Monday, September 16, 2013

Seorang Sahabat Yang Revert To Islam =)

Assalamualaikum semua...

Sementara tunggu magrib ni kan, saya godek godek sekejap blog saya ni...lepas tu terjumpa satu gambar saya bersama cikgu teo...Teringat pulak yang sahabat saya ni (merangkap junior saya di IPG Ilmu Khas) yang baru baru ni telah memeluk agama Islam...

japs, kenapa tak cakap convert to islam...instead of revert to islam ? baca ni : (ringkasnya, revert tu maksudnya "return" atau kembali)

Muslims believe that all people are born with a natural faith in God. According to Islam, children are born with an innate sense of God, which is called the fitrah. Therefore, some people see conversion to Islam as a "return" back to this original, pure faith. For this reason, many Muslims prefer to say that they have "reverted," rather than converted to Islam. A common definition of the word "revert" is to "return to a former condition or belief."


Alhamdulillah, Allahuakhbar. 

Yang ni salah satu status ain di facebook yang buat saya sayu sangat sangat... Allahuakhbar...Hebat sungguh kuasa mu ya Allah..saya dapat rasakan ketenangan yang maha hebat seperti mana yang si ain ni rasa bila dia memeluk islam...

(sorry ain, saya curik status awak dan gambar awak bertudung sekeping) 
Assalamualaikum. Maaf. Mungkin ada yg masih tak sure atau tidak mengetahui lagi.. Saya ingin membuat pengumuman kepada rakan facebook harap tdk terlambat. Kini saya telah revert ke Islam. Nama saya ialah Ain Teo Siok Yin. Boleh pgl ain atau teo. Saya masih tetap saya. Saya memohon maaf atas segala kesalahan saya yg lepas. Dan tlg beri tunjuk ajar pada saya sedang belajar. Saya juga maafkan smua orang yang telah secara tdk langsung yg pernah gaduh dgn saya.. Dan mohon jasa baik anda untuk delete semua gambar2 saya yg tidak menutup aurat. Saya sedang belajar untuk menjadi muslimah dan beristiqamah. Ain sayang kamu semua. Tolong doakan supaya keluarga ain sentiasa gembira dan sihat walafiat. Ain jgak doakan utk semua taw! InsyaAllah.. Utk pengetahuan ain sedang belajar mengaji. Kalau ain tak tahu, ain tanya taw tqvm.  Kepada kwn2 non muslim yang saya sayangi, saya harap anda semua boleh menerimaku seadanya tanpa mengira agama


 ain teo siok yin (tengah2)



Nama dia sekarang Ain Teo Siok Yin...Alhamdulillah...jom kita sama sama berdoa semoga Ain menjadi muslimah dan anak yang solehah...moga Ain sentiasa diberi petunjuk dan hidayah...moga moga satu famili akan peluk agama suci ni suatu hari nanti... :)

Tiada yang lebih logik selain dari Agama Islam.

Percayalah.



 

Designed by Alieff Artwork