Pages

Sunday, February 01, 2015

Sunburn, Mencari Dermax Bio Defense UV Protection, Dr. Ko !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Sedikit update minggu ni,

Muka sunburn sangat sebab menjadi guru pengiring budak budak untuk berlatih sukan. Letih juga nak mengawal murid cina sebab mereka tak berapa nak faham dengan arahan saya. Bila bagi arahan bercampur aduk bahasa, macam rojak. Bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa mandarin, 3 sekali saya cakap...pun tak jalan-jalan jugak dengan anak-anak ni. Itu lah dia cabaran mengajar budak-budak ni...

 





Minggu ni otak rasa tenang sikit sebab keluar dari kawasan sekolah. Tak perlu fikir masalah dalam sekolah tu. But on the other parts, hati asyik terfikir macam mana agaknya perasaan cikgu lain yang kena relief kelas di sekolah ? Saya tak suka relief kelas orang, begitu juga orang pun tak sudi nak relief kelas saya. Saya amat faham situasi ni, tapi apakan daya...sekolah tak cukup cikgu :( 

Berbalik kepada isu sunburn ni, saya macam minat satu produk ni...dah berputar kat otak nak beli produk ni. It is....Dermax Bio Defense UV Protection Dr.KO ! Dengar cite ada sunblock 60 spf dan foundation sekali, baguslah untuk saya cikgu sukan yang banyak nak berperang dengan cahaya matahari ni. Panasnya bahang kat padang tu rasa macam nak selubung muka dengan towel je. Apakan daya, sebagai cikgu kita kena tunjuk gagah di hadapan murid, bukan tunjuk ayu...ok !

Dermax Bio Defense UV Protection , mana aku nak cari kau. 
credit : Jes Everland


Banyak lagi saya nak cerita, tapi kita tunggu next entry ya ? InsyaAllah...Sebenarnya, dah lama tak menulis, bila menulis jadi kekok sudah. 


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You
 في أمان الله
May Allah Protect You
 

Designed by Alieff Artwork