Manusia dan Topengnya...

Sementara menulis entry ni, tajuk dibiar kosong. Entah tak tahu nak tulis tajuk apa ? Sebenarnya terbangun awal pagi 12.03 am dan terasa sangat fresh. Nak cerita sikit tentang perihal manusia yang boleh bermuka muka dan boleh memakai banyak topeng !




U olss rasa uolls boleh menilai seseorang dari face to face ? Dari social network ? Dari penulisannya di blog ? Sejauh mana kita boleh menilai seseorang tu ? Sedangkan mak ayah kita sendiri pun belum tentu tahu menilai perangai anak dia, inikan orang luar ? Jangan terlalu cepat menilai seseorang...

Saya bercakap tentang manusia. Maknanya perkara ni termasuk diri saya sendiri. Kadang kadang orang terlalu cepat menilai. Bila kita keluarkan sesuatu statement, kata kata atau tindakan bukan mudah nak berundur balik. Sepatah kata yang salah mungkin membawa penilaian buruk bagi orang yang mendengar dan melihat..

Manusia, alangkah angkuh nya. Bercakap besar tentang diri sendiri, dan bersifat memperkecil kecil kan orang lain. Allah ! Kenapa sifat manusia macam ni ? Secara sedar dan secara tidak sedar kita melakukannya baik sengaja atau tidak. Allah maafkanlah kami !

Manusia, sungguh sombong...melanggar perintah Allah dan dibangga bangga kan pula. Disebarkan pula, diberitahu satu kampung pula. Sudahlah tak mahu ikut peraturan Allah, terasa bahagia pula di hati. Bongkak. Bercakap besar. Walaupun sebesar zarah orang tak nampak betapa bongkak nya kita ini, tetapi dalam hati siapa tahu ? Sekelumit rasa riak, takbur Allah maha teliti dan maha mengetahui ! Betapa rapuhnya hati.

Manusia, yang berhati jahat. Yang suka tengok orang lain sakit, suka tengok orang lain susah, suka tengok orang lain jatuh ! Busuknya hati makhluk bergelar manusia...Moga Allah sentiasa beri hidayah kepada kita semua untuk menjadi kalangan manusia yang beriman...

Tidaklah Allah kejam pada hambanya kerana kita diciptakan lemah. Walau timbul rasa gembira dan bangga atas pencapaian kita yang terlampau kecil, tak terbanding dengan kurnia dan kuasa Allah...Manusia maha hina dengan sekelumit penghargaan dan pujian dari kalangan manusia... Mendapat yang sedikit, tapi dipandang disanjungkah kita di pandangan Allah ?

Hati manusia, begitu rapuh dengan bisikan syaitan. Walau tidak berniat jahat, terkadang ada yang membisik bisik. Ucapkanlah Astagfirullahalazim...Allah maha mengetahui setiap sesuatu, ada kalanya bukan kita niat untuk buat, tapi bisikan Syaitan itu terlampau kuat. Moga dikuatkan iman...

Terimalah hakikat bahawa manusia menilai manusia lain dari pakaiannya, dari bahasa percakapannya, dari pergerakannya, dari pekerjaan dan hasil kerjanya. Terimalah hakikat itu. Janganlah cakap : jangan nilai aku sebab aku pakai macam ni dan cakap macam ni. korang tak kenal aku, tak berada dalam situasi aku. Ya...memang manusia takkan faham kerana hanya Allah swt je yang tahu..Dan ada manusia cakap macam ni : aku nak buat apa aku punya suka, asalkan aku cari duit halal. aku tak mencuri hak orang..(sedangkan bekerja yang terdedah dari perkara maksiat dan melakukan dosa.. tak perlulah saya sebut skop apa pekerjaan kamu tu) Katakanlah susah nak mencari kerja dan susah nak cari makan, tapi Allah maha tahu usaha kamu untuk berubah dan mencari Redhanya...Terimalah hakikat, bila orang bercakap perkara perkara baik, membuat perkara yang baik tak semestinya manusia itu sempurna, atau tak semestinya manusia tu benar. Mungkin sahaja riak dan saja menunjuk nunjuk. Tapi tak perlulah bersangka buruk, bersangka baik lagi dapat pahala..Biar sahaja Allah tentukan dosa pahalanya. Tak perlu kita menjadi tuhan.

Dan bagi manusia yang sedang melalui fasa fasa perubahan, doakanlah moga sentiasa istiqamah. Jangan cemburu melihat manusia lain yang ingin berubah. Jangan cemburu dan terdetik niat buruk dalam hati apabila melihat orang lain membuat amal atau kebaikan. Beri dorongan dan doakan. Perubahan bukan boleh dibuat dalam sekelip mata, bukan dalam satu hari. Yang penting keazaman towards perubahan tu. Allah akan permudahkan perkara perkara yang baik bukan ? :)






#$%^&*( iklan sekejap, best pulak aku dok berceramah sakan pepagi buta ni. hahah. itulah fungsi blog, bila tiada siapa yang nak dengar kau membebel, blog akan jadi satu medium terhebat. Macam portal la, antara ko dengan makhluk pembaca sekalian. Mungkin diorang faham 100% apa yang ko sampaikan, dan mungkina da yang hanya 5% faham. Sebagai penulis blog, kefahaman sendiri lebih penting dari kefahaman orang lain sebab..nak salahkan siapa interpretasi dan terjemahan otak tu berbeza. Allah jadikan begitu huhu. 

Oklah, secara ringkasnya...korang ringkaskan sendiri. Saya nak pergi buat benda lain pulak...Hehehe...so korang dah dapat menilai siapa diri saya ? Ahhh tak payah lah..sangkaan korang meleset ! Sebab saya banyak menipu ja...hanya Allah je tahu dan boleh menilai diri saya...mak saya pun kadang kadang tak paham dengan sikap anak dia yang keempat ni. Lain dari lain. Haha...

oh sungguh banyak daku membebel. 
assalamualaikum !



Comments