Misi Belajar SEM II, UKM.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

Setelah bercuti sekian lama dan duduk kat rumah je, akhirnya aku dah daftar untuk semester dua master. Tau tak betapa heavennya aku rasa time cuti semester ? Rasa free gila ~ By the way, result semester 1 tak berapa best, tapi Alhamdulillah aku pass untuk terus ke semester dua. 

Actually mana ada notes macam ni time master. Ni pun aku tepek tepek sendiri dan aku baca je...No more spoonfeed macam zaman degree dulu ye...lecturer bagi talk je dalam kelas, notes yg berkaitan check kat website. thats all. sampai masa kau jawab exam..takde spot diberikan..sekian


Pointer sem satu? 3.29 je..entah ape benda yang aku jawab dalam exam aku pon tak tahu lah. Aku hope for 3.50 pun tak lepas. Ape yang kelakarnya, takde masa nak study sampai aku record suara aku sendiri dalam telefon dan dengar kuliah sendiri berulang ulang kali masa driving, masa nak tido sampai tertido hahah. Nak stay up malam-malam study mcm zaman degree dulu memang tak la kan. Dulu-dulu kita gigih stay up sebab ade geng belajar. :) 

Papepun, untuk semester dua ni. Ini jadual aku. Aku bantai kaw-kaw hari Jumaat. Nampak tak tu ? Jumaat start kol 3 petang - 9 malam aku akan menadah telinga dengar lecture. Lepas tu akan balik dam sampai rumah dalam pukul 11 malam. Keesokan harinya, Sabtu kelas pukul 9 pagi sampai 12 tengahari :) 


Ade kawan aku tanya, susah ke buat master ? Aku nak cakap pe ek, mengikut keupayaan masing-masing kot. Bagi aku tak susah la belajar sarjana ni. Keadaannya sama macam ko belajar zaman degree dulu je. Cuma ilmu pengetahuan tu bertambah, dan gaya pembelajaran, gaya berfikir, gaya menulis dan gaya bercakap tu lebih tinggi ja. Kau bercakap pun kena gaya sarjana, kalau ko cakap macam budak sekolah mau kau kena gelak je nanti. 

Kalau dulu aku tau menda ni senang je, takde la susah sangat..aku sambung lama dah. Ni sebab takut sangat nak hadapi cabaran belajar ditambah dengan pengalaman pengalaman dasyat orang yang terkandas tak habis master, tertangguh la niat aku beberapa tahun. Anyway...aku nak galakkan korang semua belajar dan belajar lagi. Jangan takut, niat yang baik akan dipermudahkan dengan izin Allah :)


Allah pesan, fa inna maal us riyus ro
maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan
(aku rasa ayat ni lah antara penguat aku hari-hari)


Cabarannya cuma the matter of time. Pembahagian masa aku antara study dengan kerja. Aku cikgu kot. Benda paling tak best as part-time student, kelas aku semua petang. Sebaik saja aku habis waktu kerja, aku ada kelas  ! Tau tak betapa gigihnya dengan masamnya aku lepas kerja terus drive pergi kelas. Sangat tak selesa ok. Tapi aku gagahkan jer la...sabar je !

Nak cite betapa terkejar-kejarnya masa untuk ke kelas, sampai nak accident pun ada. Kawan-kawan lain pun ade yang accident sebab nak menuntut ilmu punya pasal. Kawan-kawan lain diuji dengan tempat kerja yang jauh dari tempat belajar. Ada yang dari Melaka - KL, Johor - KL, Kelantan - KL. Nikmat mana lagi aku nak dustakan, sebab semuanya mudah bagi aku...tempat kerja dekat, duduk rumah dengan family, kalau tak sempat atleast mak dah masak kat rumah, bahagia disamping keluarga tercinta. 

Aku harap setiap jumaat aku sempat balik rumah mandi siap bagai untuk hadapi 6 jam lecture. Aku kene siapkan diri dengan mental dan fizikal supaya semua berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Jangan lupa doa yang baik baik untuk saya ye ! :)

Anyway, setelah mengharungi master semester satu, aku rasa takde celah mana pun bila kau sambung study, kau nak berlagak macam kau punya otak macam banyak ilmu sangat dari orang yang takde sijil. Aku respek pada orang yang berilmu, berkongsi ilmu dengan yang lain, bukannya letak diri pada satu tahap lebih dari orang lain. Takde ruang yang meletakkan ko berdarjat. Cuma dengan sedikit ruang dan peluang Allah bagi ni, gunakan sebaiknya...sebaik-baiknya ilmu yang kita dapat tu bukan untuk diri kita je, tapi bermanfaat untuk orang lain, untuk agama, bangsa dan negara...

Banyak pulak aku membebel. Ok semua take care ! Love yahhhh !


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته May the Peace, Mercy, and Blessings of Allah be Upon You في أمان الله May Allah Protect You

Comments