Pages

Saturday, November 02, 2013

Peniaga Apa Macam Ni?

Situasi kat kedai buah Pekan Sungai Besi. Hati teringin nak makan buah duku langsat ni. Kedai betul betul tepi jalan kat sebelah pasar sungai besi.

Bro : Mari beli mari beli duku langsat dik.

Me : Boleh rasa?

Bro : Boleh boleh.

Me : Emmm..duku ni masam sikit...langsat ni manis...bagi la sekilo.

Bro : (bungkus langsat yang warna lebam lebam utk saya dan timbang) Rm 6.00 dik.

Me : Eh...eh boleh tak saya nak pilih sendiri.

Bro : Takleh pilih kak.

Me : Saya nak yang atas atas ni..buah cantik sikit..yang you letak tadi dah lebam lebam... ;(

Bro : Mana ada lebam. Cuma kulit dia warna hitam sikit je.

Me : Aik? Saya yang nak bayar kan?

Bro : Tak nak beli pon takpe. (sambil sindir saya dan buang semua langsat dari plastik tadi..siap jeling lagi)

Me : Hmm takpelah.

Lepas saya berlalu dari kedai tu dgr brader or org kedai tu jerit apa tah...menyindir saya yang berlalu pergi...

Dah kalau awak tu jual...saya yang nak bayar...kenapa saya tak berhak buat pilihan pulak? Lepas tu nak layan customer macam tu...kenapa pulak? Awak tu jual buah...org nak beli buah..nak rasa yang sedap..nak buah yg cantik..awak bungkus yang lebam lebam suruh org beli...yang display cantik awak tak bagi saya ambil.

Sabar je lah kan..
Astagfirullahalazim..

posted from Bloggeroid

 

Designed by Alieff Artwork