Assalamualaikum,
Moga kita ni tidak tergolong dalam golongan fasik. Mari sama sama berubah, bertaubat, dan ubah diri kita, hindarkan perkara larangan Allah swt...
Maksud Fasik : Orang fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berkekalan.
Fasik boleh dibahagikan 3 peringkat:
- Peringkat pertama: Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalah dan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.
- Peringkat kedua:melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
- Peringkat ketiga: Melakukan maksiat atau dosa besar did dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.
Kita ni ada timing kita masing masing. Ada waktu kita bersikap pelik dan ada waktu kita nampak seperti orang normal. Manusia ni hakikatnya cerdik dalam menipu dan menyorok imej sebenar.
Contoh la kan, bila kita kenal seseorang tu luaran, kita nampak dia ni good good je. Sempurna je pada mata kita. (contoh je k,) Tapi bila kita tanya orang yang rapat dengan dia, sedara mara dia, rupanya dia ni ada amalkan ilmu hitam la, tak senonoh dan sebagainya. (ni contoh je)
Apa yang saya nak maksudkan kat sini, jangan kita fikir kita tengok orang tu baik, comel segala segi, bercakap lembut bagai, kita ingat dia memang macam tu. Tapi sebaliknya hanya Allah je yang tahu macam mana perangai sebenar kita kan ?
Orang yang dah berpuluh puluh tahun kahwin pun, belum tentu kenal 100% akan perangai suami isteri mereka..
Kita ni pulak sebagai manusia dan juga hamba Allah, jangan lah dok buat perkara perkara dosa / pelik / tak dibuat orang dan benda yang Allah larang lagi murka. Nak ke kita digelar sebagai orang fasik ?
Contohnya :
- sopan santun dekat sahabat handai tapi kat mak bapak dan adik beradik sendiri mulut celupar gila..tak hormat, derhaka pada ibu ayah
- nampak baik baik dan pembersih padahal kat rumah sendiri barang berterabur dan suka simpan sampah sampai berkulat kulat, suka duduk bergeluman dalam tempat kotor
- kerja efisyen solat tak tinggal, tapi suka mengumpat hal orang dan suka gosip artis, suka sebarkan cerita fitnah dan khabar angin tak betul
- jaga penampilan, bertudung labuh memakai kopiah, selalu pergi masjid, tapi buat perkara songsang dan sumbang mahram
Kita ni hidup pun kena memilih kawan tau. Bukan sebab kita ni berbeza pangkat/darjat/harta ke...tapi kita kena pilih sahabat yang baik, yang mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Elakkan dari berkawan rapat dengan manusia manusia pelik sebab takut kita pulak terjebak dan melakukan perkara dosa bersama.
Bercakap pasal hidayah ni, saya teringat ustaz di IKIM FM pepagi buta pukul 6.35pagi tu kan, ustaz tu kata :
Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakinya sahaja.
lalu orang fasik ni bercakap : Kalau Allah hanya pilih orang untuk bagi hidayah, Allah tak bagi pada aku, jadi aku kekal saja lah begini, sebab Allah tak bagi hidayah pada aku.
Allah hanya memberi hidayah pada hambanya yang mencari jalan kebenaran. Allah tidak memberi hidayah kepada hambanya yang mencari jalan kesesatan. Pintu hidayah dan rahmat Allah sentiasa terbuka buat semua hamba hambanya...Allah itu maha pengasih dan penyayang !
so clear ? takde Alasan bagi orang orang yang fasik (hamba yang membuat perkara larangan allah) untuk tidak menerima hidayah. kerana mereka telah memilih jalan kesesatan yang nyata.
Sekian,
minta maaf kalau ada salah silap, yang baik semua datang dari Allah swt, yang buruk datang dari saya sendiri...
Akulu qauli haza, wa astaghfirullah alazim li wala kum, wabila hitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi waba rokatuh.
Comments
Post a Comment