Pages

Tuesday, June 24, 2014

Tolong Belasah Anak Saya ni...!

Assalamualaikum ini saya nak cakap sikit tentang isu rotan.




Ibu bapa jangan risau sangat tentang anak kena rotan. Didik anak elok elok di rumah..kemudian terserah pada cikgu  untuk didik anak anak. Tawakal pada Allah...Cikgu bukan rotan sebab benci, cikgu rotan sebab sayang. Nak bagi jadi manusia baik baik. Tak pernah pula saya dengar anak murid mati ditangan guru sekolah. Tapi sebagai cikgu, elakkan merotan...kalau dah terpaksa rotan niat lah dengan kasih sayang...bukan sebab benci. 

Saya faham, kalau nak bercakap pasal anak, saya sendiri takde anak lagi macam mana nak faham ? InsyaAllah sebagai guru saya cuba letakkan diri saya sebagai mak atau ayah kepada anak murid itu sendiri. Sayang, tapi kena didik murid jadi manusia.

Ada seorang bapa di sekolah saya ni, pernah bagitahu cikgu kat sini " Hah, belasah je anak saya ni. rotan dia cukup cukup kalau dia nakal " 

Dan masa ambil buku rekod saya pula bagitahu macam ni " Ohh saya suka dengan anak pakcik, dia comel dan baik tapi dialah yang paling selalu kena rotan dengan saya hahaha " 

Ayah dia senyum je weh. Sebab dia tahu dan dia kenal anak dia macam mana. Dia percaya pada cikgu dan serah pada cikgu untuk didik anak di sekolah.

Buat semua cikgu, sabarlah dalam mendidik. kalau terlanjur tindakan, moga muhasabah diri balik. Budak budak memang tak bersalah dan mereka itu ahli syurga. Mereka tak kenal dunia lagi...macam kita dulu pun nakal jugak kan. So jom kita sama sama didik hati supaya sabar dengan kerenah murid :-)





 

Designed by Alieff Artwork