Cara Main Kompang {Part 2}

Assalamualaikum semua...

 (haaaa....hhhh.. lega sebab dah habis kelas harini) MasyaAllah budak kentut busuk gilaa....sabar je laaa heh...sampai transform pakai purdah kalau tak boleh pengsaaan woo..dengan bau kentut diorang :( Ni baru seorang budak...kalau 47 budak serentak kentut camne ???

Wuu...

Ok ok, harini saya ajar budak budak ketuk bongo macam main kompang ok. Hahah sebab takde kompang, kita guna je bongo yang ada...dulu ada pesan kompang...tapi sampai sekarang takde pon kompang yang sampai kat sekolah ni...huhu...




macam tuuuuuttt je ishhhh...hihihihi...haa camni aah cara main diaa...
saya ni bukan tau main pun...ni pun baru nak belajar...terus nak ajar budak...habis laaa budak budak ni belajar main bonggo jadi kompang hahahaha...
Haaa...maklumat yang disampaikan blog kat bawah nii memang berguna...jadi saya copy kan disini...dan boleh rujuk ramai ramai ahh :)

Rentak Melalu/Langsung

Rentak Melalu/Langsung adalah rentak asas yang mana rentak-rentak asas yang lain seperti menganak, menyilang bergantung pada rentak ini.

Pukulan rentak melalu ini adalah satu persatu dan untuk permulaan pelajar perlu mengira.

Intro pukulan permulaan bergantung pada kreativiti anda dan disini saya akan menunjukkan contoh pukulan intro dalam rentak melalu. Sebelum itu saya akan terangkan bunyi yang terdapat dalam muzik kompang. Kebiasaannya ada 2 bunyi sahaja iaitu 'Pak' dan 'Bum'. Sesetengah kumpulan kompang ada memainkan bunyi 'ting'. Untuk menghasilkan bunyi 'Pak' jari dikembangkan dan pukul dibahagian tengah kompang, dan untuk menghasilkan bunyi 'Bum' jari dirapatkan dan pukul dibahagian tepi kompang.

Saya akan memberi simbol bunyi 'Pak' sebagai 'P' dan bunyi 'Bum' sebagai 'B'

Untuk intro rentak melalu: P P P P P P (6 kali paluan secara berterusan dengan tempo kiraan satu)

Seterusnya rentak melalu: B B B B B B B B B P P P P P P P (9 7 dipalu secara berterusan dengan tempo kiraan satu)

Rentak 9 7 akan dimainkan secara berulang-ulang 9 7 9 7 9 7....... sehingga tonggak iaitu ketua yang memimpin pasukan kompang memberi arahan 'hentikan' pukulan atau 'naikkan' pukulan

'Hentikan' pukulan dan 'naikkan' pukulan juga berbeza dalam setiap persatuan kompang yang ada, untuk blog saya, saya akan mengajar lebih kepada rentak dalam kumpulan Ezhar yang mungkin ada pengubahsuaian sedikit.

Untuk 'hentikan' pukulan: 9 7 9 7 9 7.......(arahan 'henti') 8 1 (B B B B B B B B P)

 Untuk 'naikkan' pukulan: 9 7 9 7 9 7.......(arahan 'naik') 8 9 1 3 1 3 9 7 9 7....(B B B B B B B B P P P P P P P P P B P P P B P P P B B B B B B B B B P P P P P P P....)

Ok lah setakat ini dahulu pembelajaran rentak asas dalam kompang. Seterusnya nanti saya akan terangkan rentak-rentak yang lain pula

ok semua./.terima kasih sebab sudi singga silampuneon! babai assalamualaikum :)

Comments