Umrah : Pertama kali & Pengalaman yang begitu berharga.


Assalamualaikum...

Baru sahaja touch down 24 jam yang lepas...belum lagi ada kudrat untuk buat entry yang panjang lebar tentang pengalaman pergi Umrah Ziarah dengan Travel & Tours Andalusia...huhu...tapi dengan battery yang dah malap ni...ku teruskan jua agar takde yang terlupa nak cerita nanti...


gambar yang boleh dikongsikan buat masa ni...huhu :)
nanti yang lain lain saya akan cerita later..

sedekat dekatnya kaabah itu dengan saya...alhamdulillah macam tak percaya masa pegang kaabah...
pi tawaf sorang sorang memang mencabar betull...kena lenyek sampai jadi kentang lenyek dengan lautan manusia.. (gambar ni masa kat MEKAH)
  
(gambar ni masa kat Masjid Nabawi, MADINAH) saya dan insyirah duduk depan pintu masuk masjid nabawi...sayu sangat kat masjid ni sebab ada makam Rasulullah s.a.w...setiap kali solat mesti nak nangis je rasa...



Alhamdulillah, Allah jemput kami semua untuk jadi tetamunya pada 15 march 2014 yang lalu. Sebelum sebelum tu memang tak berapa nak plan untuk pergi umrah tapi memang niat kat hati ni mmg nak pi...sebab tu saya gigih pulun bisnes..kumpul duit sikit sikit untuk join family nak pi sana...dalam vacation boleh beribadah sekali kan...

Tanya diri sendiri, kalau tempat tempat peranginan yang lain boleh spend duit kenapa tidak pergi Mekah ? Tanya diri sendiri lagi kalau benda benda lain boleh kita kumpul duit pulun habis untuk beli, tak pun habis kena tipu duit or kena kikis tapi kenapa dalam ibadah kita tak boleh nak spend sikit. (ni cuma selingan je laa...)

Alhamdulillah...sampai masanya kami semua pun seramai 9 orang (7 dewasa dan 2 baby) telah pun tekad nak pergi umrah sama - sama. Semua tu termasuklah mak , abah, along, angah, kakak ipar, 2 orang anak buah, mijat dan saya...

Pakej Umrah Ziarah 15 hari RM5600.00 (14 hari 11 malam)
- kalau ada baby cuma bayar 10% je...kalau umur 2tahun ke atas kena bayar 80%


Ok bagi siapa yang first time nak pergi. Apa yang korang perlu tahu dan apa yang korang perlu ada ?

- pergi kursus UMRAH, bukan sekali dua tapi berkali kali sampai korang faham...(Andalusia sediakan kursus percuma dan lengkap) Kursus umrah yang lain pun kebanyakkan percuma tapi tgk content gak kadang kadang content kurang.

- tanya orang kalau tak faham macam mana nak buat umrah
- umrah tu senang je...lengkapkan 7 kali tawaf, kemudian buat saie (dari marwah ke safa), kemudian bertahalul (cukur rambut)

- senang tu memang senang tapi banyak pantang larang dan syarat nya sebab kalau tak ikut pantang larang dan syarat yang ditetapkan oleh Allah swt...korang kena bayar DAM (standbys duit rial banyak banyak - untuk shopping or terkena bayar dam)

- bagi perempuan yang nak pergi umrah,  sila sediakan sekurang kurangnya 2-3 telekung. Tak perlu bawak kain. Bawak telekung nya saja..kat sana sentiasa pakai jubah dan socks...

- bagi lelaki yang nak pergi umrah, sila bawak 2-3 kain ihram...sebab once korang dah guna untuk umrah, kain tu akan jadi berbau...sebab kat sana akan bergosok gesek dengan pelbagai jenis manusia...

- jangan lupa bawak first aid kit. semua ubat ubatan yang diperlukan. sebab kat sana bukan tak boleh beli..kot mahal ke or tak sesuai ke dengan kita...kot kita tak paham baca dan arahan ubat tu ke..so better sediakan ubat dari Malaysia ok...

- sila bawak banyak tisu !!!! tisu packet packet tu memang penting. Kami beli sampai 5 packet besar sampai Malaysia semua dah nak habis...sebab banyak benda leh guna dengan tisu ni. (kami majoriti selsema dan batuk kahak akibat debu dan pasir kuat di egypt, dan di mekah..bukan sebab apa pun..ada construction MEGA kat mekah...berjerebu lorr)

- pakaian apa yan korang kena bawak ? sila bawak jubah jer senang. outfit kita most of the time akan pakai telekung, jubah, handsocks, socks. So stokin kena bawak dalam 6 pasang, handsock dalam 3 pasang, jubah dalam 4-5 pasang. Baju tidur bawak la dalam 2 pasang cukup. 

- sepasang kasut nak pakai jalan-jalan satu, lagi satu sila bawak selipar yang sarung terus...senang pakai kat masjid. 

- sila bawak karung kasut sebab kat mana mana tempat pun korang pergi Mekah or Madinah kejadian hilang selipar mmg perkara biasa. Selipar korang susun elok ke, simpan elok ke...memang zupppp hilang. Jadi sampi je kat masjid, sila masukkan selipar dalam karung dan bawak je sekali dalam masjid...

- bawak la mask tutup diung tu..sila pakai time nak keluar hotel sebab banyak jerebu..dan debuuuuuuuuuu...tapi ingat tau masa tawaf tak leh tutup mulut nnt tak sah dan kena bayar dam pulak hehehe...pakai masa luar ibadat je.

- sila tukar duit yang kecil kecil untuk korang sedekah sedekah nanti. Nak sedekah kat ramai orang nnt takde duit kecil pulak. macam saya haritu saya tukar duit rm1 dalam 50-100 keping..

- barang barang mandian. sabun, shampoo, ubat gigi, berus gigi, selipar untuk toilet, gunting, benang jarum, bagi perempuan pads, dan pantyliners.

Ok camne dengan talian telepon ? Mana nak dapatkan simcard arab ?

- nanti tanya terus pada travel agent mana nak beli. sebab selalunya diorang dah siapkan dan pesan suruh beli dalam 20 rial dan 30 rial...boleh pakai kat mana mana negeri dalam arab saudi. dont worry sampai kat malaysia pun masih boleh guna number tu cuma roaming dan cas tinggi jer. hehe...

- macam kami haritu beli 30 rial sim card baru arab...memang perlu..sorang satu..sebab kena update selalu tanya kat mana dan apa dan jadual bagai...kadang kadanga kena call ustaz or mutawif nak tanya benda yang tak pasti...

- internet ada kat hotel...so kalau nak berinternet boleh ke lobby hotel...hehe...kalau nak internet kat telepon kena bayar lebih sikit mcm abang saya guna 40 rial ada internet sekali...

Ok bagi siapa yang nak bawak anak. Bayi atau kanak kanak dah besar. Apa yang korang perlu ready kan ?

- Stroller. Ni wajib, dan penting sangat sangat. Stroller yang ringan dan tahan lasak. Jangan bawak stroller yang berat berat ye. Kat sana orang ramai dan sesak..jalan pulak berdeguk deguk...tak rata..Lepas tu akan travel ke sana sini, transit kapal terbang sana sini, Perlukan stroller yang kecik, ringan dan tahan lasak. 

- pampers sebanyak 2 papan besar tu. Kalau kami pergi haritu 15 hari...jadi 2 papan pampers besar tu boleh tahan laaa sampai balik Malaysia ada belen sikit lagi. 

- get ready baby-kit di mana sahaja anda berada. di sana di sini, di kapal terbang, di masjid , di hotel dan di amna mana sahaja. Bag baby kit termasuklah (barangan nak buat susu, termos, wet tissue, pampers, napkin, permainan untuk kanak-kanak, buku cerita ke biskut ke apa ke) 

- yang makanan dan permainan baby tu get ready je la sebab nanti nak buat ibadah, sambil kita solat tu boleh bagi diorang duduk baca buku ke. 

- sila bawak tali yang macam harnes tu pon boleh. macam kami haritu bawak potong kain felt yang lebut tu buat tali. Masa nak solat kami ikat arif dan isnyirah kat tangan...dan solat cam biasa. so bila dorang jalan jalan diorang masih dalam kawalan parents. 

- sediakan gula gula untuk anak korang incase nanti naik kapal terbang telinga sakit or apa apa k. 

- yang ni penting ni !! bagi yang bawak bayi...stroller tak dibernarkan masuk buat tawaf ok manusia sekalian. kalau korang terjah pakai stroller gak korang kena halau sbb diorang suruh tolak budak pakai wheelchair...so sila bawak carrier yang cam karung sangkut kat badan tu jer...itupun korang hanya leh bawak anak pergi tawaf jika dorang dah sunat dan dalam keadaan bersih tak bernajis. Anyway kalau nak bawak jugak korang kena pakai wheelchair yang disewa kat hotel ada kat mekah pon ada. Kat mekah tu mahal tu dalam 100 rial sekali pakai. Sewa terus dari hotel korang ye. boleh guna berkali-kali sampai balik.


Ok makanan perlu ke bawak banyak banyak ? Nak standby makanan apa ???

- tak payah bawak makanan banyak banyak ! meggi pun tak sempat der nak makan. Kalau sempat pun maybe se cup - dua je. 

- banyak makanan ringan yang senang di beli di mekah dan madinah. murah pulak tu. !!!

- masa saya pergi haritu, kami standby sebungkus besar serunding daging, biskut biskut kalau lapar nak makan, dan keropok makan makan sambil tunggu naik flight. tu je laaa...

- haaa !! jalan lupa bawak gula gula berangin..seperti menthos ke, hacks ke...yang ni penting niii sebab mostly akan rasa tak selesa pada hidung dan tekak sepanjang perjalanan or dengan perubahan cuaca nanti. Alhamdulillah haritu mmg boraong banyak menthos dan dapat bertahan sampai balik Malaysia...hehehe...semua orang perlukan lak tu. 

- anyway pasal makan jangan risau...sbb makanan dalam flight dah disediakan...sepanjang perjalanan asyik makan jer....alhamdulillah...

- masa kat mekah dan madinah pun selepas waktu solat memanga da makanan...so 5 kali sehari woooo...kenyang dan tak pernah berlapar

- mostly makanan yang disediakan kat sana masakan orang indonesia...jadi kalau rasa nak cuba selera arab..pergi je turun hotel sat..berlambak lambak kedai makanan arab...kebab ke kudu, ke banyak laa fast food diorang yang sedap sedap dan murah jer...


Ok duit pulak nak bawak banyak mana, nak tuar berapa rial ? nak tukar berapa US dollar ?

- kalau niat tak nak shopping standby jer 200 rial...untuk beli jajan or incase kena bayar dam...or nak sewa wheelchair ke apa nanti...

- masa tu saya tukar 300 ringgit je...tapi saya bawak extra MYR cash sbb mmg niat nak beli belah sikit. huhu...kalau nak shopping bawak laaa MYR lebih sikit...dan simpan elok elok. 

- yang ni penting bagi yang tak nak bawak cash masa jalan jalan. korang ada maybank dan cimb card kan..atau mana mana bank card kan ? sila activate international punya service kat bank terdekat...so nanti kalau nak guna duit kat mekah or madinah boleh cucuk duit kat ATM sana tapi kena charged sekali cucuk rm12 macam tu..hehehe :)

Ok bab shopping mopping pulak. Kat mana nak shopping murah ? Kat mana nak dapatkan barang best best ???

- bagi saya, never ever ever spend so much dekat MADINAH. sila simpan duit korang dan shopping saja kat KOTA MEKAH. (ni sebab dah terkena, so kena bgitau semua) hohoho

- mmg orang kata nnt sampai kat mekah malas nak shopping sebab nak buat umrah, tapi trust me, insyaAllah ada masa sedikit untuk shopping...sebab kat MEKAH WAY TOOOOOOO CHEAP berbanding madinah. 

- so jangan beli jubah kat madinah, jgn beli souvenir kat MADINAH. sila beli kat kota mekah....jubah kat madinah harga rm120 ke atas...kat mekah boleh dapat rm15/rm50/rm90 tgk tgk kualiti sama je dengan jubah madinah hahahaha...


Alhamdulillah, selesai rasanya apa yang perlu dikongsi untuk yang berniat nak pergi umrah tu..insyaAllah moga moga Allah murahkan rezeki dan berkatkan rezeki kita semua untuk menunaikan umrah...dan juga HAJI (haji itu yang wajib) Kenapa nak pergi umrah, umrah tu sunat je ? Sebab pergi umrah la dapat mendidik hati kita...membuka minda kita, menyucikan jiwa dan hati yang rosak...dan sebagai ilmu dan persiapan sebelum pergi ke HAJI...


Ingat satu ni pesan ustaz...kita jangan setakat pergi umrah dan haji je baru nak berubah...kita perlu jadi HAJI SEBELUM PERGI HAJI...jadi HAJAH SEBELUM JADI HAJAH....dalam maksudnya tu kan...jadi sama sama jadikan sebagai renungan dan peringatan...

ohya dipenghujung entry kenalah promote andalusia sikit...ya :) cuma click saja link ni  untuk tahu lebih lanjut tentang pakej umrah dan haji :) http://andalusia2u.com/


Psst nanti kita sambung lagi ye...baru rehat sehari...esok dah nak kembali kerja seperti biasa...kembali kepada hakikatnya saya seorang guru....jadi kena bangun awal esok ! No more holiday...kena focus kepada kerja pulak...dan insyaAllah moga Allah tetapkan hati untuk istiqamah dalam mencari redha Allah :) 

Assalamualaikum ! sayang semua...







Comments