dia. Allah bg lagi saya masa untuk rasa nikmat hidup di dunia pinjamanNya ni...semuanya saya berusaha untuk melakukan terbaik...walaupun saya hanyalah hambanya yang lemah dan tak berdaya. Kerana segala daya dan kekuatan itu datang dengan izin Allah ! Semuanya saya usaha dan berserah pada Allah untuk menentukan apa yang terbaik.
ada orang berkata kat saya...
"ko nak tunggu keajaiban, memang takkan berlaku la wey..."
namun saya percaya, dengan kuasa Allah, tiada istilah mustahil.
kemudian saya teringat pada seorang sahabat yang sukar terima pandangan dan nasihat...berkata dalam hati...
"biarlah dia...hidayah itu milik Allah swt ! hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk melembutkan hatinya dan menggerakkan hatinya dalam menerima hidayah...moga Allah berikan petunjuk dan hidayah pada dia...kerana aku tak mampu lagi..."
Saya tak mampu untuk mengubah seseorang. saya percaya, jika kita nak berubah..semuanya datang dari diri sendiri...bukan orang lain.
Allah subhanawataala, setiap langkah ku ini, biarlah hati aku tetap dengan iman. Tetapkan diriku dalam Islam. Setiap apa yang ku lakukan ya Allah..iringi jalan dan urusan ku dengan perlindungan dari MU...Setiap apa yang saya lakukan, hati ini terdetik.."Allah sebaik baik penolong dan sebaik baik pelindung. Hanya Allah sahaja pemeliharaku..."
Moga moga Allah rahmati saya, keluarga dan keturunan, sahabat yang saya sayang, semua umat islam...moga Allah lembutkan hati kami agar jadi orang beriman dan beramal soleh, tergolong dalam orang soleh solehah...juga menjadi anak yang baik dan taat kepada ibu bapa...amin !
jgn risau...
ReplyDeletesaya akan sentiasa baca blog kak neo even x tulis komen dekat sini...
saya pun buzy sgt sampai x dpt nk update blog...
2 minggu lepas kena handle event but x sempat nk tulis experience dlm blog...
huhuuhuhuh