Pemergian Insan Tersayang , Hidup Tidak Seceria Selalu : Mengapa Semua Orang Pergi Dan Semakin Menjauh ?

Ya Allah, dikesempatan ini...kau ampunkanlah aku Ya Allah. Kau berkatilah setiap tindak-tanduk aku...setiap perbuatan aku di muka bumi mu Ya Allah. Di kesempatan yang kau berikan ini Ya Allah, aku menuntut ilmu...mencari ilmu untuk menggenggam sebuah Ijazah, insyaAllah habis hujung tahun ini...dan pencarian ilmu bukan berhenti di sini sahaja...akan aku kuatkan semangat untuk mencarinya selagi hayat ini masih ada...

Ya Allah, kelmarin kau akhirnya telah menjemput pergi salah seorang murid kesayangan aku Ya Allah. Kau menjemput pergi adik Aiman...seorang kanak-kanak sindrom down yang berumur 7 tahun. Dialah penyeri kami Ya Allah...Kami harap kami telah mendidik Aiman dengan baik...kau berkatilah tindak tanduk kami sebagai guru Aiman ketika hayatnya masih ada...dan aku percaya, ada hikmah yang cukup manis sebalik pemergian Aiman...hanya Kau sahaja yang mengerti Ya Allah...
Arwah adik aiman...dijemput Ilahi pada 31 Ogos 2010...
cikgu tetap sayang aiman...cikgu tetap akan doakan kesejahteraan aiman...aiman ahli syurga, itu kepastian...

 Ya Allah, kau tempatkanlah Aiman dalam syurgamu Ya Allah...semoga pemergiannya membawa seribu satu hikmah dan kemanisannya buat kami di sini...

Cikgu ingat, last cikgu jumpe aiman masa kita pergi terapi berkuda kan, aiman suka sangat waktu tu...cikgu dukung aiman nak pegang kuda...aiman teruja..aiman amik taik kuda tu, baling kat muka kuda tu...kelakar sangat...lepas tu aiman lapar...cikgu suap aiman makan hotdog...aiman suke...cikgu pun suke...aiman, cikgu rindu aiman sangat-sangat...cikgu sakit kepala nangis...

Pemergiannya buat aku dan semua yang mengenalinya begitu sayu sekali...hari ini, di sekolah...cikgu pasang semua video aiman sewaktu hayat aiman masih ada...cikgu - cikgu pasang slide show semua gambar-gambar aiman sewaktu aiman lincah di sekolah....cikgu - cikgu teringat waktu seronoknya bersama aiman, kejar aiman satu sekolah...semua cikgu dan kawan-kawan Aiman menangis kesayuan hari ni bila tengok slideshow Aiman...Kuasa Allah, aiman demam panas sekejap saja, kemudian virus merebak ke otak aiman, ke hati aiman, dan ke dalam paru-paru aiman menyebabkan badan aiman penuh asid...sekejap sahaja Aiman dibawa pergi dari kami...

Terkilan sungguh bila aku tak dapat ziarah Aiman sewaktu dia di hospital kajang kelmarin...aku terlampau sibuk dengan dunia aku sendiri...Ya Allah, surutkanlah kesedihan yang melanda jiwa ku ini Ya Allah...

Harini, dengan kesibukan aku di muka bumi ini Ya Allah, dapat pula berita yang AJ Nismihan nak berhenti dari menulis. Ya, dia merupakan penyeri bagi kami di sini Ya Allah...Apa sahaja yang berlaku padanya, hanya kau yang Maha Mengetahui Ya Allah...Kau lindungilah Aj dan keluarganya dari kekejaman dunia dan kau  berikanlah keberkatanmu pada mereka dan keturunan mereka di dunia dan di akhirat...

Ya Allah...Kau berikanlah kesejahteraan pada semua insan yang aku sayang, Ya Allah...Ampunilah segala dosa-dosa kami, berikanlah petunjuk dan hidayah mu Ya Allah, hanya kau tempat aku berserah dan meminta perlindungan...tenangkanlah jiwa aku yang resah ini Ya Allah...permudahkanlah jalan ku dengan hidayah mu..

Comments

  1. Setiap yang hidup akan kembali kepada Penciptanya....
    cume kadang2 kite terlalu mengatakan kenapa ianya terlalu cepat....
    harapan kite biarlah kite yang pergi dulu sebelum die....
    hakikatnya, Allah lebih sayangkan Aiman....

    Al-Fatihah untuk Aiman...

    ReplyDelete
  2. serius neo..aku ingat aiman sampai bila2...aku ingat aku duk kurung dia dalam umah kecik..ikat dia sampai dia tertido..aku dukung dia.. sedih sangat....seriuss..aiman..cikgu sayang aiman.......

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah....penah baca salah satu siri dia kalau x silap..

    ReplyDelete
  4. semoga aiman ditempakan di tempat2 org beriman..amin..~

    ReplyDelete
  5. innalillah...percayalah ada yang pergi dan ada yang akan kembali....

    ReplyDelete
  6. moga rohnya dicucuri rahmat..ameen..

    ReplyDelete
  7. al- fatihah buat aiman moga di tempatkan org yg beriman amin

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah buat mereka. tabahlah dear.. hmm baru aku tahu kau cikgu sebenarnye neon.

    hmm pengalaman aku kat perantauan. bila mak aku msg je mesti aku dah rasa berdebar. sebab mesti ade je saudara aku meninggal. sedih pon ada. sedih sebab lama aku tak jumpa. dan tak dpt berada di sisi di saat2 terakhir...


    http://intanberlian87.blogspot.com/2010/08/ramadhan-kembali-lagi-aku-masih-di-sini.html

    salam aidilfitri yang makin hampir.

    ReplyDelete
  9. takziah.....
    al-fatihah utk arwah adk ni

    ReplyDelete

Post a Comment