Wednesday, January 13, 2010

Aku Malu Kena Hentam Berblog Dalam Bahasa English aka. Omputih!



Blog Suami Mithali Ferk ni tiba-tiba ada sebut pasal dilema. Dilema nak berblog dalam bahasa english atau melayu. Memang kita patut berbangga dengan bahasa ibunda kita, maklumlah bahasa kan jiwa bangsa. Tapi kalau nak berblog dalam english pun takde masalah sebenarnya.Yang penting kita kawal penggunaan bahasa kita, contohnya macam Blog Suami Mithali Aj. Nismihan. Kedua-dua bahasa yang digunakan sedap, senang difahami dan boleh dibanggakan.

Korang perasan tak, dah tiga bulan aku guna sistem English week dan Minggu Bahasa dalam blog picisan ni. Setakat ini semua penulisan dalam keadaan terkawal dan rasanya sistem ini perlu dikekalkan bagi  tujuan untuk mendisplin diri. Pedulikan kata-kata orang yang menganjing.. " Ala, bajet nak cakap omputih tapi berhabuk, grammar lapuk, ayat budak darjah satu boleh buat! " Ye, aku tak kesah. Sebab bapak aku pernah cakap, " English is not our mother tongue ".

Takut kena hentam. Aku pernah kena hentam sebab berblog dalam english la.Tak percaya, kau tengok sendiri kat sini. Namun, disebalik teguran daripada anonymous, daripada rasa malu aku terus jadi bersyukur. Sebab kalau anonymous tu tak tegur pasal grammar yang macam tahi tu, sampai bila-bila aku tak berubah.
Anonymous said...

U know what is your MAIN problem? The real issue is not about your broken grammar but your attitude. You just don't want people to criticize you. You just don't want to admit that 'yes, i did some mistakes and it was because i was not really good in English so please criticize me so that i can improve my English skill from time to time'. I've read your post... These are your excuses for your poor English: 1)penat weh..tu sebab aku buat quick post and blah jer..aduihh.. 2)It’s just a little bit of grammar errors and spelling which I know, but I AM SO LAZY TO CHECK AND CORRECT IT OUT.

Kalau post blog time tgh penat, memang akan wat byk grammatical errors eh? Apa punya excuse ni? Naper takleh admit je kalau awak tgh tak penat pun, kalau awak check pun, awak takleh detect mana kesalahan awak? Kalau betul nak belajar English, berani la ngaku wat silap. Takyah melenting bila org tegur. Bukan org condemn pun. Orang kritik tu supaya awak lebih aware. Tengok dari sudut positif la. Itu je... Keep on blogging.. Don't stop writing in English and when people correct you, don't get mad. Thank you. (i know what your friends will say about this comment...like usual, they will say that I'm wrong. Keep on jaga hati you and biarkan you di takuk yang lama.. Ingat,real friends akan berani beritahu benda yg benar wpun pahit).

Senang cerita korang boleh bandingkan entri english sebelum dan selepas ditegur. Nampak banyak perbezaan setelah ditegur dan dihentam. Terima kasih anonymous, aku tak lupa jasa kau walaupun ko macam tahi jer tegur aku dulu.Aku panggil ko tahi sebab aku nyaris putus asa dengan english aku bila ko komen macam tu dowh. Ada juga komen yang lagi teruk dari tu, tapi aku dah delete sebab masa tu aku emo, hehe.Oklah peace bai-bai, itu cerita lama.
 

Designed by Alieff Artwork