Assalamualaikum semua !
Sorry lately busy gila ! Sampai blog penuh dengan taik cicak :( huu..sedih. Takpe...kehidupan perlu diteruskan. Walau payah, walau jatuh, bangun dan teruskan usaha ye...=) smile even you dont feel like it.
Sebelum ni rasanya i ada cerita si ninja dan mumu tu beranak kan ? Hehe..ni update nye...ninja confirm beranak anak si boboi omputih tu..tapi tak sure laa dia boleh jaga ke tak anak dia tu...ninja suka jadi single..im soo worried if ninja eat her baby again.
While si mumu pulak, cam biasa, steady je...mesti beranak sepasang :) Tak sabar nak tunggu semua babies out of pouch / keluar dari kantung. Hehehe...
Sebenarnya kan, bukan taknak jual sugar glider ni..tapi setiap kali baby sugar glider keluar, diorang akan keluar dengan pattern dan gaya yang baru. Semuanya berbeza..dan buat sangkar tu lagi bertambah meriah pulak..hehe..
ok. asyik cerita pasal sugar glider je..kenalah cerita sal makanan diorang sikit. bagi korang semua idea :)
Saya dapat banyak sms tanya macam mana nak jaga sg ni dengan elok..macam mana kalau dia sakit..macam mana kalau nak gemuk kan sg...minta maaf mmg tak terdaya nak text balik...tapi meh laa saya share idea kat sini.. (nak ikut boleh, tak setuju takmau serang saya ok) :)
Makanan dan habitat - cer pk kalau korang jadi sugar glider kat dalam hutan...ada tak diorang makan process food ? takde kan..dorang makan fresh fruits and fresh insects or any small animals. diorang duduk kat pokok pokok. diorang terbang sana sini cari makanan. and they really hates to be on the ground. sentuh rumput pun diorang geli.
so, bab makanan sugar glider ni taklah susah sangat sebenarnya. Kalau stok hpw hbs..takkanlah sugar glider boleh mati kot..bagi je la pelbagai buah dan sayur..dan serangga kecik bagi diorang makan..kalau jumpa kumbang ke lipas ke cicak ke..ko bagi je dia makan..dia takkan mati punya...because they really eat small animals tau. Even small birds also they can eat.
Grooming - dulu masa mula mula start bela sugar glider, yeah..saya mandi kan..saya potong kuku..potong misai...eh eh takde tak potong misai ok. pastu lama lama..malas ar.. tak buat dah tu semua..kuku original panjang dan tajam, bau badan dorang original..punya takde bau sabun. Hahaha...yela baru real ape ? pandai pandai laa dia mandi sendiri kot..semua nak ajar..kasi lepas kat hutan kang baru terkebil kebil menangis..cari makanan sendiri pun tak reti. ;p tapi grooming ni terpulang..tak salah untuk korang belajar sayang sg ni dengan membelai dia potong kuku dan mandikan dia tu :)
tips : kalau sg tak suka makan, ajar dia makan ! hehehe..
misalnya kalau dia tak suka makan lobak putih. saya letak je tanpa buah buah lain..mesti dia makan punya...
lobak putih
labu
timun
papaya
buah pear
madu
(kalau dia tak suka makan buah or sayur tu, saya letak madu sikit supaya selera dia naik)
saje longgok nak tangkap gambar lepas tu mak bising : enaaaaa ape bersepah dapur mak ni ko lambak macam ni ???
aaaaaaaaaaaaaaa...ok ok kemas masuk dalam peti ais balik !
psssssstt !! haritu kan, jantung hampir terkeluar dari badan sebab pagi subuh lepas main dengan sugar glider LUPA NAK TUTUP SANGKAR..lepas tu bila balik kerja baru perasan SANGKAR TERBUKAK !! Lepas tu saya check sekor sekor..nasib baik semua ada...huaa kalau tak dah menangis air mata cendol dah :( syukur diorang semua selamat tidur...
babai semua!!
Comments
Post a Comment