Fadilat Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh :)

Assalamualaikum semua !


Aihhh lama pulak rasa tak update blog kan ? Macam mana dengan musim raya korang semua ? Bagi saya pulak..hari hari menghitung calendar...sedar tak sedar Ogos melambai tangan ingin pergi..September pula dah tak sabar sabar nak mari :)

Hello encik september :) Muahhhh XD

Harini tajuk nya simple. Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Subuh. Ini namanya solat sunat rawatib. Kalau subuh dah masuk...amalkan buat solat sunat 2 rakaat dulu sebelum tunaikan solat subuh. Ianya mudah sangat.. sekejap jer 2 minit jer kan :) 

 niat solat sunat subuh


3 minit untuk solat sunat + 3 minit solat subuh = alahaiii baru 6 minit jerrr pun kan.
Apa yang korang boleh perolehi dalam masa 3 minit tu ? Ya...hadiahnya ialah...jeng jeng jeng ~~

Lebih baik dari bumi dan isinya !!!

nah gambar bumi...siapa nak bagi ganjaran besar macam ni, Hanya dari Allah swt je yang mampu bagi :)



Solat Fajar - iaitu solat sunat sebelum Subuh- merupakan solat sunat yang paling banyak pahalanya dibandingkan solat sunat lainnya. Rasulullah SAW mengistimewakannya dengan pahala yang begitu besar, dengan gambaran yang benar-benar menarikperhatian.

Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW membaca surah Al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua.


Allahuakhbar...cukup besar ganjaran yang Allah berikan. Kita nak tolak ke kawan kawan ? Uhuuu..iyelah mungkin berat sangat nak lakukan sebab kita memang tak nampak ganjaran tu depan mata kita ye tak ?

Cubalah bayangkan kalau semua ganjaran yang Allah janjikan tu..kita nampak dengan mata kasar ? Tentu semua orang berebut rebut buat amalan tanpa tinggal satu pun kan ! Ohhh kita sungguh materialistik . Malunya :(

Jadi kawan kawan...entri ni untuk peringatan bersama...saya pun kalau sempat saya buat. Kalau terlupa saya tak buat...jadi sama sama la beringat ingat ok..kita nak sama sama untung kan..bukan nak sama sama rugi kan :)

Love you all so much ! Take care ye semua...Semoga kita semua boleh menyampaikan sesuatu yang baik di blog, facebook atau twitter...semua tu dakwah...semua tu menjadi saham akhirat kita nanti...bye bye semua... :)


tips blog : letakkan pelbagai gambar yang sesuai dengan entri supaya google image boleh membantu menaikkan trafik blog anda. sekian trimas.

jangan lupa solat subuh ye semua !! :)




Comments