Erti Persahabatan.




Sahabat,

Kalau suka marilah kita kekalkan ukhuwah hingga ke Akhirat dan sama sama menuju ke jalan yang lurus.

Sahabat,

Kalau tak suka, pergilah menjauh dan jangan pula mendatangkan kerosakan pada aku.

Sahabat, 

Kalau berkenan, janganlah memuji tetapi marilah kita sama sama berusaha jadi yang terbaik.

Sahabat,

Kalau tak berkenan, tegurlah kesilapanku dan jangan pula mengumpat ku di belakang.

Sahabat, 

Kalau sekepala, marilah kita kekalkan persahabatan sehingga membawa kecermelangan dan kebahagiaan.

Sahabat, 

Kalau tak sekepala, tak perlulah rapat sangat tapi kita masih bersaudara dan saling memerlukan.

Sahabat,

Disaat kau susah, aku akan cuba sedaya upaya membantu mu...dan maafkan aku jika aku tidak daya membantu mu...

Sahabat, 

Disaat aku susah dan perlukan bantuanmu bantulah aku...dan aku maafkan kamu jika kamu tidak daya membantu ku...

Sahabat,

Dikala timbul rasa cemburu padaku, maafkanlah aku, aku tidak berniat begitu...

Sahabat,

Dikala aku mencemburuimu, maafkanlah aku kerana aku juga tidak terniat begitu..

Sahabat

Jika aku terlanjur berbuat salah, maafkanlah aku dan janganlah berdendam...

Sahabat

Jika kamu berbuat salah, aku juga sedia memaafkan kamu dan tidak berdendam...



Kawan, sahabat, bff, geng, crew, buddy, boipren, gepren, my fren your fren, jiran, suami, isteri semua tu termasuk la dalam kategori "sahabat". 

Apa hidup ni perlu sangat ke ramai kawan ? Takde la...bagi saya kawan tak ramai pun takpe, asalkan ada kawan yang betul betul bernilai dan berkualiti gitu. Ahaaa !

Bernilai, berkualiti camne ? Haa macam saya tulis kat atas tu ha...ok bai. ! Salam romadon !

#aku tengok fenomena "amran fans" ni mula viral di facebook.mula mula aku nak tergelak jugak pasal lawak lawak amran ni, tapi bila aku tengok lawak dan sindirian dia agak melampau, dan komen komen peminat pulak lucah lucah, aku dah dislike habis dah. harap aku tak nampak lagi page camni menyemakkan facebook feeds. chow.

Akulu qauli haza waastaghfirullaalazim li walakum wabila hitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.






Comments