Cara Hilangkan Rasa Gementar Ketika Berucap.


Ok, ini tips tips untuk hilangkan gementar bila bercakap di khalayak ramai. Hehe..copy paste dari facebook ! :) 

Petua Untuk Hilangkan Gementar Semasa Berucap

• Berdoa agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
• Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan dengan orang ramai.
• Anggap khalayak sebagai rakan anda dan jangan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
• Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang. Sebaliknya melihat ke arah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.
• Datang lebih awal ke tempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mula berucap.
• Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
• Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
• Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.
• Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.
• Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.









Comments

  1. another tips is....
    1) anggap audience 2 kawan kita....
    2) praktis ucapan kita.....
    3) better ade visual aid masa present supaya kita x cuak....
    4) kalau saya, present dlm bm kurang sikit nervous compare with present dalam BI.....
    5) jangan cakap laju2 sgt, takut nty org len x paham...(saya x suka kalau present kene ade had masa, confirm ckp mcm ketapi)

    2 je yg boleh saya kongsi wat masa nie....
    btw, mp3 zikir yg ada dlm blog nie dah x ade dah ke?
    suka dgr mp3 zikir tu la....

    ReplyDelete
  2. kalau berucap kt depan konfem2 din senyap haha

    ReplyDelete

Post a Comment