Tuesday, June 09, 2009

From Adibah Nor to Paris Hilton [Pendedahan Berani Mati]

neo si gemuk VS neo si millenium
oit, guna botox kah?


"Orang gemuk masuk swimming pool,
Dulu aku gemuk gedempool."

Jangan buat spekulasi. Ini adalah realiti. Jangan kata aku tak pernah kena keji, kutuk, hina sebab fizikal aku yang kembang. Ya, aku pernah rasa.Tapi itu dulu, masa zaman sekolah. Sifat rendah diri menebal membuatkan aku rasa lebih senang bersendirian. Ya, aku gemuk. Tak secantik dan sepopular orang lain. Kalau fofuler pon, fofuler sebab kegemukan aku. Haih.




Dari 62.5 kilo, berat badan susut menjadi 45.5 kilo sekarang. Jangan tanya aku macamana aku boleh kurus. Aku takde jawapan. Dulu, mak aku marah aku sebab aku tak jaga makan, sampai overweight. Sekarang mak aku marah sebab aku kurus. Haih.


Jangan ingat orang gemuk happy bila kena "puji". Jangan ingat orang gemuk happy bila kena "perli". Jangan ingat orang gemuk takde perasaan macam orang lain. Aku pernah rasa, aku faham. Bila tengok orang gemuk selalu kena perli, aku rase aku ditempat orang tu. Selalunya, bila seseorang yang bersaiz XXXXL baru lepas diperli, mereka akan ketawa dan bangga diri, sebenarnya deep inside they are not.



Akibat tension,aku telah :
  • Makan nasik separuh senduk setiap hari.*dah biasa sampai sekarang*
  • Gatah lauk gila banyak. *kene cover kalau pegi rumah orang*
  • Minum air teh slim. *cirit birit tah lepas tu,susah nak gerak g mane-mane asyik cari toilet jer*
  • Jumpa serbuk pelawas yang berwarna hijau lumut. *telan secara terpaksa*
  • Heh, aku rase tu je kot. Lepas tu aku tak buat dah. *seksa nak mampus*


 

Designed by Alieff Artwork