Hello, Capcicum Tree !

Assalamualaikum..

 cantik kan

 yemmah !


Pokok capcicum lah ni. 

Tak caya kan saya tanam ? Kata orang susah nak tanam capcicum dengan cuaca kuala lumpur yang panas terik ni. Pokok ni saya semai banyak betul...saya ada banyak tau...kalau ada siapa minat nak satu, boleh datang rumah ambil. Free je :) Saya letakkan pokok ni kat bawah rimbunan pokok markisar..jadi tempat tu teduh sebenarnya...selalu siram dia,insyaAllah berbunga cepat dan berbuah...Setakat ni saya cuma dapat harvest capcicum yang size kecil je..dia tak sempat jadi besar dah gugur. Entah kenapa...:-)



sick bay

tanaman yang sakit tenat

pokok timun yang ada banyak daun tinggal tangkai je...tapi masih lagi bernyawa,
ibarat hidup segan mati tak mahu


Sick bay.

Ingat tak kat sekolah dulu kita da sick bay. Kalau kita sakit je, cikgu akan bawak kita kat sick bay kan..duduk sampai kita sihat. Haaa...tu lah dia...ni semua tanaman tanaman yang tak sihat. Kenapa ? Kena serang kumbang, kena makan dengan siput...ulang bulu dah ngap sampai takde daun dah pokok saya ni....so kat bahagian ni saya akan bagi perhatian lebih sikit...siram selalu, jenguk selalu, bercakap dengan diorang pun selalu...hehe..get well soon my plants !

bye bye !


Comments