Friday, February 28, 2014

Najwa Latif, Hilang - MP3 Download.

Assalamualaikum !

Dan aku...hilang...hilang....
dari cinta mu...
dari hidupmu..
dari segala galanya....
milikmu...
milikmu..


Hu...sadis nya lagu ni..layan je lagu Najwa Latif ni kali ni kan... (T__T) Hanya lagu je yang macam boleh faham jiwa..ouppppss ! Moga apa yang ku rasakan ni terbang ke langit...ke udara...dan...dan...huhu...Aku hilang,hilang hilang ~ Kebabom ! Kalaulah ada yang faham...feeling so sayu kalau teringat dan terbawa bawa ingat benda benda sayu ni...seolah olah ada yang faham tapi...sesuatu yang hilang. Faham ke ? Hanya diriku saja yang faham lah kut...

Anyway !

Mesti ramai kan tengah cari cari lagu Najwa Latif - Hilang ~ Mai la download lagu best ni woih.....
cepat click sini Lagu Terbaru Najwa Latif ( HILANG) 


Music Video Lagu Hilang , Najwa Latif ~

Lirik Lagu Hilang ~  Najwa Latif
Video Muzik/ Music Video
Najwa Latif - Hilang (Official Music Video) (Youtube)

Lirik Lagu/ Lyrics
Aku hilang diriku sementara mengejar kamu
Aku hilang nyawaku kernaku mau cintamu
Dan aku hilang.. hilang

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Milikmu hu ohh..
Milikmu wo ohh

Aku ingin kau tahu
Dan sedarkan kewujudanku
Aku inginkan kamu
Lebih dari yang kau tahu

Dan aku hilang.. hilang

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Milikmu hu ohh..
Milikmu wo oh


Dan mungkin kau takkan pernah sedari aku
Dan mungkin kau takkan sedar kewujudanku
Tapi ku ingin kau tahu
Ku akan mencintaimu
Hu ohh

Dan aku hilang.. hilang

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya
Dari cintamu
Dari hidupmu
Dari segala-galanya

Milikmu hu ohh
Milikmu wo oh
Milikmu

nampak bintang tu ? tengoklah bintang...kita semua tengok bintang yang sama kan.. kan...




# hilang..
# sepenghujungnya mari kembali kepada Pencipta sekalian makhluk dan alam semesta...Allah swt !

Sugar Glider Homebreed For Sale!! (CHERAS....URGENT!!)

PRICE : 

Homebreed sugar gliders, each RM230
Pair RM440.00
Sugar Glider Whiteface RM1,500. 

Free stuff : 2 unit 1.5 feet cage, bonding pouch, travel cage or carrier dll. (yang ni saya ada banyak so siapa cepat dia dapat)

  1. shemie (jantan) 
  2. ninja (betina) 
  3. boboi (jantan) (whiteface)
  4. mumu (betina) (with babies in the pouch)
  5. sari (betina)
  6. sutra (jantan)
  7. pesona (jantan)
  8. magic (betina)
  9. simba (betina)

Please sms or whatsapp. 
Strictly no calls 0192962614 (nurul) sebab tak larat nak jawab call dari unknown callers.
Location : No. 1 Jalan CU3 Taman Cheras Utama, 56000, Kuala Lumpur.
Cash on delivery. Boleh hantar sekitar KL sahaja mana mana yang terdekat saya boleh hantar. Lain lain kawasan kena bg extra sikit untuk kos penghantaran. 

 for more pictures please click here

Monday, February 24, 2014

Cara Mengerjakan Umrah : Tips Bawa Anak ke Umrah / Part 3

TIPS UMRAH MEMBAWA ANAK-ANAK KECIL







sumber : http://dmubarak.com/umrah/persediaan-ibadah-umrah/

Assalammualaikum w.b.t.

Ramai diantara kita yang mengerjakan umrah bersama isteri dan anak-anak kecil. Bila bawa anak-anak kecil ini bersama, buat Checklist keperluan, tapi kena buat sebab ia perjalanan yang jauh dan tidak dapat dijangka. Berikut adalah beberapa contoh persiapan yang diperlukan bagi mereka yang akan membawa anak-anak kecik bersama :-

1. Pakaian siang, malam dan sweater. Juga socks dan tudung.

2. Ubat-ubatan seperti PCM, ubat batuk, selsema – Lebih kurang seminggu sebelum pergi, sebaiknya bawa anak-anak jumpa doktor dan dapatkan nasihat doktor untuk ubatan dan panduan menghadapi anak tidak sihat. InsyaAllah, doktor kan berpengalaman.

3. Buku-buku dan alat tulis. Ini penting untuk buatkan mereka leka ketika kita sedang menguruskan urusan kita di dalam hotel terutamanya.

4. Biskut, coklat, air kotak, gula-gula. Biskut itu penting nak makan sambil-sambil isi masa lapang semasa di airport, dalam bas, di masjid.

5. Topi untuk pakai semasa keluar (Jika perlu)

6. Bawa selipar/ sandal yang flat, senang nak pakai dan cabut.

7. Carrier untuk anak kecil dan juga backcarry.

8. Tisu basah. Ini penting juga. Selain itu, tisu biasa juga. Banyak kejadian memerlukan tisu basah dan kering ini terutamanya berada dalam bas untuk perjalanan jauh seperti dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa yang agak lama.

9. Termometer. Mungkin juga coolfever.

Sebaiknya sebelum pergi umrah, mulalah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah. Selalulah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah ni, nak naik aeroplane, nak pergi Mekah, nak tengok Kaabah, nak pergi solat kat masjidilharam dan lain-lain. Berilah mereka pendedahan awal dan clue awal mana kita nak pergi dan apa tujuan kita ke sana. Boleh juga tunjukkan kat anak-anak keadaan tempat yang akan mereka pergi nanti seperti cerita-cerita travelog umrah di TV alHijrah dan juga ketika azan berkumandang yang menyiarkan live Kaabah.


Berikut ada beberapa pandangan tentang tip-tip membawa anak-anak kecil:-


· Siti Hawa Ahmad : Buat mase ni pengalman saya masa pergi sediri dan yang kakak ipar saya buat kalau budak tu dh boeh jln bawa je..kalau kat tempat sai’e tak payah risau budak2 agak selamat..malah diorg pun suka nak jln2 dan brlari2 anak…cuma kena berjaga2 mase tawaf…sy tgk ank2 saudare sy yang dah besar sikit boleh follow je cuma ibu bapa xgalak pergi menyelit nk cium kaabah atau sbagainya better jln jauh ckit tak payah duk dkt2 sgt ngan kaabah..ikut bulatan yg agak jauh supaya ank2 slamat…sbb org arab kdg2 langgar je..

· aizat mansor: kalau kanak2 yg kecik dlm umr 2-4 thn better ayah dukung atau letak kat leher lg selamat…boleh je bw troley tu cuma stil xleh ikut bulatan yg dalam nnt sng kena langgar…

· aizat mansor: kalau mak n ayah nk dkt ngan kaabah better gilir2 jaga anak n bukan masa dlm keadaan ihram…selain tu utk ibadah solat kat masjidil haram insya allah mmg budaya kat sana org arab bw anak…cuma smasa smayang andai ank dh bleh berjalan time solat tu kna jaga2 sbb pernah ada bdak time mak dia solat dia g jln…smpai mak dia yg tgh solat trus bhenti solat n kejar…dkt sana ada yg jual mcm pengikat utk ank2,…jd mase kita solat ikat kat pinggang dia n ikat kat tangan kita..jd kalau dia grak pn xleh jauh…

· siti hawa ahmad: akk. wani…abg ipar sy…bawak stroller..tp stroller yg ringan dn mudah untuk lipat2..nnt mudah nk bwk msok flight dn bas nnt.. Klo nk ziarah luar dn dlm..abg ipar bwk ank pkai stroller..tp kt dlm msjid nabawi xboleh bawak stroller, cuma kawasan dataran luar shj..stroller kena letak dpn pintu..klo kt masjidilharam, abg ipar dn akak gilir2 dukung, sbb jemaah ramai..appa2 pon doa’ kita pada allah..insya’allah Allah mempermudahkan jalan..


Berikut adalah beberapa contoh persiapan yang diperlukan bagi mereka yang akan membawa anak-anak kecil bersama :-
• Lampin/Lampin pakai buang drypers/Pampers
Pastikan ianya sentiasa di tukar (perlu membeli lebih lampin ini dari biasa). Juga perlu bawa lampin ini dalam beg sandang anak jika ke Masjid.
*Carrier untuk anak kecil/ backcarry.
• Waktu sesuai untuk Umrah. Lakukan Umrah awal pagi atau malam selepas Isyak. Jika berkumpulan, boleh ke Tan’aim sebelum Subuh dan kembali ke Mekah waktu hampir Subuh. Lengkapkan tawaf dan saie selepas Subuh. (ketika ini boleh bergilir2 mendukung bayi)
*Tisu basah. Ini penting juga. Selain itu, tisu biasa juga. Banyak kejadian memerlukan tisu basah dan kering ini terutamanya berada dalam bas untuk perjalanan jauh seperti dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa yang agak lama.
*Termometer. Mungkin juga coolfever.juga cream – utk dry skin..
*solat berjemaah – biasakan baby tu tengok kita solat berjemaah di rumah, jadi mereka akan biasa dengan suasana jemaah semasa membuat umrah nanti.
baby carier – untuk memudahkan membawa baby di dalam keadaan yang sesak dan ramai orang
*baby stroller- amat berguna bila baby nak tido, kita pula nak solat jemaah
*botol air minuman serta makanan bayi
* di Madinah – bawa stroller, boleh masuk dalam kawasan masjid, ambil port paling tepi atau paling depan supaya mudah keluar dan parking stroller. letak stroller baby tepi or depan kita semasa solat jemaah. untuk alih perhatian baby or bagi baby duduk diam, mungkin boleh beri dia snack atau mainan. Kalau anak tido lagi senang! bagi dia makan kenyang2, pastu tido je dalam stroller..
* nak masuk Raudhah,bergilir lah dengan suami, sorang masuk dulu, sorang tolong jaga anak. Raudhah tempatnya selalunya sesak. Tak sesuai bawa anak walaupun guna carrier. Lagi pun tempat melawat raudhah untuk lelaki dan perempuan berbeza waktunya.
*di Makkah – semasa melakukan umrah, lebih baik gunakan carrier. Mudah nak lakukan tawaf dan saie. Untuk solat jemaah di Makkah, tak boleh masuk stroller dalam masjid, jadi kena lah pandai2 cari tempat yang paling tepi supaya mudah nak keluar jika anak meragam.

Paling penting.

> doa dengan Allah supaya segalanya dipermudahkan.. :)

**Apa pun, latih dulu kat rumah solat berjemaah, dan selalulah ke masjid untuk membiasakan anak2 dengan keadaan jemaah. Jika anak meragam atau tak duduk diam, tu biasalah… mungkin boleh guna kaedah gilir2 buat umrah dengan pasangan.
*Tips ini di ambil dari pengalaman jemaah yang pernah umrah




Tips Bawa Anak Ke UMRAH.



Iklim yang ekstrem serta serangkaian ritual ibadah yang membutuhkan stamina, membuat orangtua harus mempersiapkan diri ketika memutuskan umrah bersama anak kecil.
  1. Pilih waktu keberangkatan umrah yang nyaman buat anak.Pertimbangan yang bisa dilakukan, jika  berangkat di musim libur sekolah atau bulan Juni-Juli, maka anak akan nyaman meninggalkan Tanah Air karena pikirannya tidak terfokus pada tugas sekolah. Sayangnya di bulan-bulan tersebut biasanya umrah berbiaya lebih tinggi Selain juga, situasi Tanah Suci lebih ramai. Adapun memilih keberangkatan di bulan Februari-Maret, biaya umrah akan lebih rendah dan kondisi Tanah Suci juga tidak terlalu ramai dibandingkan umrah di bulan Juni-Juli. Namun untuk berangkat di bulan ini –karena belum libur sekolah –orangtua sebaiknya berkonsultasi dengan guru anak. Mencari solusi atas jadwal dan tugas sekolah yang akan ditinggalkan anak.
  2. Pastikan travel yang dipilih menawarkan fasilitas dan jadwal yang ramah anak kecil. Dimulai dari layanan manasik yang terdiri dari teori dan praktek untuk memudahkan anak memahami. Lalu tour leader yang berpengalaman dan jumlah satu rombongan yang tidak terlalu banyak. Kemudian  pilihan penginapan yang tidak terlalu jauh dari Masjidil Haram/Mesjid Nabawi sehingga anak tidak lelah saat harus bolak-balik (penginapan-mesjid) untuk menunaikan salat 5 waktu.
  3. Siapkan dana lebih untuk kondisi tak terduga. Membawa anak-anak menuntut orangtua untuk ekstra dalam menyiapkan dana.
  4. Berkonsultasi dengan dokter, sebelum pemberian vaksin meningitis pada anak.
  5. Siapkan fisik anak dengan berolahraga teratur. Latihan berjalan jauh di bawah matahari dapat diterapkan pada anak.
  6. Latih anak salat jemaah 5 waktu di mesjid. Kalaupun tidak semua waktu, sekurang-kurangnya salat jemaah dilakukan di rumah bersama orangtua.
  7. Latih anak memanggil ‘mama’ atau ‘papa’ kuat-kuat. Langkah antisipasi jika anak tertinggal atau hilang di tengah kerumunan.
  8. Sentuhkan anak dengan tayangan-tayangan umrah dan azan di Tanah Suci sehingga tumbuh kerinduan akan Tanah Suci.
  9. Pastikan anak meneguk suplemen peningkat daya tahan tubuh sebelum-selama perjalanan umrah.
sumber : http://www.elzatta.com/umrah-bersama-anak-kecil/

Thursday, February 20, 2014

Cawangan UTC di Malaysia (Pusat Transformasi Bandar)

Assalamualaikum,


Meh sini benda nak update ni benda penting. Pernah dengar kan UTC ? Kalau tak tau UTC tu apa boleh rajinkan diri baca kat bawah...

Pengalaman pergi UTC ? Saya pergi UTC pudu cenral. Kena pergi sana, buat apa ? Nak buat passport. UTC ni bagus sebab semua perkhidmatan ada. (Cuba tengok gambar print screen kat bawah .. senarai perkhidmatan yang disediakan oleh UTC)


Apakah yang dimaksudkan UTC?

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.
Secara umunya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.
UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs.
UTC – Pengenalan
Pusat Transformasi Bandar (UTC) menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor Swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan. Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai peneraju utama UTC di seluruh negara.
UTC dan RTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program Kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada Rakyat. UTC akan diperkenalkan di bandar utama di setiap negeri. Bandaraya Kuala Lumpurtelah dipilih sebagai projek perintis dan lokasi kedua program UTC dan Kementerian Kewangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan seluruh jentera Pentadbiran Bandaraya Kuala Lumpur di atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program UTC ini.
Sebanyak 34 kementerian/agensi kerajaan dan swasta serta NGO telah membuka kaunter di UTC Kuala Lumpur berlandaskan 10 kluster berikut:
1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan
Muat turun risalah UTC : Download


Video UTC

Gambar gambar UTC









Perkhidmatan yang ada di UTC...please check !!!







Cawangan UTC di Malaysia (Pusat Transformasi Bandar)



  • UTC Melaka 

Aras 3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka,
Jalan Hang Tuah,
No. Tel : 06-2821763
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)



  • UTC Kuala Lumpur 

Lot T2-7, Aras 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur,
Pudu Sentral,
55100 Kuala Lumpur
Tel. No: 03-2026 1246 / 03-2026 1359
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)



  • Cawangan Mini UTC Sentul

Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Mini UTC Sentul Kuala Lumpur,
Mini UTC Sentul,
Aras 3, Kompleks Bandar Baru Sentul
55100 Kuala Lumpur.


  • UTC Perak 

UTC41 Pusat Transformasi Bandar Perak
Jalan Dato’ Onn Jaafar
30300 Ipoh,Perak Darul Ridzuan
No Tel : 05-241 3324/ 05-241 3325
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)




  • UTC Pahang 

No.2-17, Aras 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang
Bangunan UTC Pahang
Jalan Stadium
25200 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5124112& 5124119
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)





  • UTC Kedah 

Cawangan UTC Kedah, No 3-12 UTC Kedah
Bangunan Kompleks MBAS, Jalan Kolam Air
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-7360030 / 04-7360031
Waktu Operasi
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)





  • UTC Sabah 

Tingkat 7, Bangunan UTC Sabah,
Jalan Belia, Off Jalan Tunku Abdul Rahman,
88000 Kota Kinabalu.
Tel: 088 - 538697
Fax: 088 – 538670
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.00 pagi – 9.00 p.m





Thursday, February 13, 2014

Facebook APEJADAHNYA??

Baru baru ni saya ada terlihat satu gambar yang disebar sebarkan dekat facebook. Saya ingatkan gambar saya...nasib baik bukan. Saya tengok pon gambar tu bukan lah teruk sangat...tapi biasalah dah trend zaman sekarang...benda kecik diperbesar besarkan...aib orang sibuk didedah dedahkan..aib sendiri tak nak cuba tutup tutup kan....

Berbalik cerita kita pasal gambar tu...

Gambar tu just sorang budak yang perempuan remaja yang conteng conteng muka dia...so what...perlu ke sebar satu dunia.. ? Teringat dulu waktu watu hingusan saya pun pernah buat...even...korang semua pon entah pernah cuba buat..pakai pen ke, pensel ke, pakai gincu mak korang ke...hal itu pun jadi satu kekecohan di facebook dengan caption "APEJADAHNYA PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG NI"

Yang kerja dok sebar sebar aib orang, like like share share benda yang mengaibkan orang....bawak bawak lah bertaubat...jaga tepi kain sendiri...jgn sampai banyak sangat dosa terkumpul kat bahu kiri tu...

Ahh..malas nak kupas banyak...

Kita masing masing need sometimes to grow up. Bagi masa pada orang lain untuk belajar erti kehidupan....beri peluang. Bukan kerja nak serang je. 

bye !
gambar ni macam takde kaitan je!








No Akaun CIMB Bertukar Automatik ??!

Assalamualaikum !

Feuwww....terkozot saya. Terkozot binti terkuzit...mula mula buka account cimb tengok asal cam pelik je nombor account cimb saya ni ? Tapi Buat relek je..muka selamber lagi...

Pastu tadi ada orang nak bank in duit...call, kak kenapa takleh bank in duit ? Ada tukar nombor account ke ?

GULP....

Erksss...patutlaaa tadi tengok kat CIMB clicks no akaun cam lain macam..sah sah la dah tukar ni...jgn bukan bukan la cimb woi...

Pastu untuk sedapkan hati google sikit pasal pertukaran nombor account ni rupanya mmg ada pengunguman yang CIMB buat semua no account ditukar kepada 10 digit no sahaja....

Boleh ek camtu ??

Feuww....






Saturday, February 08, 2014

Pemenang Maharajalawak Mega 2013/2014 {Gambar}

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...

Rasanya ini mungkin kali terakhir saya follow maharaja lawak ni...sebab? Nanti saya cerita lanjut...Papehal pun saya just nak kongsikan perasaan saya pasal pemenang maharaja lawak mega 2013/2014 ni...


  • Sepatutnya SYJ yang dapat tempat kelima atau masuk final. 
  • Dengan lawak yang kering dan merosot ramai peserta maharaja lawak tetap diberi 4 bintang..markah kesian tapi sebenarnya tak lawak langsung
  • Kenapa bukan BOCEY dapat tempat pertama maharajalawak mega ? Dengan idea dan lawak yang fresh...sepatutnya boleh menang.
  • Sistem undian memang membawa padah bila ramai peminat tapi tak undi. Kalau undi pun membazir je...sepatutnya 100% juri pun takpe. Undian terlampau pentingkan (populariti,paras rupa, dll)
  • Tak sangka jambu dapat tempat ke-4 :( Sangat menyedihkan.Jambu memang lawak kot..





Pemenang Maharajalawak Mega 2013/2014

Tahniah kepada semua pemenang !

Pemenang :

PERTAMA : SEPAHTU - 500,000,00
KEDUA : SHIRO - 350,000,00
KETIGA : BOCEY - 150,000,00
KEEMPAT : JAMBU - 50,000,00
KELIMA : NABIL - 15,000



 

Designed by Alieff Artwork