Buddy Club Challenges : Dapat Tiang Gol Free !

Assalamualaikum semua :)

Lokasi : Sjkc sam yoke
Coach : Cik Nurul Aina & Pn Lau Sieh Hie
(apaaaa cikgu nurul jadi coach ??? habislaa korang semuaa atergolek masuk longkang!)

Pernah dengan Buddy Club Challenges ? Apa tak pernah ? Ok..group ni ditubuhkan untuk bagi peluang kepada kanak kanak OKU & kanak kanak aliran perdana untuk mengasah bakat dalam bidang sukan bola sepak. HUhu ! So ape kena mengena dengan student i ?errr..

Nak dijadikan cerita, Buddy Club Challenges under NKRA ni, telah memilih 10 buah sekolah untuk mewakili Club diorang. So kami laaa antaranya ! Segala kelengkapan permainan semuanya diorang yang sponsor kat sekolah...yang penting cikgu ajar budak budak main bola dan budak budak ada peluang asah bakat main bola sepak atau, sekurang kurangnya budak budak dapat meningkatkan kemahiran fizikal :) Lagipun, ini salah satu inisiatif Buddy Club untuk mengintegrasikan budak OKU dengan budak normal...tu jer...(korang paham ke apa saya terangkan ni) errr..

Oklah, nanti saya update cerita lagi tentang Buddy Club Challenges ni ok ? Yang terbaru ni, sekolah dapat tiang gol dari Buddy Club..so terima kasih..budak budak semua teruja habis...tak sabar nak main bola...tapi rasanya aktiviti sukan tergendala sebab sekolah saya tengah buat renovation...huhu takde padang!


 


















Comments