Cara Buat Macaroni Cheese Bakar (Mudah)

Assalamualaikum warahmatullah :)


Woi buat lah macaroni bakar !
Woi buat lah macaroni bakar !
Woi buat lah macaroni bakar !
Bunyinya seperti gegak gempita kat gegendang telinga saya ni.
Kakak saya kemaruk sangat nak saya buat macaroni bakar.
Mentang mentanglah saya cuti sekolah ni..hiuuu..hiuuu...


So i pun search laa kat google. Mak aiii banyak gila resepi macaroni bakar,
lepas tu banyak mazhab pulak tu !
Ada yang kena letak telur, ada yang kena letak tepung.
Mana satu ni ? Belasah mana dan je la ye ~




Bahan Macaroni Cheese Bakar (Bahan A)
Macaroni 500g
(rebus dengan sedikit minyak dan tos, letak tepi dulu. boleh buat awal awal)


Bahan Sos Daging (Bahan B)

300gm ayam/daging kisar
2 sosej
3 filamen ketam
1 tin cendawan butang
1 tin prego
Mix vege sikit
Serbuk parsley sikit
Garam secukup rasa
Bawang besar 1, bawang puting 4 biji.


Cara buat Sos Daging : Tumis bawang sampai naik bau. Masukkan prego, sedikit air dan ayam kisar dan gaul sampai ayam masak. Masukkan semua bahan cendawang, sosej, filamen ketam, serbuk parsley, garam secukup rasa. Last sekali masukkan & gaul macaroni yang dah siap rebus tadi.


Bahan Sos Cheese (Bahan C)
250gm cheese philadelphia (cheddar pun boleh)
500ml susu segar
3 sb tepung gandung
4 sb butter
4 sb pepper (taknak pun takpe)



Cara buat Sos Cheese : Panaskan butter dalam periuk, masukkan 3 sudu tepung dan gaulkan hingga tidak  berketul. Masukkan cheese philadelphia kacau hingga likat, masukkan susu & pepper dan gaul hingga pekat. Dah siap semua lapiskan sos macam gambar dibawah : 

Nah siap lukis lagi...lapiskan macam gambar kat bawah ni =) hehe..



 segala cara nak buat saya dah terangkan kat atas, 
papehal tgk pada gambar ikut urutan kalau tak faham ya :)


sediakan bahan bahan seperti dibawah.

Cara buat Sos Daging

Cara buat Sos Cheese

Cara tuang atas loyang...
lapisan pertama - macaroni
lapisan kedua- sos cheese
selang selangkan dua bahan ni :)
lepas tu tabur serbuk cili ontop..tu saja je i tambah ;p
dah siap semua, masukkan dalam oven, bakar 180 degree selama 45 minit.




Gambar sebelum bakar...mula mula letak dalam loyang..tapi macaroni tak cukup kering so pindah letak dalam aluminium foil =) baru cantik..







selepas bakar...





 siapp !! =)



Nak hidang atas loyang / casserol pun boleh, (kebanyakkan kat wesite lain buat camtu)
Nak hidang atas aluminium foil cup pun boleh. Ikut suka hati.
Tapi pastikan loyang/casserol leper supaya macaroni cepat bakar. 
Kalau loyang tinggi, nanti isi macaroni lembik. tak jadi.

Sebenarnya pada mulanya saya mmg hidang dalam casserol, tapi sebab casserol tinggi sangat macaroni tak bakar sepenuhnya dalam oven. So saya pindah kat aluminium foil cup jer :) Heheh...


ok tu je. babai ! nak makan makaroni cheeseee hehe..



Comments

Post a Comment