Golongan Manusia Yang Menzalimi Diri Sendiri !

Saya pantang betul.
Memang pantang.
Pantang gila. 



Kalau tersedut asap rokok, memang muka saya tak boleh nak control. Bukan asap rokok je, even kalau bercakap dengan orang yang merokok, saya akan rasa tak sedap duduk sebab bau mulut perokok yang busuk dan sangat tak menyenangkan. (sorry to say, its so true but hurtful for guys who smoking)



Saya pelik. Sungguh pelik, bukankah alim ulama telah melabel bahawa hisap rokok tu haram ? Haram tu berdosa. Haram tu macam makan Cadbury. Haram tu melanggar syariat Islam. Haram tu melanggar arahan Allah swt. Tapi yang peliknya walaupun haram, makin galak kita hisap rokok sebab kita tau takde kandungan babi dalam tu. Kalau ada DNA babi baru terhegeh hegeh semua orang nak berhenti merokok. Adakah babi sahaja yang haram ?




Apa yang bodohnya ? Sementara tunggu turn nak bayar Oreo dan Ais Krim Vanilla, di kaunter berderet susun rokok unutk dijual. Yang jelasnya seperti kotak kotak mengutip derma sebab kotak rokok dibalut dengan gambar kanak kanak yang sakit parah, berdarah darah. AMARAN : ROKOK bahaya untuk kesihatan. 

Kemudian, ada juga manusia yang berbunyi begini. Hisap rokok ke tidak ke, mati sama juga. Ada orang isap rokok dari muda, mati umur 60 tahun jugak. Takde masalah lah hisap rokok. You its not about you get sick or what, its harom harom harom. Same like you drink a glass of swine. (swine and wine) Sama kan ? Oh, dan ada juga manusia berbunyi begini : Eh, rokok tu lain. Kami ni hisap shisha, shisha bukan macam rokok. saya tengok shisha ke rokok ke sama je. 

Apa bodoh sangat manusia ni, kalau dah tahu memudaratkan, kenapa mesti jual lagi. Manusia...betul lah Allah pesan dalam kalamnya berbunyi : Allah tak memudaratkan hambanya, tetapi hambanya sendiri yang memudaratkan dan membinasakan diri sendiri...Allah, nanti menjawablah kat akhirat...jangan kata orang tak tegur. Jangan menyesal atas perbuatan sendiri. 

Firman Allah : Sungguh, Allah amat sayang akan hambanya. Allah sangat murka jika hambanya bunuh diri.

Firman Allah: “Dan janganlah kamu melemparkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam kebinasaan.” Satu hadis Nabi yang diriwayatkan Malik, Al Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah: “Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” Dalam hadis lain, diriwayatkan Ahmad, Abu Daud dan Ummu Salamah, Rasulullah melarang umat Islam mengambil sesuatu yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir). Berdasarkan hadis di atas, umat Islam dilarang membuat sesuatu yang merosakkan dan memudaratkan tubuh sehingga berlaku penyakit. 

Ya Allah, moga kau kuatkanlah kalangan ahli keluarga ku untuk tidak merokok. Tu adik yang remaja sorang tu berkali kali dah saya pesan tetang perkara ni. Penat dah berbuih cakap. Moga Allah kuatkan hati dan semangat mereka untuk berhenti merokok...

Assalamualaikum.

My bottle of hope : "Don't limit yourself. Many people limit themselves to what they think they can do. You can go as far as your mind lets you. What you believe, remember you can achieve."




Comments