Pages

Sunday, November 17, 2013

Majlis Perkahwinan di De Palma Hotel, Ampang : Amy & Rizqee

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

5.35 pagi.

Petang semalam, waktu nak pergi wedding si amy , aduhai jam betul..tambah lagi dengan hujan lebat...memang lambat sampai kat sana. Huhu..alhamdulillah...sempat juga jumpa dengan beberapa orang ex-bbgs :) sonot eh !

Masa bergambar tu my friend cakap, 
Eh cepat cepat posing, kita nak masuk dalam blog ni. 
Posing lawa lawa tau kita nak masuk dalam silampuneon ni. !  
Hahahaha...

Bijak tol budak budak ni...macam tau tau dah semua cerita ada dalam silampuneon ni.hihihihik.

5.40 pagi (sekarang masuk waktu subuh)

Alhamdulillah, dan tahniah to amy and husband semoga melayari alam perkahwinan dengan bahagia hingga ke syurga, moga menjadi suami dan isteri yang soleh solehah InsyAllah :)

Walaupun dulu i left bbgs when i was form four (i had to go to smk teknik), but i still love that school no matter where i go. So, maybe not much of my friends remember my existence but i totally remember them especial my classmates.

Now berkobar kobar pulak nak buat reunion...ececeh. Ingat lagi tak reunion tahun 2011 dulu ? Sonot kan ? Nanti insyaAllah kalau takde aral kita reunion lagi ke bebeh bebeh sekalian...

Oklah chow sin chiii...jom solat subuh :)









 eh eh dondeng dondeng pun ada ? cik na dengan nur ariq iman anaqi :) anak kakak saya !huhi


ok taata titi tutu :)


Saturday, November 16, 2013

Tolong lah !

Assalamualaikum !


Ni yang nak marah ni. Ni yang nak marah ni. Ni yang geram ni. Haaa...

Ok, balik dari wedding petang tadi saya scroll kat facebook sekejap then i found this video berkenaan makcik makcik tua menari giyomi. Siapa entah yang share...



Nak tau kenapa saya marah ? Bukan saya marah makcik tu menari giyomi pun...

Yang saya marah tu pada orang yang suka share video video atau gambar gambar yang boleh mengaibkan orang lain...saya tak suka laa cara orang kita buat camtu...kita buat camtu sebab yang dalam video atau gambar tu bukan ada pertalian darah dengan kita pun...so suka suka hatilah kita nak aib kan orang di social media ye ?

Bagus...bagus...

Cuba mak ko dalam video tu ? Cuba adik perempuan ko dalam video tu. Tergamak tak ko nak share dan kutuk keji hina diorang dalam facebook ? tergamak ke ? 

Mengumpat tu ada banyak cara...yang ni adalah salah satu gaya mengumpat namanya...dan DOSA MENGUMPAT TU IBARAT MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI kan...

Tak kisah lah siapa pun yang buat video video mengarut dan letak dalam youtube tu..biaq pi kat diorang..kalau tak suka, pergi tegur cara baik..

Rasululullah s.a.w pun tegur orang dengan cara yang baik...bukan dengan mengaibkan orang depan orang ramai...

Ikutilah cara Rasululullah s.a.w ye...

Jangan kita gelakkan orang..cakap perihal orang...satu hari nanti...kalau kita pula dalam situasi tu baru nak terngadah,,,ok..

Please la....dear friends, stop sharing benda benda yang mengaibkan orang...ok... I love you all. TQ for reading. Chow.

Assalamualaikum :)



Tunjuk Ajar Ku Sifu : Buat Cookies !

Assalamualaikum semua, !!

Lambat update pasal cerita buat cookies ni. I really wished to be expert nak buat cookies macam famous amos tu...haha tapi sayangnya i belum tahap tu lagi...i sebenarnya sangat noobies dalam arena biskut ni.

Mintak tolong lah wahai sifu sifu yang di luar sana untuk bagi tunjuk ajar ye,...(haiiit ! )

Ok just sharing, gambar cookies i..rasa tak sedap macam famous amos. tu je yang i boleh bagitau hahahaha....next experiment pleaseee ! :) Muahahahha...


ni sebenarnya nak buat soft cookies yang macam SUBWAY tu..tapi tak jadi soft pun..jadi cam biskut biasa jeee....adeh !











ok babai ! nak pergi buat kajian terhadap resepi resepi kat internet japsss ! tolong sifu sifu ajar saya ni...huhuuu...




Dialog Lawak : Buah Nangka.

Di suatu petang yang hening...angin bertiup sepoi sepoi bahasa...(cehhh)

Teacher teacher !!!

Hah, apehal pulak ko ni wesely...(sambil garu kepala yang mmg gatal)

Teacher its amazing the bigger fruits outside, come teacher come teacher !

Hah...dah apebenda pulak budak ni...ok ok jap jap ... (malas nak layan..tapi cam nak kena tengok je ni...)

Look teacher, the tree got fruit ! Its big !!

Hoi, ini bukan buah dia laaaaa...ini buah Nangka ! Yang ni pulak pokok bunga ! Adeh laa....









Dah siapa pulak letak buah nangka kat tepi pasu bunga ni...kompius anak murid i...ceh comel pulak budak budak ni... :)







SJK (C) Sam Yoke {Gambar Pembinaan Bangunan Baru}

Assalamualaikum semua,

Halo hali halu...dah solat subuh ke semua ? Alhamdulillah...lama tak bercot cet dalam blog kesayangan ni kan ? Harini i nak share sikit pasal perkembangan bangunan sekolah sam yoke yang tengah nak naik ni :)

Bangunan baru ni ditubuhkan sebab sekolah sam yoke dapat dana sumbangan dari pihak NGO. Memperlihatkan bangunan pendidikan khas yang begitu daif...bangunan ni didirikan untuk semua warga sekolah terutamanya untuk murid berkeperluan khas...

Saya harap sangat bila bangunan ni naik nanti..bangunan ni mesra OKU...ok ? Satu lagi..saya harap sangat mutu tandas dinaikkan sebab di sekolah sam yoke..saya kalau kat sekolah pun tahan je nature call sebab tak suka pergi tandas dia...haha...

Ok, inilah gambaran tempat saya bekerja sekarang... :)









 dan...yang ni pulak gambar kelas dan gambar keseluruhan warga pendidikan khas sjkc sam yoke...



Alhamdulillah, masuk tahun 2014 ni...genaplah 4 tahun saya mengajar di sjk c sam yoke...macam tak percaya..tapi itulah hakikatnya :) Huhuhu...walaupun banyak cabaran dan rintangan...kena tempuh juga...sebab inilah ujian maha kecil Allah nak uji :)

Happy 4th years anniversary cikgu nurul !




Saturday, November 02, 2013

Peniaga Apa Macam Ni?

Situasi kat kedai buah Pekan Sungai Besi. Hati teringin nak makan buah duku langsat ni. Kedai betul betul tepi jalan kat sebelah pasar sungai besi.

Bro : Mari beli mari beli duku langsat dik.

Me : Boleh rasa?

Bro : Boleh boleh.

Me : Emmm..duku ni masam sikit...langsat ni manis...bagi la sekilo.

Bro : (bungkus langsat yang warna lebam lebam utk saya dan timbang) Rm 6.00 dik.

Me : Eh...eh boleh tak saya nak pilih sendiri.

Bro : Takleh pilih kak.

Me : Saya nak yang atas atas ni..buah cantik sikit..yang you letak tadi dah lebam lebam... ;(

Bro : Mana ada lebam. Cuma kulit dia warna hitam sikit je.

Me : Aik? Saya yang nak bayar kan?

Bro : Tak nak beli pon takpe. (sambil sindir saya dan buang semua langsat dari plastik tadi..siap jeling lagi)

Me : Hmm takpelah.

Lepas saya berlalu dari kedai tu dgr brader or org kedai tu jerit apa tah...menyindir saya yang berlalu pergi...

Dah kalau awak tu jual...saya yang nak bayar...kenapa saya tak berhak buat pilihan pulak? Lepas tu nak layan customer macam tu...kenapa pulak? Awak tu jual buah...org nak beli buah..nak rasa yang sedap..nak buah yg cantik..awak bungkus yang lebam lebam suruh org beli...yang display cantik awak tak bagi saya ambil.

Sabar je lah kan..
Astagfirullahalazim..

posted from Bloggeroid

 

Designed by Alieff Artwork