Tuesday, June 02, 2009

Kakak aku gagal didik anak.

Takkan nak bunuh 2 nyawa disebabkan sepasang kasut bernilai RM59.90?

***


Anak-anak sis aku berani makan kasut aku?Kalau mati keracunan,padan muka kau.

Mak : Ena, budak-budak mengaji malam tadi buat hal.
Aku : Apesal?Kalau diorang buat hal mak bagitau je ena, biar ena belasah diorang.
Mak : Habis kasut ko diorang buat main.Diorang bagi rebit ain makan kasut ko.
Aku : Zzzzz!*meluru ke sangkar rebit dan selepas itu, lepas geram jap (mencarut dalam hati)

Berlobang-lobang kasut aku. Aku betul-betul geram dengan anak belaan sis aku. Kalau dah hidup tu dijadikan makan sayur-sayuran, makanla lobak air ke, kangkung ke, bayam ke. Ni tapak kasut jugak dia nak balun.

Lepas aku dapat tau kejadian yang menimpa kasut tu, aku terus ke sangkar haiwan belaan tu untuk cubaan membunuh. Tapi binatang tu jerit and keluarkan gigi dia yang tajam tu. Nasib aku sempat mengelak.Berani melawan??!Saspen betul.



Cubaan membunuh yang gagal.

P/s : haiwan itu bersalah ke tak bersalah sebenarnye? aku pun kompius.
P/s/s : kasut tu baru sekali seumur hidup aku pakai. mane aku tak hangin.

Ikhlas dari kepala ke lutut, neo si lampu neon.
 

Designed by Alieff Artwork