Cawangan UTC di Malaysia (Pusat Transformasi Bandar)

Assalamualaikum,


Meh sini benda nak update ni benda penting. Pernah dengar kan UTC ? Kalau tak tau UTC tu apa boleh rajinkan diri baca kat bawah...

Pengalaman pergi UTC ? Saya pergi UTC pudu cenral. Kena pergi sana, buat apa ? Nak buat passport. UTC ni bagus sebab semua perkhidmatan ada. (Cuba tengok gambar print screen kat bawah .. senarai perkhidmatan yang disediakan oleh UTC)


Apakah yang dimaksudkan UTC?

UTC adalah singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar. Ia adalah salah satu usaha dan inisiatif Kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti Bandar di dalam satu pusat sehenti atau di dalam satu bangunan.
Ia merupakan sebahagian daripada strategi Lautan Biru yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi Kerajaan dan sektor swasta.
Secara umunya, komuniti Bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan Kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan Kerajaan yang lain.
UTC turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGOs.
UTC – Pengenalan
Pusat Transformasi Bandar (UTC) menyediakan pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor Swasta yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan. UTC juga akan berperanan sebagai pusat setempat bagi aktiviti belia, NGO serta komuniti usahawan. Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai peneraju utama UTC di seluruh negara.
UTC dan RTC merupakan pelengkap kepada Program Transformasi Komuniti (CTP) bagi memastikan segala perkhidmatan, inisiatif dan program Kerajaan dapat memberi manfaat secara maksimum kepada Rakyat. UTC akan diperkenalkan di bandar utama di setiap negeri. Bandaraya Kuala Lumpurtelah dipilih sebagai projek perintis dan lokasi kedua program UTC dan Kementerian Kewangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan seluruh jentera Pentadbiran Bandaraya Kuala Lumpur di atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program UTC ini.
Sebanyak 34 kementerian/agensi kerajaan dan swasta serta NGO telah membuka kaunter di UTC Kuala Lumpur berlandaskan 10 kluster berikut:
1. Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat
2. Perkhidmatan Pendidikan, Latihan dan Pekerjaan
3. Perkhidmatan Pembangunan Perniagaan dan Keusahawanan
4. Perkhidmatan Kesihatan
5. Perkhidmatan Kewangan
6. Perkhidmatan Kerajaan
7. Perkhidmatan Pembangunan Belia
8. Perkhidmatan NGO
9. Perkhidmatan Utiliti
10. Perkhidmatan Keselamatan
Muat turun risalah UTC : Download


Video UTC

Gambar gambar UTC









Perkhidmatan yang ada di UTC...please check !!!







Cawangan UTC di Malaysia (Pusat Transformasi Bandar)



  • UTC Melaka 

Aras 3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka,
Jalan Hang Tuah,
No. Tel : 06-2821763
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)



  • UTC Kuala Lumpur 

Lot T2-7, Aras 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur,
Pudu Sentral,
55100 Kuala Lumpur
Tel. No: 03-2026 1246 / 03-2026 1359
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)



  • Cawangan Mini UTC Sentul

Jabatan Pendaftaran Negara
Cawangan Mini UTC Sentul Kuala Lumpur,
Mini UTC Sentul,
Aras 3, Kompleks Bandar Baru Sentul
55100 Kuala Lumpur.


  • UTC Perak 

UTC41 Pusat Transformasi Bandar Perak
Jalan Dato’ Onn Jaafar
30300 Ipoh,Perak Darul Ridzuan
No Tel : 05-241 3324/ 05-241 3325
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)




  • UTC Pahang 

No.2-17, Aras 2, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang
Bangunan UTC Pahang
Jalan Stadium
25200 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5124112& 5124119
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)





  • UTC Kedah 

Cawangan UTC Kedah, No 3-12 UTC Kedah
Bangunan Kompleks MBAS, Jalan Kolam Air
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-7360030 / 04-7360031
Waktu Operasi
Masa: 8.30 pagi – 10.00 p.m
(Waktu Rehat Hari Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang)





  • UTC Sabah 

Tingkat 7, Bangunan UTC Sabah,
Jalan Belia, Off Jalan Tunku Abdul Rahman,
88000 Kota Kinabalu.
Tel: 088 - 538697
Fax: 088 – 538670
Waktu Operasi
Hari: Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum / Negeri)
Masa: 8.00 pagi – 9.00 p.m





Comments