Assalamualaikum !
  
  
 
Waktu, solat boleh tak kita tutup mata ? Sepatutnya mata kita kena pandang arah kiblat kan ? Kalau kita rasa terganggu dan nak kusyuk..boleh tak tutup mata waktu solat ? Apa hukumnya ? :)
 jawapan dari video ustaz azhar idrus.
 
kata ustaz, sunat dapat pahala bila solat buka mata. tapi kalau dengan tutup mata tu lagi kusyuk, jadi dibenarkan tutup mata. 
jawapan dari blog. : www.zaharudin.net
Jawapan 
Hukumnya
 juga terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan 
dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam 
Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya 
makruh kerana ia menyerupai Yahudi, Bagaimanapun hadith yang dijadikan 
dalil makruh pejam mata ketika solat adalah dho'if menurut Imam 
al-Bayhaqi. [1]  Imam
 At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga 
ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ;
 Bada'i As-Sonai, 1/216)
Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-
Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar
 membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala 
jengking" ( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn 
Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )
Hadith ini
 memberi indikasi kepada kita bahawa perlu membuka mata jika ingin 
melaksanakan erti hadith ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang
 amat jarang ditemui ular dan kala di dalam tempat solat. Hadith ini 
memberi faham kepada kita akan perlunya membuka mata bagi menjaga 
keselamatan diri semasa solat. 
Imam
 Ibn Qoyyim berkata : "Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan 
solat maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yang mengatakan elok 
pejam adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding
 pandangan yang me"makruh"kannya."[2]. Imam Izz Bin Abd Salam juga berpandangan demikian.[3]
Saya
 menyokong pandangan mengharuskan pejam mata hanya dalam keadaan yang 
benar-benar diyakini dapat menambah kekhusu'kan serta mengelakkan 
gangguan pandangan dari perkara yang pasti menganggu khusyuk, justeru 
hukumnya adalah berbeza menurut keadaan seseorang. Selain itu, membuka 
mata semasa solat adalah lebih utama. Pandangan rajih menurut Imam 
An-nawawi pula sebagai berikut :-
والمختار أنه لا يكره إذا لم يخف ضررا لأنه يجمع الخشوع وحضور القلب ويمنع من إرسال النظر وتفريق الذهن  
Ertinya
 : "Dan pandangan yang terpilih (dalam bab pejam mata ketika solat) 
adalah tidak makruh sekiranya dibimbangi sebarang bahaya, kerana dengan 
memejam itu dapat mengabungkan khusyu', hadir hati dan menahan dari 
liarnya (lepasnya) pandangan (ke sana sini) dan berkecamuknya minda" ( 
Al-Majmu', 3/261 )
Perlu
 diingatkan bahawa saya tidak ketemui dalil khusus yang menunjukkan Nabi
 SAW pernah menutup mata tatkala menunaikan solatnya, bagaimanapun 
intipati kekhusyu'kan Nabi SAW adakalanya lebih perlu diikuti berbanding
 pergerakkan luaran tanpa ruh. Wallahu 'alam.
 


Comments
Post a Comment